Kereta Mini Cooper milik Salyna dilihat.
"Entah la. Saya dah cuba start enjin tapi tak boleh hidup. Macam mana ni?" Salyna mula gusar. Jam sudah menganjak ke jam 11 malam. Sudah lewat baginya jika pulang pada waktu ini.
Pasti nenek kesayangannya itu risau. Bukan dia tidak tahu perangai neneknya yang sering risau tentangnya dan juga Adam dalam semua hal. Jika tidak pulang pasti neneknya sudah menunggu dengan bimbang. Risau sangat.
"Cuba awak start lagi." Ujar Qairul. Salyna pun mendengar kata Qairul lalu mencuba sekali lagi. Masih tidak dapat dihidupkan.
Jelas diwajah Salyna dia begitu gusar.
"Tak boleh la." Wajah Salyna sudah berubah. Dahinya sudah dibasahi dengan keringat
"Okey. Relax. Buka bonet depan ni dulu. Saya nak tengok." Arah Qairul.
Dia sudahpun berdiri dihadapan bonet depan keretanya.Bonet itu dibuka. Salyna hanya memerhatikan Qairul yang sedang sibuk menilik kereta.
"Awak pandai betulkan kereta ke?" Salyna mengutarakan soalan.
"Actually saya tak pandai. But, it's okay. Saya tengok tengok je dulu. Okey."
Dia pun menyinsingkan lengan bajunya sehingga paras siku. Jam ditangannya dibuka lalu dimasukkan ke dalam poket. Rambutnya yang sedikit jatuh diselaknya ke atas.
Salyna melihat wajah Qairul dengan tekun. Terlihat sisi-sisi kejantanan Qairul. Tanpa dia sedari, dia mula menguntumkan senyuman yang manis kepada Qairul.
"Rosak kereta awak ni."
"Rosak? Macam mana saya nak balik ni?" Salyna semakin bimbang."Takpa. Biar saya hantar awak balik dulu. Rasanya dah lewat ni. Risau pula kalau nanny awak risau." Melihatkan wajah Salyna ,Qairul tahu akan dia risau tentang neneknya jika dia pulang lewat.
"Kereta saya macam mana?" Tanya Salyna.
Takkan la kereta kena tinggal kat sini? Kena curi la namanya!
"Kereta ni awak jangan risau. Saya ada kawan yang kerja kat bengkel. Biar saya call dia dulu. Rasanya bengkel tu belum tutup."
Qairul dengan pantas mencapai telefon bimbitnya di poket belakang seluarnya. Dia pun menelefon Zaim yang merupakan pekerja di sebuah bengkel kereta.
"Ok. Kejap lagi dia datang. Dia kata dia dekat area ni je. So, awak jangan risau okey?" Salyna merasa lega dengan kehadiran Qairul ketika itu.
Jika Qairul tiada entah apa akan lakukannya disini keseorangan. Pasti sanggup tersadai disini sehingga waktu pagi.
Dia mengangguk lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepada Qairul.
_______________________________________
Suasana di dalam kereta sepi. Tiada perbualan yang ingin dibualkan. Hanya suara dari corong radio yang menemani mereka sepanjang perjalanan.
Qairul yang sedang memandu dari tadi tidak henti curi-curi melihat Salyna. Kelihatan Salyna sedang melemparkan pandangan melihat suasana di luar.
Entah apa yang cantik sangat sehinggakan Salyna tidak henti menguntum senyuman. Mungkin teringatkan sesuatu.
Qairul mula merasa janggal.
Nak bual apa ni? Krik.. krikk.. sangat la! Cepat fikir Qairul! Cepat! Nak bual apa ni?!
"Salyna. Boleh saya tanya something tak?" Qairul mula bersuara. Bibirnya yang manis itu di gigit. Risau juga jika soalannya akan membuatkan Salyna tidak suka.
"Boleh. Tanyalah." Badannya yang tadi menghadap ke tepi di alihkan sedikit ke arah Qairul yang sedang memandu.
Patut ke tak ha aku tanya? Nak tanye ke tak? Nak tanya ke tak? Aduh..
Hujung matanya dikerling melihat Salyna. Terasa hampir tercabut jantungnya apabila melihat Salyna yang sedang memerhatikannya.
"Tanya la. I'm waiting right now." Ujar Salyna. Dia masih menunggu soalan Qairul. Apakah yang membuatkan Qairul bimbang untuk menanyanya.
"Baru-baru ni saya tengok awak macam serba tak kena je. Macam risaukan sesuatu. Saya perasan yang awak selalu tengok sekeliling. Macam ada someone yang follow awak. Kenapa, ada someone selalu follow awak ke?" Akhirnya soalan itu terkeluar dari mulutnya dengan sekali nafas.
Salyna agak terkejut dengan pertanyaan Qairul. Agaknya Qairul mula perasan akan segala tindak lakunya.
Memang benar dia sedang risau tentang lelaki yang sering menghantarkannya stick note. Lelaki yang sering berpakaian hitam. Sering mengikutinya ke mana ada. Tambahan pula stick note yang sering dihantar berupa ugutan. Membuatkannya merasa senak perut.
Tetapi sejak dua tiga hari ini dia sudah tidak dapat stick note. Mungkin lelaki yang sering menghantarkan stick note itu sedang sibuk.
T.M. Siapakah lelaki itu? Mengapakah dia sering mengganggunya? Apakah salahnya? Adakah dia mengenali dirinya?
Hanya itu sahaja soalan yang sering bermain di mindanya. Entah bila akan terjawab segala persoalan.
"Salyna? Salyna?" Suara Qairul membuatkan Salyna terbangun dari lamunan. Segala persoalan yang berada di mindanya terus melayang .
Dia memandang wajah Qairul.
"Kalau awak rasa soalan saya ni buatkan awak rasa tak selesa takpe. Saya faham." Kata Qairul. Dia pasti mesti soalan yang diajukan kepada Salyna agak membuatkannya terkejut.
"Sorry Qai. Saya tak boleh bagitahu awak. But, maybe one day." Salyna dengan pantas melarikan anak matanya daripada melihat Qairul. Dia belum bersedia mahu memberi tahu dengan sesiapa pun tentang hal ini.
*
*
*
*
Hy readers! I miss you!!! Hahahahah..Actually nak buat part suwit kt bab ni.. tpi tulaa.. tak kena pulaa adohhh. Sorry sis sis!
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...