Bab 9

96 8 0
                                    

Bahu Salyna dipegang.

"Sis, dah-dah la tu. Jom lah sambung joging. Kejap lagi ada orang kacau akak baru tahu." Adam sudah berdiri memandang Salyna.

"Siapa je nak kacau akak? Berani la! Akak ada karate." Salyna tidak takut.

Dia pandai dalam karate. Pernah sekali dia melawan seorang lelaki. Akhirnya lelaki itu tumbang juga dengan beberapa tumbukan yang menyakitkan diperut.

"Kalau orang tak apa kak. Kalau hantu? Bye la kak!" Adam berlari laju meninggalkan kakaknya yang masih duduk.

Salyna melihat ke kiri dan kanan. Kosong. Dia orang pun disitu.Dia menjadi takut. Padahal pagi!

Dengan sepantas kilat dia berlari mengejar adiknya." Adam!!" Salyna menjerit.

Hampir kejiranan disitu boleh mendengar jeritannya yang kuat. Yang boleh mengalahkan penyanyi 'high notes'.

_______________________________________

Qarina sedang duduk disebelah ibunya.

"Mommy,malam ni kita nak pergi mana? Cantik-cantik bagai. Ada hal important ke? " Tanya Qarina kepada ibunya. Kepalanya dilentokkan di atas meja 'make-up' ibunya.

Ibunya sedang bersiap-siap memilih baju untuk dipakainya. Diselak-selaknya kesemua baju di almari. Baju semuanya cantik.

"Penting sangat Qarina. Kita nak pergi rumah kawan mommy. Dia buat makan-makan sikit. Dia dah ajak. Pergi la. Malas pula dia." Matanya tepat memandang anaknya.

Wajah Qarina diperhatikan.

"Jadi? Tunggu apa lagi? Pergi la siap-siap cepat. Dah pukul 7.15 ni. Solat jangan lupa pula." Ibunya mengingatkannya. Mana tahu, nak cepat punya pasal solat pula dilupa.

"Baiklah boss. Kita sajakah yang ada? Ke ada orang lain juga?" Tangannya menunjuk tabik persis seorang askar. Sempat juga dia menanya soalan lain.

"Bukan kita saja. Ada orang lain juga. So, behave. Ha, jangan lupa suruh abang tu pergi sekali. Nanti apa pula kata orang."

"Yelah." Qarina berjalan malas keluar dari rumahnya.

Puan Zara hanya menggelengkan kepalanya. Tidak faham dengan anaknya yang seorang ni. Pemalas. Banyak tanya pula tu!

Banyak tanya. Mengalahkan reporter.

_______________________________________

Jam menunjukkan jam 8.00 malam. Makanan sudah tersedia. Salyna sudah bergaya dengan pakaiannya yang berwarna hitam itu. Begitu juga dengan adiknya. Dia kelihatan segak apabila dilihat.

Salyna melabuhkan punggungnya di sofa. Telefon dipoketnya diambil.
Laju sahaja Salyna menekan apps 'Whatsapp'nya. Nombor Azzam ditekan.

Last seen 19.55.

Baru lagi ni. Salyna pun terus menghantar mesej kepada Azzam.

'Hai Azzam. How are you? I miss you dearly. You pergi mana? Have you eaten?

........tiada tanda-tanda dia membalas.

'Bluetick'.

'Kenapa you tak balas? Dah lama I tak dengar suara you. You baca all my messages but you didn't reply to it. Call lah. I really miss your voice."

Sudah 3 tahun Azzam Haikal menghilang. Tanpa khabar. Tanpa berita. Kehilangan dia membuatkan Salyna murung dan sedih setiap hari.

Melihatkan telefon Azzam yang masih boleh didail membuatkan Salyna kurang bimbang dan terselit perasaan gembira.
Dia sering cuba menelefon Azzam tetapi dia tidak pernah angkat.Di 'Whatsapp' pula tidak dibalas. Malah bluetick saja didapat.

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now