Berani benar si Azzam berkata begitu. Dengan serta aksi contoh yang dibuat oleh Azzam. Memang sah, gatal!
Dengan laju, Salyna menolak bidang sasa milik Azzam. Muka Azzam ditampar perlahan.
"Ha, kan dah kena. You ni kan! Gatal! Such a pervert! Ishh. Geram!" Kata Salyna.
"Auch! Lyna. Sampai hati you tampar I. Sakit tau. I saja je. Tak boleh?" Pipinya diusap perlahan. Nasib tidak kuat Salyna menampar.
"Tak boleh. Okay?! Gatal." Mata Salyna dibesarkan. Sengaja senyumannya itu disembunyikan.
"Yelah." Azzam mengalah.
"Dah. Jom la.. balik. Tak suka lama-lama kat sini. "Dengan segera Salyna bangun dari katil. Mata Salyna memandang wajah suci Azzam yang berada di depan mata.
"Jom." Sekali lagi Salyna mengajak. Azzam yang duduk di kerusi segera bangun dari tempat duduk.
Tetapi bukan mahu berjalan keluar, malah menyekat jalan Salyna. Kini tangan Azzam berada di belakang katil. Disekatkan jalan Salyna agar tidak boleh lari.
Mata mereka bertentangan. Ketika itu, Salyna masih lagi bertenang. Ditatapnya mata redup lelaki di hadapannya itu. Cantik sahaja.
Azzam pula tidak henti melihat anak mata hitam kecoklatan milik Salyna itu. Cantik sungguh. Rasa mahu disimpannya mata itu.
"What you want Mr Azzam Haikal? Is there's anything that I can help?" Dengan senyuman yang manis Salyna menanya.
"Yes. Actually I'm sick. Can you take a look?" Soal Azzam.
"Sick? Which part of your body that you feel sick?" Salyna sedikit risau.
Takkan la tiba-tiba sakit pula kan??
"My heart. I rasa sakit kalau tengok you pandang lelaki lain. I jealous." Dipegangnya dada kirinya. Wajahnya pula semakin dekat dengan wajah Salyna. Tanpa sedar, hidung mereka bersentuhan seketika.
"Azzam..." tangan Salyna memegang bahu Azzam. Ditolaknya perlahan bahu itu kebelakang.
Tangannya diletakkan di bahu Azzam.
"Ok. Listen. I cuma akan tengok you. I takkan curang. Okay? Believe in me. I only love you. Just you. Okay?""Are you sure?"
"Yes."
"Very sure?"
"Sure. Eh, dah laa. Jom la." Geram pula asyik ditanya sahaja. Soalan sama pula tu. Aduhai.
Dia berjalan meninggalkan Azzam seorang diri di dalam bilik. Dengan langkah yang besar, Azzam mengejar Salyna yang sudahpun keluar daripada bilik.
Dia melihat ruangan koridor di luar. Lalu, matanya tertacap pada seorang lelaki yang sedang sibuk menekur lantai.
"Qairul?"
Lelaki yang tadi menekur lantai, menoleh kearahnya. Memang betul tekaannya, itulah Qairul. Rambut Qairul ketika itu agak serabai.
Wajahnya pula kelihatan muram. Matanya pula seperti orang mahu menangis.
"Salyna. Awak okey? Masih ada sakit kata mana-mana ke?"
Dengan segera Qairul berdiri di hadapan Salyna. Setiap inci badan Salyna diperhatinya. Takut-takut jika ada sakit lagi.
"Saya dah okey la. Perlu risau la. Setakat sakit perut je kut." Kata Salyna selamba. Dia tidak mahu Qairul risau tentangnya.
"Maafkan saya Salyna. "Qairul menunduk.
"Maaf? Untuk ape??"
"Sebab saya awak kena sakit perut."
"Alah.. bukan salah awak pun."
"Tak. Memang salah saya pun! Kalau saya tak paksa awak makan banyak sangat, benda ni mesti takkan jadi! Saya betul-betul minta maaf. Lain kali cakap la yang awak tak makan makanan jepun. Kalau tak dah lama saya ajak pergi restoren lain." Sekali lagi Qairul menunduk.
Tidak sanggup mahu menatap Salyna di depan mata. Azzam yang berada di sebelah hanya mendiamkan diri.
"Mana ada awak paksa saya makan. Sayaa yang paksa diri sendiri! Jangan rasa bersalah laa." Ujar Salyna.
Tidak suka juga, kalau ada orang rasa bersalah sedangkan dirinya tidak bersalah. Qairul masih lagi menunduk.
"Qairul. Saya okey dah. And awak tak salah. Faham? Dah dah. Jangan nak rasa bersalah sangat." Sekali lagi Salyna bersuara.
Perlahan kepala Qairul diangkat. Wajah mulus Salyna ditatap.
Sebenarnya, ketika Salyna berada di dalam wad tadi ikutkan hati Qairul mahu masuk tetapi setelah melihat Azzam dan Salyna yang sibuk berbual manja, hasratnya tidak tercapai.
Dia berdiri di belakang pintu. Dia secara tidak sengaja mendengar segala perbualan Salyna bersama Azzam. Sempat juga dia mengintai dari luar.
Dilihatnya ketika itu, Salyna berdiri begitu dekat dengan Azzam. Hati nya bagai kan berhenti berdetak buat seketika. Matanya sedikit bergenang dengan air mata.
"Qairul?"
Suara Salyna menyapa gegendang telinga. Dengan serta merta fikirannya melayang jauh nun disana.
"Oh. Ye Salyna. " wajah Salyna dipandang.
"Eh.. mengelamun pula dia. Ish. Dah la. Awak balik la." Ujar Salyna.
"Heheh. Habis awak?" Soal Qairul lagi.
"Lupa la tu.. saya kan balik dengan Azzam." Mata Salyna melirik ke arah Azzam yang berada disebelahnya.
Oh. Baru sahaja Qairul. Azzam masih lagi disitu. Masih lagi setia berdiri di sebelah Salyna.
"Ok la. Kalau macam tu, saya gerak dulu ye. Bye." Laju Qairul meninggalkan mereka berdua.
*
*
*
*
*
How? It's nice? Hope you guys like it!!Sye nak bintang! Bole tak?? Bole laaa.. plish!!♥♥♥♥
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...