Bab 21

55 5 0
                                    

Selepas 30 minit menempuh perjalanan akhirnya Salyna tiba di kawasan tempat kerjanya.

Dahinya berkerut melihat parkir yang penuh hari ini. Semua full. Salyna pun mengarahkan Pak Amin supaya memberhentikan kereta di hujung kedai yang sederet dengan tempat kerjanya.

Akhirnya ada juga tempat parkir kereta yang kosong. Pak Amin pun segera meluncur masuk memarkirkan keretanya disitu.

"Pak Amin! Thank you sangat-sangat sebab hantarkan Lyna pergi kerja." Salyna berasa gembira dengan kehadiran Pak Amin yang membantu menghantarnya ke tempat kerja.

Wajah Salyna yang putih berseri itu dipandang sekilas.

"Your welcome." Kata Pak Amin. Stereng kereta masih lagi dipegangnya.

"Kalau Pak Amin tak ada tadi, tak tahulah Salyna nak pergi kerja naik apa." Di dalam fikiran Salyna, dia sudah memikirkan pasti managernya iaitu Puan Reesa akan memarahinya teruk kerana datang lewat.

"Tak apalah. Lain kali tidur awal. Tak adalah pergi kerja lewat." Pak Amin menasihatinya.

"Ok lah Pak Amin, Lyna pergi dulu."

"Balik macam mana? Nak suruh Pak Amin tolong ambilkan ke?"

"Erm. Tengok dululah."

"Kalau nak suruh Pak Amin yang ambilkan, jangan lupa call" ujar Pak Amin.

Selepas sahaja melihat kereta yang dipandu Pak Amin sudah memasuki jalan besar, Salyna pun dengan pantas berjalan ke arah tempat kerjanya.

Belakang bajunya yang agak ronyok dibetulkan. Rambutnya yang panjang itu dibetulkan supaya menjadi terurus.

Jam tangan 'Seiko' di tangan kirinya dikerling. Sudah pukul 8.15. Mulutnya sedikit ternganga.

Langkah kakinya dipercepatkan.

Kelihatan 4 orang lelaki yang berdiri kira-kira 100 m sedang senyum memandangnya.

Salyna yang malas mahu melayan hanya menundukkan kepalanya.

Sampai sahaja di hadapan mereka Salyna terhenti. Mereka telah menyekat jalannya.

Bibirnya yang merah saga itu digigit perlahan.

Kaki kanannya dihayunkan ke kanan. Lelaki yang berbaju merah itu menghalangnya. Kini kaki kirinya pula dihayun ke kiri. Lelaki yang berbaju hitam belang pula yang tidak memberinya laluan.

Dicubanya lagi ke kanan. Tapi, lelaki itu masih lagi menghalang laluannya. Salyna putus asa. Tertunduk wajahnya. Mata tekur memandang lantai.

Selepas beberapa saat, wajahnya kembali memandang tiga orang lelaki yang sedang berdiri dihadapanya.

Wajahnya diraup perlahan. Lelaki yang berbadan sasa di hadapannya itu dipandang lama.

"Excuse me, you guys is blocking my way, can to the edge a little? I need to hurry right now." Wajah tiga orang lelaki dihadapannya diperhati satu-satu.

Lelaki yang berbaju hitam belang itu hanya tersengih.

"Wow!! Dia speaking la geng!" Lelaki yang berada di hadapan Salyna bersuara.

"Cantikk awek ni Faiz. Takkan la nak pandang je?" Lelaki yang berbaju merah sebelah kanannya bersuara. Tangannya itu diletakkan di atas bahu lelaki yang bernama Faiz.

Faiz tersenyum senget.

Jam di tangan Salyna dikerling sekali lagi. 8.20. Dah lambat sangat ni!!

"Suit yourself!" Kata Salyna.

Salyna yang malas mahu menyambung mendengar bualan lelaki yang berada dihadapannya, dengan kasar merempuh mereka yang sibuk tersenyum ke arahnya.

