Hari ini Salyna terasa bosan yang teramat. Dia tidak tahu nak buat apa. Nak borak dengan Qairul, rasa janggal pula.
Tengkuknya diurut-urut perlahan.
Sudah masuk 2 minggu Salyna dan Qairul menjadi pasangan suami isteri. Masih tiada perubahan. Mereka masih lagi tidak dapat berbual dengan senangnya.
Pasti mereka berdua akan mula segan untuk berbicara.
"Lyna?"
Suara Qairul mematikan lamunannya.
Qairul berdiri jauh daripada Salyna. Jarak harus ada. Kalau tidak, hati dia ni buat hal! ( tahu tahu je la)
"Ha, apa dia? Ye saya."
"Nanny panggil. Dia nak cakap something kat kita berdua kejap." Kata Qairul.
Nanny nak cakap something? Macam serius je bunyi.
"Okey. Jom la kita turun." Ajak Salyna.
Mereka berdua pun beriringan turun ke bawah.
Terlihat wajah neneknya yang lagi sibuk menonton televisyen sambil tangannya ligat menaip sesuatu di dalam telefon.
Tanpa disuruh, Salyna dan Qairul melabuhkan punggung di sofa berhadapan neneknya.
"Nanny?"
"Lyna. Qairul. Nanny nak cakap sikit ni." Dari nada neneknya, seperti hal penting sahaja yang ingin dikatakannya.
"Nanny nak cakap apa?" Soal Salyna.
"Hm.. how your marriage? Is everything okay? Any improvement? "
Salyna dan Qairul melihat wajah masing-masing. Tidak tahu mahu jawab apa. Terkebil-kebil biji mata Salyna.
"Improvement macam mana tu nanny? Lyna dengan Qai okey je la." Salyna tersenyum senget.
Qairul disebelah hanya menggangguk setuju.
"No. Improvement la... bila Lyna nak panggil Qairul ni abang? Ha? Sayang ke?" Mata neneknya melirik ke arah Qairul.
Sambil bibirnya mengukir senyuman.
Hampir terbatuk Qairul mendengar kata-kata nenek mentuanya.
'Abang? Sayang? Gila ke apa Salyna nak panggil aku gitu!'"Hm.. Lyna.. nanny give me some time. I'm not ready yet." Jawab Salyna penuh jujur.
Qairul mengakuinya. Salyna sememangnya tidak menyukai dirinya.
"Qairul?"
"It's okay nanny. Qai faham. Maybe it's not the right time to Lyna call me like that. Qai betul-betul faham. Takpa. Kita bagi masa sikit dekat Salyna. Insyaallah." Qairul menjawab dengan tenang.
"Okay. Nanny faham yang tu. Now, nanny nak tanya, bila nak pergi honeymoon?" Tanya Puan Fatimah. Dengan keningnya terangkat-angkat.
"Honeymoon? Nanny, it's still early. Baru 2 minggu Lyna kahwin. Takkan la nak pergi honeymoon terus?" Kata Salyna. Di hujung kata-katanya terselit tawa kecil.
"So? Baru kahwin 2 minggu tak boleh ke pergi honeymoon? Ada yang halang?"
Sekali lagi mereka berdua terdiam. Tidak pandai membantah kata-kata neneknya.
"Okay. Actually nanny ada booked satu bilik hotel dekat Cameran Highland for 1 weeks. So, I want both of you to go to honeymoon there. Dalam Malaysia jer."
Ternganga mulut Salyna mendengarnya.
"Nanny, but...
"No! Stop. Nanny tak nak dengar apa- apa alasan lagi. My decision muktamad. No objection." Puan Fatimah memberi kata putus.
Qairul menunduk ke bawah.
"Lyna. Please. I know you will listen to me right?" Soal neneknya.
"But.."
Wajah neneknya seakan-akan merayu kepadanya.
"Okay la." Salyna mengalah. Tidak betah dia mahu melawan kata-kata nenek kesayangannya itu.
"Baguslah kalau macam itu. Jadi, Lyna dengan Qai dah boleh start packing barang hujung minggu ni."
Mereka berdua mengangguk seperti burung belatuk. Mendengar kata.
_______________________________________
Salyna menolak bagasi begnya di sebelah katil. Tilam empuk itu diduduk. Bagus.
Setelah beberapa jam memandu, akhirnya mereka berdua tiba di Cameran Highland. Sejuk betul di sini. Wap air di tingkap kereta juga penuh.
Setibanya di sana, Qairul terus 'check in'. Mula-mula Qairul ingin mengajak Salyna bersiar-siar sebentar di sekitar tempat itu, tetapi melihatkan Salyna yang kelihatan kepenatan itu membuatkan dia tidak sampai hati.
Qairul pula duduk di sofa. Dia memandang wajah Salyna yang dari tadinya memejam mata lama. Apalah yang difikirkan Salyna itu.
Tanpa dia sedar, bibirnya mula mengukir senyuman.
"Salyna?"
"Ye saya."
"Jom kita lunch. Dah pukul 12 lebih ni. Nanti perut awak kosong pula." Kata Qairul senyum.
"Qai, kalau awak tapaukan makanan untuk saya boleh? Saya rasa penat sikit la. Tiba-tiba malas nak jalan." Ujar Salyna. Matanya pula seakan mula mengatur langkah untuk tidur.
"Oh. Boleh je. Nanti saya tapaukan untuk awak. Awak rehat la dulu. Saya pergi beli makanan dulu. Jaga diri tau. Kalau ada apa-apa, call saya." Qairul memesan.
Keselamatan isterinya harus dijaga rapi. Dia lah isteri pertama dan terakhirnya. Tiada ganti.
"Ok." Tanpa menunggu lama Salyna terus menghempaskan badannya di atas katil. Matanya terus ditutup.
Qairul hanya tersenyum memandang isterinya itu. Comel jer. Rasa geram nak picit pipi dia yang merah tu. Ee!
Ya allah, sabar jer!Malam kian menyinsing. Qairul dan Salyna masih setia di dalam bilik. Tidak berganjak keluar pun dari bilik.
Qairul pula tidak henti-henti mengaru kepalanya. Padahal tidak gatal pun. Sejujurnya dia ingin mengajak Salyna keluar berjalan-jalan tetapi tidak tahu bagaimana mahu mengajaknya.
Wajah Salyna yang sedang ralit bermain telefon diperhati. Tekun gila. Chat siapala tu.
'Dia chat siapa la tu! Tekun kebenor! Aih. Boring tak de sesiapa nak layan. Honeymoon. Tapi macam tak honeymoon pun ada jugak.'
Qairul mengeluh kasar.
*
*
*
*
*
Maigod! Srsly lame dah x update. Sye ni tak abis2 busy. Al-maklumlah beraye kan? Hahahham raya sebulan so apa lagi beraya la!!Btw saya harap all readers suka dengan bab ni. Bye!

YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...