Salyna termenung sendiri. Dia duduk bersila di pondok taman kawasan perumahannya sendirian. Rambutnya yang sedikit menutupi mata diselak ke tepi.
Terasa kuat angin pada petang itu. Sejuk dan redup saja suasananya.
Kepalanya dari tadi tidak henti memikirkan panggilan telefon daripada T.M semalam. Dia tertanya-tanya siapakah lelaki itu. Dan mengapa dia sering mengganggunya.
Apa sebenarnya motif dia? Apa yang salahnya sehingga lelaki itu amat membencinya.
Ah! Hampir meletup kepalanya memikirkan hal itu.
Dia kembali ke alam realiti. Matanya meliar melihat kawasan taman yang ada di depannya. Sunyi. Tiada siapa disitu kecuali dirinya.
Manalah budak-budak ni? Tak main petang ke? Salyna pelik.
Sedang matanya meliar mencari-cari kanak-kanak di kawasan itu, matanya mula menangkap susuk badan lelaki yang berbaju hitam, bertopengkan mask dan memakai topi hitam berjalan ke arahnya.
Lama dia memandang lelaki itu. Lelaki itu semakin berjalan laju ke arahnya. Kini lelaki itu benar-benar berdiri di hadapannya.
Automatik Salyna berdiri. Dia membalas renungan tajam lelaki yang berada di hadapannya.
Tiba-tiba bajunya dicekak. Leher bajunya ditarik tinggi sehingga membuatkan kakinya terjengket. Rasa tersekat nafasnya.
"Lepaslah! Kau pehal ni?" Suara Salyna separuh menjerit. Dia merasa tergapai-gapai.
Tangan lelaki yang menarik bajunya itu dipukul-pukul.
"Aku benci kau! Kau lah penyebab semuanya!!!" Mata lelaki itu tajam mencerlung ke arahnya.
Daripada suara itu,dia dapat mengecam siapa lelaki dihadapannya itu. Lelaki yang berada di hadapannya itu ialah lelaki yang sering menelefon dan mengganggunya. Lelaki itu ialah T.M.
"Kau lah penyebab keluarga aku hancur!" Sekali lagi lelaki itu bersuara.
"Aku tak kenal la siapa keluarga kau! Ishhh, lepaslah. Kau siapa??" Salyna sedaya upaya menolak tangan lelaki itu. Sesak!!
Dia ingatkan lelaki itu akan merasa sakit selepas beberapa kali dipukul. Tetapi sangkaannya meleset. Rupanya lelaki itu terlalu kuat. Dia langsung tidak berganjak dari tempat duduk.
Lelaki itu membuka topengnya laju. Kini seluruh wajah lelaki itu dapat dilihatnya. Wajah lelaki itu kelihatan seperti pernah dilihat. Tetapi dia tidak ingat dimana.
Dia cuba menrefresh kembali otaknya. Ya, kini dia baru teringat siapa lelaki di depannya itu. Dia kenal lelaki itu. Matanya terbeliak!
"Kau ingat siapa aku?" Tanya lelaki itu. Sengihannya ketika itu kelihatan amat menyeramkan.
"Kau, Muiz. Abang Mukhriz kan? T.M." Salyna menanya meminta kepastian.
Lelaki itu mengangguk seraya berkata.
"Ya. Aku lah T.M. Tengku Muiz.""Kenapa kau buat aku macam ni,apa salah aku ha?" Salyna memandang wajah lelaki yang bernama Muiz itu lama.
"Semua salah kau." Kata Muiz.
"Apa salah aku? Kenapa? Kau marah ke pasal aku tak dapat terima adik kau Mukhriz?" Salyna meneka.
Muiz melepaskan tangannya daripada baju Salyna. Kini mereka berdua bertentangan mata. Salyna yang pendek daripadanya itu dipandang tajam. Dia benci gadis itu.
