Bab 57

74 2 1
                                    

Hari ini Salyna tergesa-gesa ke UNI. Kereta yang dipandunya dibawa laju. Dia mahu menemui suaminya. Dia rindu akan Qairul.

Walaupun hanya semalam suaminya tidak tidur bersamanya, dia sudah mula kemaruk rindu yang teramat.

Dari tadi di call nya suaminya itu. Tetapi tidak terjawab. Dia mula rasa tidak enak. Risau.

Kereta nya meluncur laju di jalan raya. Tidak sampai beberapa minit akhirnya dia sampai di UNI.

"Mana abang ni? Dari tadi call tak dapat." Salyna merasa gelisah.

Telefonnya dilihat. Sudah 50 kali dia cuba menelefon Qairul tetapi tidak dapat. Manalah dia ni. Sibuk sangat ke?

Nombor telefon Ariff dicari. Dia cuba menghubungi kawan suaminya pula.

"Hello."

"Hello Ariff. Sorry ganggu."

"Tak dela. Ni ada apa kau call aku ni? Ada hal penting ke?" Soal Ariff.

"Ariff, kau kat mana sekarang? Qairul ada tak?"

"Oh, aku ada kat loker ni. Qairul pun ada. Kenapa?" Ariff pelik.

"Oh yeke? Tak ada apa-apalah. Tunggu situ tau. Suruh Qairul tunggu aku. Bye."

Panggilan terus ditamatkan.

Salyna berjalan laju. Dia harus menemui suaminya. Kenapa suami nya tidak menjawab panggilannya.

Orang kiri kanan yang melihatnya tidak diendahnya. Biarlah. Janji dia dapat melihat suaminya.

Tanpa dia sedari, dia telah melanggar seseorang yang lagi membawa buku. Habis semua buku jatuh. Salyna tergopoh-gopoh mengemas semua buku tersebut.

Sewaktu dia mengangkat kotak pensel gadis itu, tangannya mula terluka. Darah menitik keluar.

"Ya allah. Darah. Awak okey tak? Sorry sorry. Saya lupa nak tutup pisau dalam pensil box saya ni. Macam mana ni?!" Gadis di depannya itu mula tidak keruan.

Habis senget terus tudungnya.

"Eh, tak apa. Saya okey. Nah, buku awak. Saya nak kena cepat ni." Ujar Salyna.

"Habis tangan awak tu?" Mukanya semakin cuak melihat darah yang keluar daripada tangannya mula tidak henti.

"It's okay. Saya pergi dulu ye? Bye." Salyna mula melangkah pergi.

Lagi beberapa langkah lagi dia akan tiba di loker. Dadi kejauhan dia sudah melihat kawan-kawan Qairul yang berdiri di depan loker.

Jalannya dipercepatkan. Dia berdiri betul-betul di depan suaminya.

"Abang. Kenapa tak jawab call saya ni? Tahu tak yang saya ni dah call 50 kali?? Ha?" Salyna membuat muka.

Dia tidak mengendahkan kawan-kawan Qairul yang berada di situ.

"Qai, kita orang masuk kelas dulu ye?" Daus menepuk bahu Qairul.

Qairul sekadar menggangguk.

"Oh yeke? Lyna call abang banyak kali ae? Sorry. Abang silent phone tadi." Kata Qairul. Dia membuat muka tidak bersalah.

"Abang. Abang kenapa ni? Macam ada yang tak kena je?" Salyna mula resah.

Kenapa dengan suaminya itu.

"Tak ada apalah abang okey je. Abang pegi dulu la. Abang busy la." Qairul berjalan menapak meninggalkan Salyna sendirian di situ.

Terkesima Salyna disitu. Kenapa drngan Qairul ni? Dia ada buat salah kah??

Dia mula mengejar Qairul yang masih tidak jauh daripada situ.

"Abang! Kenapa ni?" Lengan Qairul ditahannya.

"Lepaslah, orang lain tengok!" Qairul mendengus. Tangan Salyna ditepis.

"Ahhh!" Salyna menjerit sakit.

Baru dia teringat. Tangannya luka. Luka ditangannya dilihat. Ya allah, makin kuat pula darah ni keluar. Salyna resah.

Lekas-lekas sapu tangan di dalam begnya diambil. Ditekannya sapu tangannya itu pada luka.

Setelah itu baru dia memandang suaminya.

"Abang."

"Lyna. Kenapa dengan tangan ni ha? Berdarah bagai! Kenapa?" Qairul muka tidak keruan.

Darah-darah Salyna di lantai dilihat. Dari tadi darah Salyna tidak henti.

Tangan isterinya diambil.

"Kenapa ni sayang?!" Tanpa Qairul sedar, dia mula memanggil Salyna sayang.

Dia pula yang menekan sapu tangan pada luka isterinya.

"Kena pisau tadi." Salyna menunduk.

"Ish. Tak pandai nak jaga diri ke? Baru sekejap orang tinggalkan dah luka luka gini." Qairul membebel.

"Jom la. Kita pergi klinik." Ajak Qairul.

"Abang kan ada kelas. Tak payah la sikit je ni." Salyna menolak tangan suaminya yang memegangnya.

"No. Kita pergi klinik. Now! Kelas tu nanti-nanti la." Kata Qairul.

Dia menarik Salyna bersamanya. Tangannya tidak lari dari memegang tangan isterinya.

Salyna mula menguntum senyuman. Care jugak kau kat aku ye cik suami?

"Abang. Sakitlah. Janganlah tarik sangat tangan Lyna." Salyna mengaduh kesakitan.

"Oh yeke? Ya allah. Sorry sorry. Abang tak sengaja. Sakit ye? Sorry ye." Qairul meminta maaf. Tangannya beralih memegang bahu isterinya pula.

Dia membawa isterinya jalan. Tetapi Salyna menahan.

"Kenapa ni? Cepatlah. Kita pergi klinik." Kata Qairul. Waktu ini la isteri dia nak berhenti.

"Abang? Abang kenapa tak layan Lyna tadi. Ha? Abang marah Lyna ae? Kenapa? Lyna ada buat salah ke? Saya ada buat salah?? Cuba cakap."

Qairul terdiam.

"Cakaplah abang sayang."

"Nanti ye abang cakap. Sekarang ni kita pergi klinik dulu."

"Now. I want to know!" Salyna mula berdegil.

"Salyna Amanda. Please don't be such a kid. Kita cakap kejap lagi la. Now kita pergi klinik ye? Boleh?" Dia memujuk isterinya.

Salyna memuncungkan bibirnya.

"Jom kita pergi klinik. Please. Sayang?" Qairul cuba mengumpan isterinya dengan perkataan sayang.

Salyna mula cair. Dia pun mengangguk.

*
*
*
*
*
*

Hy readers ku! Bab ni dah siap. Baca tau. Vote jugak.

Kalau ada typo sorry. Saya nak cepat senanye. Hope bab ni best untuk awok semua baca. Ada suwit kan?? Mesti ada...

Baca ye. Bye

Voteee♥♥♥♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now