Langkahnya dipercepatkan. Tiba-tiba lengannya ditahan oleh seseorang. Dia segera menoleh. Rupanya lelaki tadi.

"Lepaslah!"
Nada suaranya sudah naik seoktaf. Matanya membulat marah.

"Okey! Relax la. Nak pergi mana cepat-cepat ni? Lepakk la dulu." Ajak Faiz lelaki yang tadinya menghalang jalannya.

Pipinya diulus perlahan. Dengan pantas Salyna menepis tangan lelaki itu.

"Don't touch me okay?!" Rasa marah sudah membuak.

"Okay."

"Kau nak apa dengan aku ni?" Soal Salyna. Waktu nak pergi kerja ni laa ada orang nak buat kecoh pula dengan dia. Pantang betul!

"Saja. Nak ajak 'you' dating  kejap. Boleh?" Kini tangannya pula menjadi sasaran.

Salyna menahan tangan tersebut dari menyentuh tangannya. Dikuatkan cengkamannya pada tangan lelaki tersebut.

Wajah Faiz sudah memerah menahan sakit. Kawan-kawannya yang berada di tepi hairan melihat dirinya.

"Aw..aw.. sakitlahh pompuan! "Tangan ditarik semula. Wajah Salyna di pandangnya. Geram benar dengan perempuan di hadapannya.

"I said don't touch me. Very hard to?" Suara Salyna seakan mengejek. Senyuman terukir dibibirnya.

Lelaki yang berdiri di hadapannya sudah mula marah.

"Kau ni memang mintak kena!" Lelaki itu sudah memegang lengan Salyna dan menariknya dengan pantas.

Ditariknya kuat lengan Salyna. Salyna sudah mengaduh kesakitan.

Dua orang rakan lelaki itu pula hanya mengikut ke mana Faiz menarik Salyna.

Salyna yang sudah tidak berpuas hati dengan perlakuan lelaki itu, segera menolaknya sehingga badan lelaki itu terdorong ke belakang.

Badan Faiz yang ditolak kuat oleh Salyna telah terkena dinding.

"Faiz kau okey tak?" Lelaki yang berbaju hitam belang itu berlari mendapatkan Faiz yang sudah terduduk.

"Sial !" Lelaki itu sudah mencarut.
Dia berdiri semula.

Dia berjalan ke arah Salyna yang masih berlagak tenang. Faiz yang baru sahaja ingin menampar Salyna tidak sempat, kerana gerakan Salyna yang lebih pantas daripadanya.

Lututnya ditendang kuat mengenai perut lelaki tersebut. Lelaki dihadapannya sudah mengerang kesakitan.

"Korang berdua pegang tangan dia!" Faiz mengarah dua orang rakannya. Tangan kanannya masih lagi memegang perutnya yang sedikit senak.

Lelaki yang berbaju hitam belang dan lelaki berbaju merah itu mengangguk mendengar arahan Faiz.

Kedua-dua tangannya sudah dipegang kemas oleh kawan Faiz. Salyna cuba untuk melepaskan tangannya daripada mereka tetapi tidak dapat.

*
*
*
*
*

Geram betul la siapa pula kacau Salyna ni!! Aish!! Puk kang! Nak??

Eh ehe.. termarah lak.. bukan apa.. betullah kan? Sibuk nak kcau anak dara. Tak ada keje ke ape . Alamakaii geram nyee.

Any typo minta ampun ya?

Kata penutup.

Cuba awok awok sume tutup mata kejap.

Ha, cuba la.. jangan buka.

Ok now, bole bukak.

Ni, sye nak tnye. Awk tutup mata awk nampk ape?? Tak nmpak apa2 kan? Gelap kan??

Macam tu la hidup sye tnpe awk disisi.. gelap semacam je.. sbb awak tak baca cite ni.
Hahahahha

So bce sye wahai cyg titer!!!

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now