Bab 46

47 2 0
                                    

Salyna berjalan di pesisir pantai melihatkan ombak yang kuat memukul pantai. Hatinya terasa tenang apabila di sana. Seakan - akan semua masalahnya sudah hilang dibawa angin bayu.

Dia melabuhkan punggungnya di atas pasir setelah penat berjalan di pesisir pantai Port Dickson. Segala permasalahannya cuba diselesaikan. Dia sebenarnya tidak mahu mengahwini Qairul.

Dia tidak mahu Qairul akan penat dan muak melayan segala karenahnya. Lagi pula dia sukakan orang lain. Azzam. Lelaki itulah yang bertakhta di hatinya setelah sekian lama.

Walaupun lelaki itu pernah meninggalkannya tanpa khabar, dia tetap menunggunya.

Ah.. di manakah lelaki itu. Mengapa dia tidak menjawab semua panggilannya? Sakitkah dia? Mungkin juga sibuk.

Sedang mata sibuk melilau melihat kanak-kanak membina rumah pasir,  matanya mula tertumpu pada seorang lelaki bersama seorang perempuan yang lagaknya seperti seorang suami isteri.

Wajah lelaki itu diperhatikan semula.  Dia pasti dengan apa yang dilihatnya. Tidak lain dan tak bukan,itulah lelaki yang amat dikenalinya.  Perasaan panas mula menyerbu dalam diri.

Dengan kaki yang dihentak-hentak kuat, dia berjalan laju mendekati. Sempat dia berdeham.

Lelaki dan perempuan yang tadinya sibuk berpegang-pegangan tangan, terus meleraikannya sebaik sahaja dia berada di depan mata.

"Salyna." Lelaki itu terkejut.  Mulutnya terkunci rapat.  Tidak tahu mahu membalas apa.

"Azzam! Apa semua ni? Siapa dia ni, ha??" Tanya Salyna yang sudah tidak tentu arah.

Angin laut sudah mula menampar-nampar kuat pipinya.

"No sayang. Ni salah faham la!" Azzam membela diri.

"Salah faham apanya Azzam? Dah sah- sah you tipu I. You tak jawab call I. You tak reply all messages I. Why? Because you dengan perempuan ni kan??" Mata Salyna mula bergenangan dengan air mata.

"No!" Azzam masih lagi berani menjawab.

"So, who is she?"

Azzam tergagap - gagap. Dia tidak tahu mahu jawab apa.

"I'm his wife. Why?" Perempuan yang berada di sebelah Azzam muka bersuara setelah lama berdiam diri.

Bagaikan petir kilat menyambar hatiya. Kuat. Dan terlalu kuat. WIFE? Sungguh. Dia amat terkilan dengan apa yang berlaku ketika ini.

"Azzam? Betul ke ni wife you? I tanya ni.  Ni ke wife you?  So selama ni I call you everyday tapi you tak angkat rupa-rupanya you pergi honeymoon? Wow!"

Air mata yang tadinya tertahan di tubir mata akhirnya jatuh jua. Dilapnya laju air mata itu. Dia tidak mahu Azzam melihatnya kelihatan lemah di depan nya.

"Sayang. Listen to me. In my heart only you.  No one else. Trust me! Look at me! Salyna Amanda I love you.  I really love you! "

Pangg!!

Satu tamparan melayang ke pipinya.  Azzam tidak menyangka Salyna begitu berani menamparnya. Wajah ayu yang cantik di depannya itu hilang. Yang ada hanyalah raut wajah yang penuh dengan amarah.

"Hey Azzam!  You tak  malu ke ha?? You cakap you sayangkan I depan wife you? Are you mad?" Salyna mula hilang sabar.

"Yes, I'm mad cause of you."

"Am. Stop it. Saya dah penat dengan semua ni. Awak mainkan perasaan saya. Even saya tengah mengandung sekarang ni? Awak tak kesiankan saya ke ha?" Isterinya yang berada di sebelah mula bersuara.

Salyna tidak menyangka rupa-rupanya isteri Azzam mengandung. Dia benar-benar rasa tertipu.

"Dah berapa lama awak berdua berkahwin?" Melihatkan Azzam yang masih diam tidak menjawab soalan isterinya, Salyna laju terus menanya soalan.

"2 tahun."

Jawapan yang senang, tetapi cukup untuk membuatkan hatinya terus hancur berkecai.

"That's it. I got all answers. Mulai hari ni aku tak nak ada apa-apa hubungan pun dengan kau. Kau bukan siapa-siap bagi aku." Sudah tiada tatabahasa dalam ayat. Hanya kata-kata kesat yang dikeluarkan.

"Lyna."

"By the way. Aku tak nak kau ada dalam hidup aku lagi. Boleh berambus! Tak ada kau pun aku tak mati la."

Selepas sahaja berkata sebegitu,  Salyna terus meninggalkan Azzam dan isterinya disitu.
_______________________________________

Qairul baru sahaja selepas menunaikan solat isyak. Dirinya masih lagi duduk berteleku di atas sejadah memikirkan sesuatu.

Tidak lama lagi dia akan berkahwin. Perkara itu benar-benar membuatkannya merasa gusar. Adakah Salyna akan menerimanya seadanya?

Dengan hati yang terbuka, Qairul menadah tangannya berdoa kepada Allah.

'Ya allah. Sesungguhnya kau lah perancang yang lebih baik. Adakah dengan rancanganmu ini aku akan menemui jalan kebahagian dengannya? Adakah dia akan menerimaku? Ya Allah. Aku hanya insan biasa ya Allah. Dapatkah aku menjalankan kewajiban aku sebagai seorang suami nanti? Mampukah aku membimbing dia ke jalan Engkau redhai? Ya Allah, aku memohon kepadamu ya Allah. Agar permudahkan lah segala urusan ku nanti ya Allah. Hanya Engkau tempat aku mengadu.'

Amin.

*
*
*
*
Wokey wokey!!! Done

Tak guna betul la si Azzam ni! Rupanya dia da kawin.

Gerammmmmmmm

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now