Bab 59

74 6 0
                                    

Qairul bangun awal hari ini. Apabila di rumah ibunya, itu sudah menjadi kebiasaannya untuk bangun awal.

Semalam Qairul dan Salyna sudah berjanji dengan ibunya untuk bermalam di sini selama 5 hari. Sudah agak lama Qairul tidak berkunjung di rumah ibunya sendiri.

Mula rasa rindu pula akan ibu bapanya.

Wajah isterinya yang lagi lena tidur menarik perhatiannya. Cantik sungguh ciptaan tuhan. Memang tiada siapa yang mampu menandinginya.

Pipi mulus isterinya dipegang perlahan. Lembut betul. Rambut yang menutupi sebahagian wajah isterinya ditolak ke tepi. Cantik betul kening dia.

Tapi mata Salyna jugalah yang lebih menarik perhatiannya. Warnanya. Memang memikat.

Qairul tersenyum lebar. Terserlah lesung pipit comelnya itu.

Perlahan-lahan pipi isterinya dipicit-picit.

Salyna mengeliat. Rasa tidurnya terganggu pula. Matanya dibuka sedikit demi sedikit. Terpacul wajah suaminya yang tersenyum manis memandangnya.

"Qairul."

Terbeliak mata Qairul ketika itu. Isterinya macam nak minta kena pula. Hilang terus senyuman di bibir.

"Kenapa ni?" Soal Salyna. Salyna terus bangun dari pembaringannya.

Pipi suaminya dipegang.

"Sekarang ni nak panggil abang ni, Qairul pula ke?" Wajah Qairul mula serius.

Hampir tergelak Salyna disitu. Comel betul jika suaminya lagi merajuk. Comel macam baby. Geram!

Salyna menolak rambutnya ke belakang. Satu butang atas baju tidurnya dibuka. Matanya pula tepat memandang suaminya. Bibirnya digigit menggoda.

Qairul mula tidak tenteram.

"Ehm.. ehm. Merajuk la." Qairul terus memalingkan wajahnya melihat tempat lain. Tidak betah melihat wajah isterinya ketika itu. Terlalu memukauuu!

"Merajuk ke? Sorry. Lyna tak sengaja. Tersasul tadi." Tangan Salyna menjalar memegang paha suaminya.

"Nak Lyna pujuk?" Suara Salyna semakin menggoda.

Lambat Qairul menjawab. Setelah itu dia hanya menggangguk laju.

Tangan Salyna laju menjalar dari paha sehingga menaik memegang dada Qairul. Mata Qairul mula membulat besar.

"Lajunya." Kata Salyna. Matanya melihat dada kiri suaminya yang mula berdetak laju.

Qairul tersengih-sengih.

Salyna menghadiahkan satu kucupan yang lama pada bibir suaminya. Matanya dipejamkan menghayati perasaan yang gembira ini.

"Ok dah." Kata Salyna.

Pipi suaminya dicubit-cubit.

Mereka berdua terasa sangat bahagia.

______________________________________

"Hah? You nak jumpa I? Buat apa? I busy la. I nak kena buat study group dengan kawan-kawan I ni." Kata Qairul.

Semahu-mahunya Qairul ingin mengelak menjumpai gadis itu. Padahal study group itu telah dibatalkan.
Sepatutnya gadis itu yang lebih tahu yang sekarang ini dia sudah bergelaran suami orang.

Belajar tinggi-tinggi. Tapi benda senang macam ni pun tak boleh nak faham.

"I nak jumpa you jugak. Kenapa ha? Why? Susah sangat ke? Your wife tak bagi ke? Perangai. Nak kongkong husband je!" Suara di corong kedengaran sangat jelas.

Qairul memicit kepalanya sendiri. Pening melayan gadis ini. Buang masa. Nak gaduh nanti takut benda lain pula jadi.

"Stop la Adrea. You dah tahu kan yang I ni husband orang. Why you keep chasing on me?" Qairul berang.

"Qairul listen! I just nak ajak you minum je? Salah ke? I don't get it. Your wife is fully of jealous. Macam budak budak!" Suara Adrea di hujung talian semakin meninggi.

Sengaja dia menaikkan darah Qairul.  Dia tahu Qairul tidak akan suka orang mengata buruk tentang hal isterinya.

Sejujurnya dia amat terkesan dengan berita yang Qairul bakal berkahwin dengan orang lain. Hatinya berkecai. Benda yang amat diinginkan tidak dapat.

Sedangkan dia sudah berharap bertahun-tahun lamanya. Dia semakin sakit hati apabila mengetahui Salyna yang menjadi isteri Qairul.

Gadis itu! Dia la yang merosakkan perancangannya untuk mendapatkan Qairul.

"Adrea. I said stop. Fine, okay. Kita keluar. Puas hati?" Akhirnya Qairul mengalah dengan kata-kata Adrea.

Jika tidak dilayan ibunya si Adrea pula bising. Kenapa puterinya tidak dilayan. Semua ditanyanya.

Adrea tersenyum menang. Biarpun Qairul tidak nampak reaksinya ketika itu, dia amat puas hati.

"That's my boy. I sent you location. Make sure you datang okay? Or not, I will go to your house." Sempat Adrea mengugutnya.

"Tak payah nak ugut I. I tahu la nak datang." Kata Qairul. Rasa nak dihempasnya hand phone itu ketika ini. Malas nak berbual dengan gadis itu.

"Sampai hati you kata I ugut you? This is Adrea Natasha la. Ugut-ugut ni bukan style I." Adrea berlagak

"Dah la. I nak gerak dah ni. Bagi location cepat sikit. Bye!" Panggilan terus ditamatkan.

Hatinya gundah gulana. Dia tidak tahu jika patut atau tidak dia memberitahu isterinya tentang ini. Dia tidak mahu isterinya itu salah faham.

Dia tidak mahu lagi bermasam muka dengan gadis itu. Dia berfikir banyak kali.

Akhirnya telefon di belakang poketnya diambil. Telefonnya dibuka beberapa kali. Tetapi tidak dapat. Qairul sudah mula tidak senang.

"Habis bateri la ni." Handphone ditangannya diketuk geram ish!
Jam dikerling. Sudah lewat ni!

Aku pergi jela. Tak lama pun.

*
*
*
*
*
Otak saya dah jem dah ni!! Ya allah! Tak tahu nak pikir apa lagi untuk bab seterusnya. Pecah pale! Ah!!!

But, insyaallah cerita ni akan abis x lame lgi. Sabar ye! Doakan ilham dtg membuak-buak kt sye supya dpt tulis bab strusnya dgn cepat.

Segala typo dan ayat yang mcm budak2 ampun maaf!!!

♥♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now