Telefon yang berbunyi di atas meja mengejutkan Qairul dan Salyna yang lagi sibuk menonton televisyen bersama.
Salyna yang sedang memeluk Qairul itu mengangkat wajahnya untuk melihat si suami. Ketika itu si suami begitu tekun menonton cerita di kaca televisyen.
"Abang." Salyna menepuk bidang dada suaminya.
"Ha? Apa dia?" Kata suaminya.
"Tu, phone abang. Ada orang call." Kata Salyna.
Qairul baru tersedar. Syok sangat tengok cerita, sampai phone bunyi pun tak perasan. Telefon yang berada di meja depannya diambil.
Nama yang tertera di skrin membuatkannya terus bermasam muka. Panggilan itu ditolak. Dia kembali menyandar pada sofa dan memeluk isterinya.
"Kenapa tak jawab? "Soal Salyna. Dia pelik.
"Daus call. Malas la layan. Baik abang layan cerita ni je lagi best." Jawab Qairul. Dia menipu. Daus pula yang menjadi bahan menipuan nya.
Mereka berdua kembali fokus pada televisyen. Cerita yang ditayangkan ketika itu benar-benar menarik perhatian mereka.
Dalam masa yang sama mereka tersenyum sendiri melihatkan telatah pelakon yang melakonkan cerita itu dengan begitu romantis. Salyna terus membayangkan dirinya dan suaminya di dalam cerita itu.
Mesti sweet!
Telefon Qairul berdering lagi. Daripada orang yang sama. Qairul tidak mahu melayan. Dibiarkan saja telefon itu berbunyi.
"Abang, jawab la call tu. Maybe Daus ada benda penting ke nak bagi tahu. Jangan la buat orang call kita banyak-banyak kali." Salyna menegur.
Kini dia duduk bersila menghadap suaminya. Dengan rasa tenangnya dia memandang si suami.
Qairul tidak menjawab. Dia tetap tidak mahu menjawab panggilan itu. Dia menggeleng.
"If you not answer the call, let me do it." Kata Salyna.
Belum sempat dia mengambil telefon Qairul, Qairul terlebih dahulu menyambar telefonnya. Dia tersengih memandang isterinya.
"Abang jawab." Kata Qairul.
Dia bangun daripada Sofa dan menuju ke dapur untuk menjawab panggilan itu. Sebelum dia menjawab panggilan, sempat dia melihat sekelilingnya.
Dia harus memastikan tiada siapa yang akan mendengar segala perbualannya.
"Hello?"
"Hello sayang! Why you tak angkat call I tadi hah?" Terdengar suara perempun di corong telefon.
Daus yang dimaksudkan oleh Qairul tadi rupanya Adrea. Perempuan itu yang menelefonnya.
"Apa sayang-sayang ni? You nak apa call I ni? Tahu tak I busy?" Kata Qairul. Dia cuba merendahkan suaranya.
Dia takut suaranya didengari oleh si isteri.
"I miss you so much! Qai, teman I Qai! I need you." Adrea di corong telefon merayu.
Jika didengar dengan betul-betul, suara Adrea ketika itu seperti orang sedang menangis. Qairul heran.
Apehal pula perempuan ni nangis? Ada-ada je la masalah!
"Kenapa nangis ni?" Dalam marah terselit juga rasa risaunya terhadap gadis itu. Biasalah, gadis itulah kawan dia ketika kecil.
"I rindu you Qai. I want you right now. Please! Kepala I pening la." Kata Adrea.
Suaranya kedengaran lemah sahaja.
Qairul berfikir seketika. Dia rada dia tidak patut meninggalkan isterinya sendirian di rumah hanya kerana gadis itu. Adrea ni penuh dengan muslihat. Entah betul ke tidak dia pening.
Qairul mengeluh. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan olehnya.
"I suruh Ariff je la jenguk you. I busy la dengan wife I." Qairul tetap mendalih. Dia tidak mahu berjumpa dengan gadis itu.
"Ariff? Qai I tak nak dia la! I nak you. I nak you yang jenguk I. Please la Qai. I takkan buat apa-apa kat you." Adrea cuba menyakinkan Qairul.
Qairul berdecit. Cerewet betul minah ni. Dah cukup elok aku suruh orang tengokkan dia. Kalau aku tak suruh siapa-siapa jenguk kau baru tahu. Aih!
"Mengada lah you ni!" Suara Qairul sedikit meninggi. Bengang pulak dengan minah ni.
"I'm begging you please!" Suara Adrea tersekat-sekat.
"Yelah. Sent I location you. Kejap lagi I sampai." Kata Qairul. Dia mengalah.
Panggilan telefon itu terus dimatikan. Telefon nya itu diletak tepi. Wajahnya diraut kasar.
Tapak kaki seseorang mengejutkannya. Itu isterinya. Salyna berjalan mendekati dirinya yang lagi duduk di meja dapur.
Dalam hati Qairul sedikit lega kerana panggilan telefon nya bersama Adrea sebentar tadi tamat selepas sahaja Salyna tiba.
Salyna tiba di situ terus memeluk lengan sasa suaminya. Kepalanya dilentok manja pada bahu isteri suaminya.
"Kenapa ni?" Soal Qairul.
"Rindu." Kata Salyna.
Qairul ketawa kecil. Orang ke dapur pun dah rindu ke? Aih! Budak kecik ni. Qairul mengusap kepala isterinya dengan lembut.
"Abang pergi dapur je. Bukannya pergi jauh pun." Kata Qairul.
Salyna sekadar memuncung.
"Ni, abang nak keluar kejap. Daus nak jumpa abang. Katanya ada benda nak cakap." Kata Qairul kepada Salyna.
Begitu sakit rasanya menipu budak kecik seperti isterinya itu. Tapi apakan daya dia? Dia tidak mahu isterinya marah padanya atau salah faham padanya soal ini.
Dia takut sekiranya isterinya tahu dia keluar dengan Adrea, dia akan bertambah marah dan terus merajuk padanya.
"Jumpa Daus? Nak ikut." Badan Salyna terus tegak apabila mendengarkan kata-kata suaminya.
Bolehlah ni nak keluar. Boring duduk kat rumah ni.
"Tak boleh. Ni men talk je." Ujar Qairul. Pipi isterinya dimain-main.
Lembut. Putih pulak tu. Macam pau!
"Ala! Lyna nak ikut." Salyna menahan tangan suaminya daripada memegang pipinya. Mata suaminya dipandang dengan pandangan merajuk.
"Tak boleh. Nanti-nanti je la ae? Kita keluar berdua. Ni abang nak jumpa Daus sekejap je. Tak lama." Qairul cuba memujuk si isteri.
"Promise?" Salyna mengeluarkan jari kelengking nya.
Qairul ketawa lagi. Ya allah! Comel betul la bini aku ni! Siap nak pinky promise bagai. Macam budak kecik!
"Yelahh. Promise." Qairul berjanji dengan isterinya.
*
*
*
*
*Cerita ini akan tamat tidak lama lagi geng! Hahahahah. Hope you gais tak penat menunggu okey?? Stay baca citer ni n vote.
Make sure you gais tahu jalan cerita dia... barulahh syok baca kan??
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...