Qairul terus menuju ke hospital sebaik sahaja kelasnya tamat. Dia begitu rindu dengan isterinya itu. Seperti sudah bertahun-tahun tidak ketemu.
Hari ini sudah masuk tiga hari isterinya tidak sedarkan diri. Dia pula semakin resah. Takut juga jika ada benda serius terjadi pada isterinya.
Sempat dia membeli makanan kegemarannya Salyna sebelum dia ke hospital. Dia membeli spaghetti carbonara di tempat yang selalu dibelinya.
Dia amat berharap yang isterinya akan sedar hari ini. Resah dan risaunya tika itu, hanya tuhan yang tahu.
Qairul berjalan cepat menuju bilik isterinya. Sebaik sahaja pintu bilik itu terbuka dia terlihat dua orang lelaki di dalam bilik itu yang lagi sibuk melayan diri masing-masing.
Seorang bermain telefon. Seorang lagi sibuk mengupas buah epal untuk dimakan.
Qairul menggeleng-geleng. Ada aku ada jugaklah dia orang ni. Dengan langkah yang besar, Qairul menuju ke arah meja untuk meletakkan spaghetti buat isterinya.
Meja itu dilihatnya. Terlihat dua bekas makanan di atasnya. Terus hilang moodnya ketika itu.
"Hans, kau bawa apa ni?" Soal Qairul.
Hans yang lagi sibuk bermain telefon itu terus menoleh memandangnya. Jari yang ditundingkan ke arah bekas makanan oleh Qairul itu dilihat.
"Oh, aku bawa favourite food Salyna. As usual spaghetti la." Kata Hans selamba.
Setelah itu dia menyambung kembali melihat skrin telefonnya. Apalah yang sibuknya itu.
"Kau Mukhriz? Kau bawa apa ni?" Kini Mukhriz yang masih lagi mengupas buah epal itu pula ditanya.
"Sama. Spaghetti juga." Katanya.
Tekun dirinya mengupas buah epal itu. Begitu berhati-hati dan perlahan.
Qairul hanya mampu mengeluh. Mahu marah, rasa buang masa pula.
Wajah isterinya yang terlantar di atas katil dilihat. Sayang, sayang. Kenapa la awak ni cantik sangat ha? Ramai betul suka kat awak. Sakit hati saya tengok.
Dia mula berjalan ke arah isterinya. Hans yang duduk di sebelah isterinya itu dilihat. Orang perhati dia pun dia buat tak tahu.
Apa punya orang la dia ni.
"Hans, kau tepi. Aku nak duduk." Kata Qairul.
Tangannya membuat isyarat supaya Hans duduk di tempat yang lain. Tajam pandangan Hans terhadapnya. Dia mendengus.
Lambat-lambat dia bangun dari kerusi itu. Selepas sahaja Hans bangun dari tempat itu, Qairul terus melabuhkan punggungnya disitu.
Tangan isterinya dipegang. Diusap-usapnya tangan lembut milik Salyna itu. Diciumnya beberapa kali tangan itu.
Bangun la sayang. Abang rindu tengok sayang gelak. Sayang senyum. Sayang marah. Abang rindu sanvat bangun lahh.
Mukhriz yang baru selesai mengupas buah itu, terus melihat Qairul yang lagi sibuk bermain dengan tangan isterinya.
Dia mula rasa cemburu. Kalau lah dia yang menjadi suami Salyna, pasti dia akan membelai-belai dan mengusap-usap lembut tangan gadis itu.
Tetali dia harus sedar batasnya sekarang. Salyna itu isteri orang. Miliknya Qairul. Dan bukannya dia.
Hans yang berdiri menyandar di dinding itu dilihatnya pula. Geram pula dilihatnya lelaki itu. Tidak habis-habis bermain telefon. Dari dia datang dari sampai sekarang tak lepas tangan tu pegang telefon.
"Hans, kau tak de kelas ke hah? Dari pagi tadi kau ada kat sini. Lama gila kau ada kat sini." Tegur Mukhriz. Dia pula yang merasa tidak selesa dengan adanya Hans disitu.
Hans memandangnya tajam. Bebola matanya digulingkan ke atas. Eh, budak sorang ni. Sibuk je nak tanya.
"Hari ni aku tak ada class. Class cancel. Kau ni. Suka hati aku la nak lama-lama kat sini. Aku nak jenguk Salyna je. Bukannya jenguk kau. Sibuk betul." Marah Hans.
Rasa nak ditendang-tendang budak lelaki itu. Sibuk betul nak menanya-nanya.
Mukhriz merasa bengang. Aih! Pandai betul nak menjawab-jawab ni.
"Korang senyap sikit boleh tak? Kacau je. Kalau nak gaduh apa semua boleh keluar. Jangan nak buat semak kat sini." Kata Qairul. Geram betul dengan budak dua ni.
Terus terdiam mereka berdua di situ. Tidak jadi mereka bertekak disitu.
Wajahnya dipalingkan semula melihat isterinya. Dia masih lagi menunggu dengan sabar. Setelah itu, dia mula menangkap mata Salyna yang sedikit-sedikit bergerak.
Dia terus berdiri dari tempat duduk. Perlahan-lahan mata Salyna terbuka. Wajah orang yang pertama dilihatnya itu suaminya sendiri. Dia mula mengukir senyuman.
"Lyna?" Qairul memegang bahu isterinya.
Hans dan Mukhriz berjalan mendekati katil Salyna. Mereka berdua tersenyum melihatnya.
"Awak okey ke Salyna?" Soal Mukhriz.
Salyna sekadar mengangguk tersenyum ke arahnya. Matanya memerhati seorang demi seorang lelaki di hadapannya itu.
Tetapi matanya lebih tertumpu pada wajah suaminya yang masih lagi kelihatan risau melihatnya.
Salyna memegang tangan suaminya erat.
"Sayang dah okey ke? Masih ada lagi sakit kat mana-mana?" Soal Qairul.
"Tak. Salyna dah okey. Abang jangan la risau." Kata Salyna. Dia cuba memujuk suaminya.
"Kejap ae. Abang panggilkan doktar." Ujar Qairul.
Dengan langkah yang besar, Qairul keluar daripada bilik mencari doktar. Selepas beberapa minit kemudian, Qairul kembali bersama dengan seorang doktar yang diiringi dengan seorang jururawat.
"Encik encik semua sila keluar dulu. Saya nak check pesakit sekejap" kata doktar tersebut.
Mereka bertiga mengangguk dan terus keluar daripada bilik meninggalkan Salyna yang lagi terbaring di atas katil bersama doktar yang ingin memeriksanya.
*
*
*
*
*
Tak tahu la nak cakap apa. Just nk cakap please support me! Vote tauu.Segala typo or ayat yg x best sorryy. Ahhahahaha

ANDA SEDANG MEMBACA
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomansaTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...