Bab 51

167 5 0
                                    

Qairul tidak dapat tidur dengan lena. Dari tadi bergerak-gerak. Dia merasakan ada sesuatu yang menimpa perutnya.

Lalu, matanya dibuka perlahan. Walaupun dalam keadaan yang gelap, terdapat cahaya yang samar-samar membantunya untuk melihat apa yamg menimpa perutnya.

Ya allah. Bini aku ni. Lasak betul tidur! Sampai kaki dia kat atas perut aku. (Logik tak) ish ish ish!

Qairul menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak sangka Salyna benar-benar lasak ketika tidur. Kaki putih milik Salyna itu diperhatikan. Terus berdebar jantungnya.

Tengok kaki dia yang putih ni pun boleh buat aku gila. Ya ampun.

Perlahan-lahan dialihnya kaki si isterinya itu ke tepi. Setelah itu, diselimutnya isterinya sehingga paras dada. Takut pula jika isterinya kesejukan.

Tanpa dia sedar, dia mula mengulum senyuman. Aih!

Selepas dibetulnya selimut yang ada pada badan si Salyna,Qairul tidur memalingkannya. (betultak?)

Baru sahaja ingin memejamkan mata,Qairul dapat merasakan ada seseorang yang memeluknya daripada belakang. Automatik matanya terus terbuka luas.

Salyna kah yang memeluknya? Memang Salyna pun kan?! Dah dia je kat atas katil dengan aku.

Tangan Salyna erat memeluknya. Qairul mula tidak keruan. Jantung sudah berdegup dengan kencangnya. Tidak dapat nak disembunyikan lagi.

Tiba-tiba tangan Salyna mula menjalar memegang dadanya. Keadaan ketika itu benar-benar membuatkannya terkaku. Salyna begitu dekat dengannya sehingga, dia dapat merasakan hembusan nafas Salyna.

Salyna! Biar betul dia ni! Boleh pula dia peluk aku? Ni betul-betul lasak tidur ni. Aku dah tak tentu arah!!! Sabar wahai jantungku. Jangan laju sangat. Slow slow.

Salyna langsung tidak mengalihkan tangannya daripada dada Qairul. Mungkin dia ingatkan Qairul itu bantal kut?

Qairul tidak dapat lakukan apa-apa. Jika, dia alihkan tangan Salyna ni, tak pasal-pasal dia bangun. Dah la kuat dipegangnya. Dada kut! Ya allah!

Dikerahnya matanya untuk tidur. Tidak perlu la dia nak melayan perasaan malam-malam macam ni.

Akhirnya, Qairul tidur jua walaupun dia tidak selesa dengan posisi tidurnya.

_______________________________________

Qairul seorang sahaja yang solat subuh pada pagi itu. Ikutkan hati nak kejutkan Salyna untuk solat bersama, tapi melihatkan Salyna kena dibuai mimpi tidak sampai hati pula nak dikejutnya.

Jam dinding di dalam bilik Salyna dikerling. Sudah pukul 8.30 pagi. Selepas sahaja solat subuh, Qairul sudah sibuk nak mengemas barangnya.

Ibunya berkata supaya dia tidur di sini lagi 3 hari. Biarkan Salyna bermanja-manja dengan neneknya.

Langsir diselak dan diikat penuh rapi. Cahaya matahari masuk memenuhi ruang biliknya. Qairul tersenyum.

"Salyna? Salyna? Awak bangun. Dah pagi dah ni. Awak?" Bahu Salyna digoyang-goyangkan.

Salyna mengeliat.

"Awak? Awak?" Sekali lagi isterinya cuba dibangunkan.

"Hm? Ha? Apa dia?" Soal Salyna. Dia masih lagi mamai.

"Awak... hm.. da.. dah pagi." Dah start la ni nak tergagap-gagap.  Tadi ok.

Salyna tengok je muka dia terus jadi gagap.

"Oh. Ok." Salyna bangun dari pembaringannya. Dia duduk sambil mengosok-gosok matanya. Rambutnya yang sedikit kusut dibiarkan.

Qairul sudah tersenyum-senyum melihat isterinya itu. Comel.

"Ka.. kalau tak ada apa-apa.. saya tu turun dulu ae?"

"Awak?" Salyna memanggilnya sebelum dia beredar.

"Ye saya." Qairul masih lagi setia berdiri di depan mukanya.

"Qai..." Salyna berdiri memandangnya.

Belum sempat mahu menyambung kata-katanya, dia tiba-tiba terpijak kakinya sendiri.

"Auw!"

Salyna dan Qairul sudah terlentang di atas lantai. Kini, badan Salyna sedang menghempap badan Qairul. Wajah Qairul mula berkerut kerana badannya sakit mengenai lantai.

Salyna menolak rambutnya ke belakang. Wajah Qairul ketika itu terlalu dekat dengannya.

"Qai? Hm.. awak okey?" Soal Salyna

"Ha? Oh saya okey je."

Salyna dan Qairul bertentangan mata lama. Salyna mengamati wajah suaminya ketika itu. Kacak sungguh Qairul.

Handsome nya! Mata dia cantik. Senyuman dia... bibir dia.. eh2! Apa pula tengok bibir orang pula ni!

Salyna kembali di alam nyata. Lekas-lekas dia berdiri daripada badan Qairul. Malu dia. Boleh pula tak bangun dari atas badan dia.

"Hm, awak sorry sorry! Saya tak sengaja. "

"Tak pe  tak pe." Qairul tersenyum. Dia berdiri semula.

"Awak okey ke? Ada terhantuk kat mana-mana?" Qairul risau. Mana tidak, Salyna kan sudah menjadi tanggungjawabnya, jadi dia mestilah menjaga isterinya dengan baik.

"Saya okey je. Saya just nak tanya , awak okey tak tidur malam tadi?"

"Ha? Tidur malam tadi? Hm.. o.. okey. Saya.. tidur lena. Alhamdulillah." Qairul tersenyum palsu.

"That's good. Saya takut awak tak selesa je."

"Tak adalah. Saya okey je."

"Ok la. Saya nak pergi mandi dulu. Awak turun la. Breakfast."

"Ok."

Qairul dengan lekas terus keluar daripada bilik. Pintu bilik itu ditutupnya semula selepas keluar.

Qairul menarik nafas lega. Jantungnya terasa tidak berfungsi tidak baik hari ni. Tak habis-habis nak berdegup laju. Boleh sakit kalau selalu macam ni.Rambutnya di flip ke belakang.  Bajunya dibetulkan.

Tak betah dia menunggu lama disitu. Kakinya mula dihayunkan turun ke tingkat bawah. Dia mahu membantu menyiapkan sarapan yang patut.

Menantu. Mestilah tunjukkan contoh yang baik.

*
*
*
*

Happy Eid Mubarak!! ♥ readers mesti sibuk beraya kan?? It's okay.  Tapi, kalau di kalangan readers rasa boring.... baca la citer ni

Boleh buat hati kita happy!! Btw plese keep supporting me!! Vite and comments★★

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now