Salyna memegang kepalanya yang terasa berpusing. Peningnya bukan kepalang. Kini, matanya samar-samar sahaja.
"Salyna, awak okey tak ni?" Lelaki itu ialah Mukhriz.
Ikutkan hati Mukhriz ingin sahaja dia ingin mengejar lelaki itu, tetapi melihatkan dahinya Salyna berdarah membuatkannya tidak sampai hati.
Salyna memegang lengan Mukhriz kuat.
"Sakit." Kata Salyna. Perlahan sahaja suaranya itu.
"Sakit? Sabar, sabar. Siapa lelaki tu hah? Kenapa dia buat awak macam ni?" Soal Mukhriz.
Dia mula sakit hati. Dia paling benci melihat orang yang amat disayangnya di sakiti.
Salyna sekadar menggeleng.
"Dah, jom. Kita pergi hospital." Kata Mukhriz. Dia mula memapah Salyna berjalan ke arah keretanya.
Sesudah sampai ke dalam kereta Salyna terus tidak sedarkan diri. Mukhriz semakin risau. Darah yang mengalir keluar daripada dahi Salyna tidak henti-henti keluar.
Dengan keadaan yang cemas, Mukhriz terus meluncur laju di jalan raya menuju ke hospital.
Dia mesti lekas.
Hospital
Mukhriz menunggu di luar. Dari tadi hatinya tidak tenang memikirkan tentang Salyna. Dia terlalu lama di dalam. Hampir sejam dia berada di dalam.
Padahal kepala sahaja yang terluka. Dalam sangat kah lukanya itu??
Tangannya Mukhriz mula menggeletar. Takut. Derapan kaki seseorang yang berjalan ke arahnya membuatkannya terus mencari.
Itu ialah suaminya Salyna, Qairul. Mukhriz terus berdiri daripada duduknya.
Qairul dengan tiba-tiba terus mencekak baju lehernya Mukhriz sejurus sahaja dia tiba. Wajahnya marah.
"Apa kau dah buat kat isteri aku hah! Apa kau buat!" Suara Qairul meninggi.
Matanya membulat besar.
"Aku tak buat apa-apalah kat isteri kau. Bukan aku yang buat! Lepas lah!!" Mukhriz meronta-ronta.
"Habis tu kenapa sampai isteri aku ni masuk hospital? Apa dah jadi." Dia masih lagi tidak melepaskan Mukhriz.
"Orang lain yang buat. Dia hentak kepala Salyna kat dinding." Jelas Mukhriz. Dia pula yang mahu marah. Tak buat apa-apa dah kena tuduh.
Aih!Qairul menolak Mukhriz ke belakang. Rambutnya diraup kasar. Dia berasa amat bimbang ketika ini.
Selepas beberapa minit menunggu akhirnya doktar keluar. Tidak sampai sesaat dua orang lelaki itu berdiri menghampiri doktar.
"Hm, mana satu ye suami puan Salyna?" Doktar itu menanya.
Dia tidak tahu yang mana satu suami pesakitnya sama ada di sebelah kanan ataupun di sebelah kiri.
"Saya suami dia." Jawab Qairul.
Doktar tersebut memandang ke arahnya.
"Baiklah. Tadi pesakit banyak kehilangan darah. Tetapi, alhamdullillah sekarang ni pesakit dah stabil. Tapi mungkin pesakit tidak akan sedar buat dua hari." Jelas Doktar.
Qairul dan Mukhriz mengangguk faham.
"Kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu ye." Doktar itu meminta diri.
Qairul hanya mengangguk sekali.
"Saya boleh masuk tak doktar?" Tanya Qairul.Hatinya sudah melonjak -lonjak tidak sabar. Dia harus melihat wajah isterinya sekarang. Dia rindu melihat wajah comel dan mulus isterinya itu.
"Boleh, boleh." Kata doktar itu.
Dengan langkah yang besar Qairul memasuki bilik itu. Sempat dia menahan Mukhriz yang juga ingin melangkah masuk ke dalam bilik.
"Kau tak payah masuk." Kata Qairul kepada Mukhriz.
"Tapi aku nak jenguk dia jer." Mukhriz membuat muka sedih.
"Ah! Aku yang masuk dulu. Kau kejap lagi." Ujar Qairul.
Setelah itu dia masuk ke dalam bilik itu. Terlihat Salyna terlantar baring di atas katil tidak menyedarkan diri.
Dengan langkah yang kecil dia merapati Salyna. Kerusi yang tersedia di situ ditariknya. Dia duduk memerhatikan wajah isterinya.
Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut pipi Salyna. Dahi isterinya dililit kemas dengan kain putih dipegang. Dia boleh merasakan bagaimana rasa peritnya sakit itu.
Pipi isterinya sedikit calar balar. Hilang sedikit kecantikan pada wajah isterinya itu.
Tanpa dia sedari, dia mula mengalirkan air mata. Dia tidak sampai hati melihat wajah isterinya begitu.
Tangan isterinya dicium penuh kasih sayang.
"Sorry sayang. Abang tak ada dengan sayang waktu tu. Kalau abang tahu benda ni jadi, mesti abang takkan balik lewat." Kata Qairul.
Dia mengesat air matanya.
"I'm so sorry." Tangan isterinya dicium berkali-kali.
Pintu bilik diketuk beberapa kali. Rupanya itu ialah ibu bapanya. Mereka berdua berjalan ke arahnya.
"Qairul." Panggil ibunya.
"Mommy, daddy." Sahut Qairul. Sempat tangan kedua-dua ibu bapanya dicium.
"Apa dah jadi ni Qai?" Soal bapanya
"Qai.. Qai tak tahu la daddy. Mukhriz cakap yang ada orang hentak kepala Lyna." Kata Qairul.
"Ha, kepala Lyna kena hentak? Siapa yang buat ni? Hah? Lyna kat mana waktu tu ya allah." Wajahnya diraup kasar.
Bapanya Qamar melihat wajahnya seketika. Terlihat begitu kusut wajah anak lelakinya itu.
"Qai tak tahu siapa yang buat macam tu kat Lyna. Waktu tu Lyna kat taman. Katanya nak jalan-jalan." Kata Qairul.
"Tak pela. Benda dah jadi. Jangan sedih sedih la. Buruk dah muka anak mommy ni nangis. Sabar ya. Tak lama lagi sedarlah dia." Kini ibunya pula yang memujuknya.
Bahu anak lelakinya itu ditepuk-tepuk perlahan.
Wajah isterinya dilihat kembali. Terlihat terlalu lena isterinya ketika itu. Pasti dia terlalu penat. Kesiannya isteri aku ni.
Pipi isterinya dilihat lama. Tidak sampai seminit bibirnya mendarat di pipi itu. Lama.
*
*
*
*
*
Siap ye gais. Actually sye x de idea. So ini je la yg dpt. X pe en??Hahaha. Hope you gais sukaaa.. kalau ada typo sorry. Abaikan je l. Ye? Bolelaaa..
And one more. Please keep supporting meee!
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...