Salyna sedang sibuk mengambil pesanan di meja 1. Manis sahaja senyuman yang dilontarkan kepada pelanggan. Sudah seminggu Salyna bekerja disini.
Dia sudah selesa dengan persekitaran disini. Ramai suka akan kehadirannya disitu. Akan tetapi, seminggu ini jugalah Salyna sering mendapat surat daripada lelaki misteri yang bernama T.M.
Selain daripada surat tersebut, ada juga Salyna mendapat kotak yang misteri. Apabila dibukanya kotak tersebut, terlihat anak patung perempuan yang lusuh pakaiannya.
Yang lebih menyeramkan apabila melihat anak patung itu berlumuran dengan darah. Ngeri apabila diingatkan kembali.
"Salyna. Manager nak jumpa awak." Suara Kak Murni mengejutkannya.
Wajah Kak Murni itu diamatinya lama.
"Oh. Manager nak jumpa saya? Ada apa? Ada hal penting ke?" Salyna menanya. Dia inginkan kepastian.
"Entahh la. Akak pun tak tahu. Lyna pergi jela." Kak Murni memberi kata putus.
Mata Salyna yang hitam kebiruan itu dipandangnya.
"Okey la kak. Lyna pergi jumpa manager kejap. Akak tolong ambilkan order boleh?" Matanya dikedipkan beberapa kali dengan laju.
Mahu mengambil perhatian Kak Murninya itu.
"Yela." Mata Salyna yang comel itu membuatkan Kak Murni berasa tidak tergamak.
Salyna berjalan ke arah bilik managernya yang berada dibelakang sebelah bilik persalinan baju. Dia berdiri betul-betul di depan pintu. Dadanya berkobar-kobar.
Entah apa yang ingin dikatakan oleh managernya kepada dirinya. Rasa takut dibuang ke tepi.
Pintu bilik itu diketuk.
"Masuk." Kedengaran suara Puan Reesa menjawab dari dalam.
Salyna pun masuk ke dalam pejabat Puan Reesa dengan langkah yang berhati-hati.
Wajah Puan Reesa itu ditenungnya lama. Wajah yang serius itu membuat dirinya takut. Dia mengagahi dirinya bersuara.
"Puan Reesa ada apa panggil saya ni?" Suara Salyna agak mendatar. Takut barangkali.
"Duduklah dulu." Kata wanita yang bernama Reesa itu. Matanya masih tekun membaca laporan tentang kafe tersebut.Aku ada buat salah ke? Aku curi duit kedai? Takkanlahh. Ke aku ada marah customer?
Salyna sudah jauh memikir.
Bibirnya digigit menahan perasaan takut. Memang menggerunkan wajah Puan Reesanya itu. Garang semacam."So, macam mana kerja kat sini? Everything okay? Feel comfortable with the others?" Puan Reesa mambuka mulut menanya.
"Good. I really like it. Everything's okay. The other is treat me well too. To be honest, I like to work here." Salyna menjawab dengan gembira. Senyumannya lebar.
Oh my!
Baru dia tersedar bahawa dia menjawab dengan bahasa inggeris tanpa sepatah pun bahasa melayu. Mesti dia ingat aku ni nak menunjuk yang aku ni bagus bahasa inggeris.
Aduh. Matilah. Bibirnya digigit semula.
"Wow! Good in english. Good." Puan Reesa mula mengukir senyuman.
Salyna tersengih seperti kerang busuk.
"So, back to the point. Bos dah cakap pasal you. Dia cakap you ni bagus. Kerja semuanya tip top. Pelanggan pun suka."
Salyna tersenyum gembira mendengar orang memujinya.
"Bos kata nak bagi you gaji awal. Although you baru je seminggu. Nah" Sampul surat yang berisi wang di tepi tangannya ditolak ke arah Salyna.
Dengan pantas Salyna menolakan kembali wang tersebut ke tempat asal.
"Tak apalah Puan Reesa. Saya boleh je tunggu sampai hujung bulan ni. Tak perlu bagi gaji awal sangat. Nanti apa pula orang kata." Salyna menolak dengan lembut.
Dia takut jika pekerja lain tahu bahawa dirinya mendapat gaji terlebih awal padahal dirinya baru sahaja seminggu bekerja.
Puan Reesa menolak wang tersebut kepadanya semula.
"Tak apa Salyna. Ambil je. Bos yang bagi you. Bukan I. Pasal pekerja lain you tak perlu nak fikir sangat. Lagipun sebelum ni pun ada juga pekerja dapat gaji awal. Bukan you sorang je." Ujar Puan Reesa.
Ikhlas sahaja senyumannya.
Salyna berfikir sejenak. Wang itu mahu diambil atau tidak. Setelah berfikir kira-kira 5 kali akhirnya dia menerima wang tersebut.
"Terima kasih Puan Reesa. Puan. Boleh saya tanya?" Salyna ingin mengajukan satu soalan sebelum dia beredar.
"Apa dia?" Puan Reesa setia mendengar."Apa nama bos? Sebelum ni Qarina ada cakap kat saya yang bos terima saya kerja sebab dia kenal saya. Jadi, puan Reesa mesti tahu kan apa nama bos?" Kening Salyna terangkat.
Soalan itu sudah lama dia simpan. Cuma tinggal diluahkan sahaja. Kini soalan itu sudah pun dibicarakan.
"Oh, bos. Nama panjang tu I tak tahu. But semua orang memang panggil dia Mr. Kind. Baik dia tu. Semua suka dengan dia" Seloroh puan Reesa.
"Mr. Kind? Tapi takkan lah puan tak tahu nama sebenar dia?" Salyna seakan mendesak.
"Jap. Biar I ingat balik. Ha, baru I ingat. Nama bos, Tengku. Sedap tak?" Puan Reesa meminta pendapat Salyna.
Tengku? Sedap nama. Kalau nama dah sedap takkan lah tuan badan tak handsome. Ya tak?
"Sedap. Mesti dia handsome kan?" Salyna sudah membayangkan wajah bosnya. Mesti seperti cinta hatinya yang handsome iaitu Azzam. Tapi mungkin bosnya kalah sedikit.
"Okey lah. Saya keluar dulu puan." Salyna menamatkan perbualan mereka disitu. Dia meminta izin keluar.
Managernya itu hanya mengangguk tersenyum.
_______________________________________
Salyna menjatuhkan badannya di atas sofa. Beg yang berada di tangan terus ditolak ke tepi. Matanya ditutup rapat bagi menghilangkan rasa penat pada badan.
Fikirannya mula melayang teringatkan tentang 3 orang jejaka yang berwajah kacak dan baik. Wajah Qairul, Hans dan Mukhriz mula terbayang.
Wajah kacak mereka mampu mencairkan mana-mana wanita. Mereka sangat baik kepada Salyna. Sering ada menemaninya. Dia mula tersenyum sendiri.
*
*
*
Comment and vote!Hambaq!
Hambaq!
Hambaq!!!!!!!! Otak ni dah kering dengan idea laaaa.. Mr.Kind? Mygod!! Apakah?? Hahahah sorry ye.. tu je sye bole pikir..
Busy dgn belajar kn.. hope readers pham ye
![](https://img.wattpad.com/cover/161501221-288-k83218.jpg)
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...