Bab 45

53 2 0
                                    

Setelah dirunding dengan lebih mendalam, akhirnya kedua-dua belah pihak telah memberi kata putus.

Semalam mereka berdua sudahpun mengikat hubungan iaitu dengan bertunang. Dan mereka berdua akan berkahwin 2 minggu daripada sekarang.

Qairul merasa gemuruh menunggu saat itu tiba. Dia risau jika Salyna tidak akan gembira bersamanya. Tambahan pula mereka masih lagi belajar.

Hari ini, kedua ibu bapa Qairul sudah pun menghantar kad jemputan kepada tetamu-tetamu yang diundangnya. Mengikut pilihan nenek perkahwinan Qairul dan Salyna hanya bertempat di masjid besar.

Hanya orang yang rapat dan saudara mara yang dijemput.

Hans amat terkejut apabila mendapat kad jemputan kahwin daripada Puan Fatimah neneknya Salyna. Hans terduduk apabila mendapat tahu hal itu.

Kad jemputan itu dibalingnya jauh. Kepalanya serabut. Peluang merebut Salyna tipis. Malahan dia sudahpun diberitahu bahawa Qairul dan Salyna sudahpun bertunang kelmarin.

Mukanya diraup kasar. Wajah Qairul muka bermain di fikiran. Geram yang tidak terhingga mula meluap-luap!

Tangannya digenggam kuat.

"Qairul! Kenapa kau yang dapat dia?! Kenapa! Sepatutnya aku!!!"

Hans mula meroyan. Bantal di atas katilnya di baling ke lantai.

"Ahhhh!"

"Ya allah! Hans Azreen! Kenapa ni? Astagfirrullahalazim."

Terbuntang biji mata ibunya melihat bantal bantal yang dibaling ke lantai itu. Wajah anak lelakinya ketika itu juga kusut.

Hans terduduk di atas katilnya. Tangannya ditekup menutup muka. Puan Aira menggeleng kan kepala melihat anaknya sebegitu.

"Hans. Kenapa ni? Ha? Ada masalah ke? "

Hans tidak memberikan sebarang jawapan. Matanya meliar melihat sekeliling bilik anaknya. Mungkin ada sesuatu yang dia tidak tahu.

Lalu, matanya mula tertumpu pada sehelai kertas berwarna ungu di lantas. Kertas itu dicapainya dan dibaca. Rupa-rupanya itu kad jemputan kahwin Salyna yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Terkejut juga Puan Aira ketika itu. Tidak sangka Salyna benar - benar akan berkahwin tidak lama lagi.

"Pasal Salyna akan kahwin tak lama lagi ye?" Bahu anak lelakinya itu dipegang kemas. Dia cuba menenangkan anaknya.

Hans mengangkat wajahnya.

"Umi. Salyna dah nak kahwin. Hans sayang dia. Hans nak dia. Umi!" Tangan ibunya dipegang erat.

"Hans. Tak elok macam ni."

"Tapi Hans suka kat Salyna umi. Umi tak faham."

Secara tiba-tiba sahaja air mata Hans mengalir laju. Terkejut ibunya ketika itu. Habis hilang kejantanan anaknya ketika itu. Hilang macho.

"Janganlah nangis macam ni. Macam budak kecik umi tengok. Dah dah."

"Hans nak Salyna. "

"Habis Hans nak umi buat apa? Ha?"

"Hans nak umi masuk meminang Salyna esok. "

Hans mengesat air matanya daripada mengalir dengan lebih laju. Kali ini benar-benar boleh pengsan ibunya. Nak masuk meminang Salyna? Besok?

Ya allah. Dah la dia tu tunang orang. Sibuk lagi nak masuk meminang anak dara orang. Buat onar je!

"Astagfirrullahalazim. Hans Azreen cuba bawa mengucap. Kenapa perangai macam ni? Salyna tu tunang orang. Hans sedar tak? Umi tak suka tengok Hans macam ni. Hans kena sedar Salyna tu dah jadi tunang orang. Dah nak kahwin dahh. "

"Hans tahu Salyna tu tunang orang umi! Hans cuma nak umi meminang dia je. Hans tak minta lebih pun."

Hans sudah pun berdiri daripada tempat duduk. Wajah ibunya dipandang sayu

Puan Aira menggeleng - gelengkan kepalanya. Tidak masuk akal kata-kata anaknya ketika itu.

Melihatkan tiada respon daripada ibunya, lantas telefon bimbit yang berada di atas meja lampu diambil. Kakinya dihayun laju keluar daripada bilik.

"Hans! Hans nak kemana tu!"

"Hans nak keluar. Tenangkan fikiran. Hans betul - betul tak boleh tanpa Salyna umi. Malam ni Hans tak balik. Umi tak yah tunggu. Pandai-pandai la Hans cari tempat tidur."

Dengan laju ditinggalnya ibunya di situ. Puan Aira tidak percaya anaknya sebegitu suka akan Salyna.

_______________________________________

Hari ini Salyna keluar berjalan-jalan di luar sendirian. Dia tidak mahu di ganggu buat seketika ini. Dia serabut. Mana tidaknya, lagi 2 minggu nak kahwin!

Keputusan ini amatlah membuatkannya terkejut. Terlalu mendadak. Dia sendiri tidak tahu mahu membantah ataupun tidak. Melihatkan Qairul yang terus terusan mendiamkan diri di hadapan neneknya, membuatkannya turut terdiam.

Tempat yang ingin ditujuinya di pantai Port Dickson. Biarlah dia ke sana sebentar. Baginya negeri sembilan itu tidak jauh mana pun. Sejengkal.

Apa yang pasti dia ingin ke sana untuk menenangkan fikiran nya yang sudag bercelaru. Mungkin apabila berada di sana, dia akan mendapat jawapan yang lebih tepat dan baik untuknya.

Sama ada mahu meneruskan perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi atauoun memutuskan perkahwinan itu di saat-saat akhir.

Kepalanya juga pening memikirkan buah hatinya yang sudah lama tidak menelefonnya. Risau. Dia kuga risau bagaimana mahu menjelaskan hal ini kepada nya.

Adakah Azzam akan mempercayainya? Dan menganggap semua yang terjadi hanyalah salah faham.

Selepas memandu kereta selama 2 jam setengah akhirnya dia sampai ke Negeri Sembilan.

Matanya melilau melihat suasana yang cantik di sana.

*
*
*
*
Lama dah x update... sorry

Keje khusus sej da start hari tu. Mati la nak!! So, any bab yg terasa hambar maaf ye.. idea tidak menyerlahhh

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now