Salyna setia duduk di sebelah neneknya. Nasib baik la jalan tidak kelihatan sibuk hari ini. Kalau tidak, selalunya memang dah ramai kereta keluar masuk kat sini.
Adam duduk di tempat sebelah pemandu.
Tangannya diramas-ramas perlahan-lahan. Dia gementar. Takut. Bolehkah dia hidup dengan gelaran isteri orang? Bolehkah dia menjalankan kewajipan sebagai isteri yang baik? Mithali?
Ting! Ting! Ting! Ting! Ting! Ting!
Telefon Salyna berbunyi. Banyak betul mesej yang masuk. Telefon yang diletak ditepi ruang kosong diambil.
Siapa pula yang mesej dia ni.
Unknown number
Unknown number? Siapa ni? 019?
Dia membaca mesej yang dihantar.
'Salyna!'
'Kau dah nak kahwin ye?'
'Tahniah'
'Dengan siapa? Mesti bukan dengan lelaki yang kau suka kan?'
'Bukan Azzam kan?'
'Hahaha!!'
'Kau jangan ingat kau boleh bahagia!'
'Kau dengan Qairul takkan hidup tenang. Kau ingat!'
'Kau takkan selamat!! Hahahahahha'
Salyna menjadi cuak selepas membaca mesej tersebut. Tangannya sedikit menggeletar. Siapa dia ni? Ha? T.M? Lelaki yang sebelum ni yang mengganggunya kembali? Tapi kenapa?
Bagaimana lelaki tahu dia akan berkahwin hari ini? Dan bagaimana dia boleh tahu yang dia tidak berkahwin dengan Azzam? Kenapa? Apa yang dia inginkan?
Salyna mula pelik. Kepalanya mula terasa pening.
"Lyna? Kenapa ni sayang? Pening kepala ye? Kenapa muka pucat ni?" Soal Puan Fatimah kepada cucunya.
Soalan yang diajukan kepada Salyna itu membuatkan adiknya Adam yang berada di tempat duduk depan menoleh.
"Haah kak. Muka akak pucat. Why? Are you feeling unwell?" Dia menanya.
Wajah nenek dan adiknya dilihat satu persatu.
"No I'm fine. It's okey. No need to be worry okay nanny?" Salyna memegang tangan neneknya. Dia tidak mahu neneknya risau.
Tiba-tiba....
Streeeeeeet........
Pak Amin tiba-tiba break mengejut. Nasib baik Salyna dan neneknya memakai tali pinggang keledar. Kalau tidak mesti sudah terpelanting ke depan mereka berdua.
"Nanny? Akak? Okey tak? Ada luka kat mana-mana?" Adam yang berada di depan menanya.
Dia juga terkejut dengan Pak Amin yang tiba-tiba sahaja break mengejut begitu.
"Yes. Akak okey. Pak Amin? Kenapa break emergency ni? Ada apa-apa ke kat depan sana?" Soal Salyna.
"Tak ada apa-apa Lyna. Cuma tadi ada kereta dari simpang sebelah sana, tiba-tiba je masuk. Laju pula tu. Pak Amin terkejut la. Nasib baik Pak Amin cepat-cepat break. "
"Kereta yang mana Pak Amin?" Tanya Adam.
"Kereta warna merah tu ha. Tu, dah jauh dah." Tunjuk Pak Amin.
Kereta yang dikatakan itu tadi hilang. Laju benar orang itu pandu.
Salyna terdiam buat seketika. Kereta siapa tu? Lelaki yang mesej tadi ke yang cuba nak buat aku accident? Apa motif dia??
"Tak apalah Amin. Kamu sambung lah pandu tu. Dah lambat ni takut yang lain tunggu pula." Ujar Puan Fatimah.
Pak Amin sekadar menggangguk.
_______________________________________
"Aku terima nikahnya Salyna Amanda bt Muhammad dengan mas kahwinnya RM 400 ringgit tunai." Akhirnya Qairul dan Salyna selamat dihijabkabulkan.
"Sah? Sah?" Tok kadi menanya saksi yang berada di kanan dan kiri.
Para saksi menggangguk sah.
"Alhamdullillah.."
Qairul menadah tangan mengaminkan doa. Terketar-ketar tangannya ketika menadah tangan. Gementar dan takut masih ada walaupun sudah selamat menjadi pasangan suami isteri.
Ah.. benda tu tolak tepi la!
Selesai sahaja mengaminkan doa dan menunaikan solat sunat ( maybe ), kini Qairul berganjak ke arah pengantin yang sedang duduk bersimpuh memandangnya.
Aduh!
Wahai hati, bertenang la. Jangan ka macam ni. Take it easy, Qai. Lek. Lek. Bismillahhirrahmanirahim.
Qairul duduk menghadap wajah isterinya. Cantik. Manis sahaja. Tetapi ada yang kurang di wajah Salyna itu. Senyumannya kurang. Kelihatan tidak ikhlas sahaja.
Ah! Qairul membuang perasaan itu jauh- jauh. Tak baik fikir yang bukan-bukan.
Qairul masih lagi mendiamkan diri. Tangannya menggigil sejuk. Nak angkat tangan nak salam Salyna pun takut. Kenapa ni?
"Qai? Kenapa tak salam Lyna lagi tu? Cepat la. Pasang cincin.Cium dahi dia sekali." Ibunya menegur. Wajah ibunya dipandang sekilas.
Terlihat senyuman yang gembira terpamer di bibirnya. Gembirakah ibunya? Walaupun perkahwinan ini terjadi kerana kejadian yang tidak diingini?
Hm..
Dengan berani, Qairul menyarungkan cincin batu permata di jari manis isterinya. Tangannya dihulurkan kepada Salyna. Salyna pula hanya menyambut tangan Qairul dengan pantas sebaik sahaja tangannya dihulurkan.
Lama Salyna mencium tangannya. Automatik hatinya sudah berdegup dengan kencang. My gosh! Sabar la hati!!!!
Kini, dahi Salyna pula dilihatnya.
Kena cium dahi pula. Adoi! Boleh gila aku!.
Nak tak nak, Qairul perlu mencium dahinya. Dia mendekatkan wajahnya pada dahi Salyna. Dan. Selesai juga Qairul mencium dahinya.
Qairul memandang wajah Salyna seketika. Cantik. Salyna juga memandangnya. Hm.... kesian Salyna. Mesti dia tak bahagia kan dengan aku?
Qairul menghadiahkan senyuman hambar kepadanya.
Harap awak bahagia dengan saya nanti Salyna. Saya akan buat yang terbaik dan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami dengan betul. Insyaallah.
*
*
*
*
*Yeh!! Bab 49 siap pun! Qairul n Salyna sah kawin guys!! My god! Sukenye. Hahahahah
Sorry kalau ada typo kt mana2. Biar kan je yek! Sye dah buat yg trbaik utk readers. Hope readers suka la ye. Baca jgn tak baca.
Esok raye my readers!! Yeh! Selamat hari raya maaf zahir dan batin♥
Happy Eid Mubarak♡

ANDA SEDANG MEMBACA
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
Storie d'amoreTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...