58~MEM-BO-SAN-KAN

467 9 0
                                    

Haziq yang sedang memandu di sebelah ditoleh beberapa kali. Kali ini sudah masuk 10 kali wajah lelaki itu ditoleh.

"Wei Haziq, kau boleh tak bawa kereta tu laju sikit. Tahu tak yang kau tengah bawa kereta slow nak mampus sekarang ni?" Wana bersuara.

Geram pula dia melihat lelaki itu.

"Sabarlah Wana. Aku bawa slow ni sebab aku nak jaga keselamatan kita. Keselamatan kau. Kalau aku bawak laju-laju nanti, kita accident macam mana?" Kata Haziq. Dia membuat andaian sendiri.

Perlahan saja suaranya. Biarlah gadus itu saja yang tinggi suara. Jangan dia sudah. Takut nanti boleh gaduh besar pula.

"Kau agak-agak la nak jaga keselamatan pun. Kau sedar tak yang kau tengah bawak slow gila-gila ni. Kau tak tengok meter tu ke? Tak tengok? 40km/j! 40km/j tau. Kalau macam ni la kau bawa bila kita nak sampai? Cuba cakap." Wana sudah membebel.

Haziq tersengih melihat gadis itu. Ada betulnya juga kata Wana itu, kalau macam ni la dia pandu kereta memang lambat la sampai.

Nak jaga keselamatan punya pasal, sampai tak perasaan yang dia bawa kereta perlahan gila.

"Oklaa, aku bawa laju sikit ae." Kata Haziq. Dia menekan pedal kaki dan kereta yang dipandunya menjadi lebih laju daripada tadi.

Wana menghela nafas dengan perlahan. Sabar jela dengan lelaki itu.

Haziq yang sedang memandu disebelah fokus pada pemanduannya. Manakala penumpang di sebelahnya pula sibuk melempar pandangan ke luar kereta.

Dilihatnya Wana ketika itu sibuk melihat pandangan di luar. Langsung tidak tertoleh pun gadis itu ke arahnya.

"Tengok apa kat luar tu? Khusyuk betul. Cubalah borak dengan aku sikit. Tanya la apa-apa pun." Haziq yang tiba-tiba bersuara mengejutkannya.

Wana menoleh ke arah Haziq.

"Ha? Borak ngan kau? Malas aku. Baik aku main-main ngan bunga ni. Lagi bagus. Borak ngan kau membosankan. Tahu tak? MEM-BO-SAN-KAN." Kata Wana. Dia mula bermain dengan kelopak-kelopak bunga matahari yang dipegangnya.

Cantik! Suka bunga matahari ni.

"Sampai hati kau kan cakap aku ni membosankan. Aku ajak kau berbual je pun. Tu pun kau tak nak. Ish!" Haziq menjelingnya. Geram pula dia disitu.

"Alah muka kau. Cuba control sikit. Buruk dho muka tu. Tak boleh bla aku tengok kau." Wana galak ketawa. First time tengok lelaki itu buat muka dengannya.

"Ha gelak la. Gelak. Gelakk lagi. Gelak." Haziq memberikan senyuman palsu kepadanya. Malas pula dia mahu melayan gadis itu.

Wana terhenti bergelak apabila lelaki di sebelahnya menuturkan kata-kata itu. Lain macam ayat lelaki itu.

Dia berfikir lama. Takkan la Haziq ni nak merajuk dengan aku? Terasa ke dengan apa yang aku kata? Aku gurau je kot.

"Ziq." Wana memanggil lelaki disebelahnya itu dengan nada yang perlahan.

Haziq langsung tidak menjawabnya. Dia hanya fokus pada pandangan di depan matanya.

Wana menggaru-garu kepalanya. Uish! Tak layan bhai. #palau.

"Wei majuk ke?" Wana menyoal. Dia tersengih-sengih.

"Takla. Mana ada merajuk. Okey je ni." Ujar Haziq. Laju saja tutur katanya.

Wana mencebik. Mulut cakap okey. Hati cakap lain. Yeyejek okey laki tu. Kalau okey, tak adanya dia buat muka sampai macam tu sekali.

Bahu Haziq dicuit-cuit. Misi nak memujuk is started!

Haziq mula tidak selesa dengan perlakuan gadis di sebelahnya. Dia menolak tangan Wana itu ke tepi. Tak boleh nak fokus memandu kalau orang kacau ni.

"Alaa... aku gurau je la tadi Ziq. Relax la. Takkan terasa kot?" Kata Wana.

Haziq menggeleng-geleng.

"Wei Ziq! Jangan la palau aku wei." Gadis di sebelahnya itu sudah mula membuat muka seposen. Muncung sedepa.

"Ahhhh."

Sedih pula tak dilayan.

"Dahla. Duk diam-diam. Tak boleh nak duduk diam la kau ni. Zip mulut tu." Kata Haziq. Serius wajahnya.

"Tapi... Haziq. "

"Dah. Kejap lagi kita nak sampai kan. Duduk diam-diam." Haziq cepat memotong Wana yang mahu menutur kata.

Kereta yang dipandu oleh Haziq dibawa dengan kelajuan yang tinggi. Lelaki itu tidak lagi membawa kereta dengan perlahan. Habis semua kereta yang berada di depan mereka dipotong olehnya.

Terus takut Wana yang duduk di sebelahnya. Laju dia tu mengalah kan kereta'gtr' tau. Gila-gila laju beb!

"Muhd Haziq. Slow la sikit bawa kereta ni. Bahaya la bawa laju sangat ni." Kata Wana. Takut-takut dia menegur Haziq.

"Eh takpala. Nanti kita lambat pula sampai kan? Lagipun tak jauh mana lagi pun.  Dalam 2 minit dah sampai." Kata Haziq. Bukan main laju lelaki itu menjawab apa yang dikatakan oleh dirinya.

Terdiam Wana disitu. Sah! Dan sememangnya sah, lelaki itu merajuk dengannya. First time gila wei. Susah ah gini.

"Okla." Wana menunduk.

*
*
*
*
*
Hai gais.... sorry lmbt update.. smlm sye da taip tau cite ni... pstu tetiba pula wattpad ni wat hal...habis ilang sume benda yg sye taip.

Sedih tau.... hahahhahaa.. tpi tk pela.. ni sye dah buat bru utk you gais.hope you all suka la ye? Ampun kan sye sbb lmbt update

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now