Bab 34

59 3 0
                                    

"Hm.. Lyna kenalkan ni kawan saya. Adrea. Adrea ni kawan I Salyna." Tanpa membuang masa Qairul terus memperkenalkan Adrea kepada Salyna.

Terkedip-kedip mata Adrea melihat wajah Salyna itu. Mata Salyna yang coklat kehitaman itu menarik perhatiannya. Cantik. Rambut dia pun ok. Boleh laa. Matanya sempat menjeling ke arah Salyna.

Salyna sedikit terkejut melihat Adrea. Seksi benar gadis itu. Tangannya cepat-cepat dihulurkan ke depan. Tangannya menunggu Adrea berjabat tangan dengannya.

"Adrea Natasha."

Sekejap sahaja tangannya berjabat tangan dengan Adrea. Bibirnya masih tetap mengukir senyuman. Mungkin adrea itu kurang senyuman.

" Salyna. "

Tiba-tiba sahaja perasan cemburu menyerbu ke dalam dirinya. Gadis cantik yang bernama Adrea itu menganggu hatinya.

Ni buah hati Qairul ke? Sejak bila? Tak kata pun.

Bibir Salyna sedikit memuncung. Kepalanya ditundukkan bagi menyembunyikan wajah yang sedikit sedih. Entah la kenapa demgan dia hari ni. Tadi datang bukan main suka. Ni?

"Lyna?" Suara Azzam memanggil dari belakang.

Salyna terkejut dengan tindak laku yang spontan di lakukan Azzam. Matanya terus menjadi besar.

Mana tidaknya, tangan Azzam kini melingkar memegang pinggangnya. Dah la di depan Qairul. Tak pasal-pasal bole di copkan perempuan tak guna.

Dengan lekas Salyna menolak tangan Azzam yang memegang pinggangnya. Qairul pula sudah panas hati melihat kelakuan daripada Azzam itu. Panas beb!! Aishh!

"Eh, Qai kau pun ada kat sini?"

Azzam terus menegur Qairul yang sedang berdiri di hadapan Salyna.

"Haah." Jawab Qairul pendek.

"Alang-alang, jom la kita gi jalan sekali. Lepas tu boleh la kita tengok wayang ke apa. Nak?" Rajin Azzam mempelawa. Sebelum ni tidak.

Terbuntang biji mata Salyna. Nak ajak Qai? Seriously? Takkan la. Tak rasa macam kekok ke? Azzam ni ada-ada je la.

Salyna sedikit mengeluh.

"Ya. Why not? By the way I Adrea." Adrea bersetuju dengan cadangan Azzam. Kalau lebih ramai, lagi seronok rasanya.

"Azzam. So kita nak pergi mana dulu ni?" Soal Azzam sambil memandang wajah buah hatinya.

Pendapat Salyna lebih penting daripadanya.

"Ikut you la." Jawab Salyna dengan senyuman yang meleret ke tepi.

Entaha tiba - tiba sahaja Salyna berasa tidak sedap badan. Mungkin sebab belun lagi makan kut.

"Hm. Kalau kita pergi makan kejap boleh? I lapar la." Ujar Salyna.

Sepantas kilat Azzam menjawab.

"Boleh je." Serentak pula dengan Qairul. Qairul juga bimbang jika Salyna kelaparan. Adrea hanya membuang pandangan melihat pakaian-pakaian yang cantik di jual disitu.

Mereka berempat pun berjalan beriringan mencari restoran yang diingini.

Salyna curi-curi melihat Qairul yang berada di sebelah Adrea. Gedik dia. Uish!! Sakit hati. Boleh pula dia pegang-pegang tangan Qairul.

Apalah dia ni!

Aip. Kenapa aku ni? Salyna pelik sendiri. Dikerah otaknya supaya membuang bayangan Qairul yang bermain di fikiran.

Akhirnya restoren makanan jepun yang dipilih. Salyna secara automatik berhenti di depan restoren tersebut. Takkan la dia kena makan makanan jepun pula.

"Lyna. Kenapa tak masuk. Is there any problem." Soal Azzam kepada Salyna. 
Sempat juga dia menoleh ke Salyna yang berada di belakang.

"Kenapa Salyna?  Awak tak nak makan kat sini ker?" Soal Qairul pula. Dia juga tidak jadi masuk ke dalam restoren tersebut. Adrea turut sama.

"Tak boleh ke kita makan kat tempat lain?" Salyna menanya. Matanya terarah kepada Azzam dan juga Qairul.

"Ala... Qai I nak makan kat sini. Dah lama I tak makan makanan jepun."  Rengek Adrea.

"Kalau kita makan nasi tak bole ke?" Qairul memujuk Adrea. Memang sebenarnya dia mahu makanan melayu, tetapi si Adrea pula yang tiba-tiba mahu makan makanan jepun.

"No, I tak kira, nak makan kat sini jugak." Adrea beri kata putus.

"Hm.. tak pela. Kita makan kat sini je." Salyna mengalah.

"Betul ni?" Soal Qairul yang sedikit risau jika Salyna tidak selesa di sini.

Salyna hanya mengangguk kecil. Adrea dengan lenggoknya menarik tangan Qairul supaya masuk ke dalam restoren tersebut.

"Kenapa? You tak nak makan kat sini ke? Tak suka?" Azzam masih lagi setia menanya soalan yang sama kepada Salyna. Risau juga pada buah hatinya yang seorang ini.

"You lupa ke?"

"Lupa apa?"

"I tak makan makanan jepun, Azzam. Tekak I ni kan memang tak sukan makanan jepun ni." Kata Salyna.

Kata-kata Salyna terus membuatkan Azzam teringat. Ya, memang benar Salyna tidak suka makan makanan jepun ni. Dari kecil lagi. Bak katanya jika dimakan terlalu banyak, boleh membuatkan nya loya dan muntah-muntah.

"Sorry sayang,  I lupa. I lupa. Sorry sangat-sangat. So, you nak pergi restoren lain tak? Kat sana ada makanan western." Azzan memberi tahu.

"It's okay. Lagipun kita dah kat sini. Masuk jela. Qairul dengan Adrea dah tunggu kat dalam." Ujar Salyna dengan matanya yang redup itu.

"You?"

"I okay. Jom." Salyna menarik hujung lengan Azzam dengan kuat sehinggakan dia terdorong mengikutnya masuk ke dalam restoren.

*
*
*
*
Dah lama tak buat. Sorry gais!! I busy sngat.

Busy yg teramat!! Keje khusus sej dah nk tiba.. tatut titer!! Susah ke tak ae.. hope tak laa

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now