"Kenapa kau jahat hah? Mukhriz adik kau pun tak jahat macam ni." Salyna mula sakit hati apabila pertanyaaannya tidak dijawab.
"Aku jahat ni sebab kau! Kau tahu tak sebab kau! Kau la penyebab adik aku mati." Mata Muiz membesar.
"Adik kau?" Salyna pelik.
"Adik aku. Tengku Karmila Amna."
Nama yang disebut oleh Muiz itu membuatkannya terdiam. Tengku Karmila Amna. Nama itu kedengaran seperti selalu disebutnya.
Karmila! Itu ialah kawannya. Kawannya semasa di Australia. Karmila itu adiknya Muiz? Adik beradik dengan Mukhriz?
Kenapa aku tak pernah tahu!
"Karmila tu adik kau?" Salyna masih tidak percaya.
"Ya, dia adik aku. Disebabkan kau, dia mati." Laju Muiz bernafas. Kedengaran bunyi nafasnya yang seperti tercungap-cungap.
"Mila. Mila mati? Kenapa? Apa aku dah buat kat dia?" Kata Salyna.
Karmila mati? Disebabkan dia? Apa sebenarnya dah jadi ni. Dia mati akal.
"Dia mati sebab depressed. Kau tahu tak yang dia tu suka kat Azzam. Kenapa kau nak rampas dia daripada Karmila! Kenapa? Kenapa kau masih nak kat Azzam tu?!" Suara Muiz naik seoktaf.
Dia masih lagi tidak berpuas hati dengan Salyna.
"Aku.. aku aku tak pernah tahu pun dia suka Azzam. And aku tak pernah pun rampas siapa-siapa dari dia. Azzam yang tak nak kat Karmila. Nak buat macam mana. Bukannya aku yang paksa dia suruh suka aku." Perlahan sahaja nada suara Salyna.
Dia harus bertenang.
"Ah! Kau penyebab dia! Kau! Kau yang tak pernah sedar yang Karmila tu suka Azzam lebih awal dari kau!" Kata Muiz.
Dia sedar.
Benar. Karmila yang berkawan terlebih dahulu dengan Azzam. Bukannya dia. Dia hanyalah orang ketiga yang mengganggu mereka. Salyna menunduk."Aku minta maaf sangat. Aku betul-betul tak tahu. Kalau aku tahu dia suka Azzam waktu tu aku takkan suka kat dia." Salyna cuba mengawal emosinya.
"Kau nak minta maaf buat apa? Bukannya kau boleh hidupkan adik aku tu semula pun!" Muiz tersenyum senget.
"Please. Aku minta maaf sangat-sangat." Sekali lagi Salyna meminta maaf.
"Maaf kau tak diterima. Aku tak nak perkataan maaf tu keluar dari mulut kau. Terlalu murah! Aku akan pastikan hidup terseksa dan merana macam mana kau buat kat adik aku!" Kata Muiz.
Dia menarik rambutnya Salyna lalu dihentaknya pada dinding yang betul-betul berada di belakang. Kuat hentakkan itu.
Salyna mula rasa pening. Keadaan kawasan sekitarnya ketika itu seperti sedang berputar. Dahinya dipegang.
Sekali lagi kepalanya dihentak buat kali kedua. Lebih kuat dari yang tadi. Darah mengalir kuat dari dahinya. Hentakkan itu membuatkan dahinya terkoyak.
Muiz yang baru sahaja ingin menghentak kepala Salyna buat kali ketiga tidak menjadi.
Suara seseorang yang menjerit ke arahnya membuatkannya terhenti berbuat demikian.
"Woi!!!"
Muiz dalam keadaan yang terkejut dan risau lekas-lekas berlari jauh dari situ. Salyna dengan dahinya yang luka disitu dibiarkan.
*
*
*
*
*Dah siap readers ku! Bacalahh.. thanks kpd yg selalu support sye. Sye appreciate gila gila gila gila ahhh!
Hope bab ni awk semua ske la ye??? Bubyeeee
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...