Bab 69

63 2 0
                                    

Salyna duduk bermain telefon di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Dia begitu khusyuk bermain game 'PUBG'nya disitu.

Sehinggakan suaminya memandu di sebelah langsung tidak dilayan.
Qairul tidak henti curi-curi  memandangnya.

"Lyna."

Qairul memanggil isterinya. Salyna tidak menjawab.

Mungkin suaranya yang kurang kuat. Dia mencuba sekali lagi.

"Salyna." Kini suaranya sedikit kuat.

Masih tiada jawapan dari sang isteri. Mak aii! Suara aku tak cukup kuat ke?? Hah?

"Salyna Amanda."

Terkejut Salyna disitu.

"Ha, ye ye. Ada apa bang?" Soal Salyna. Dia menjawab, tetapi matanya tetap fokus pada skrin telefonnya.

"Dengar pun. Khusyuk betul main telefon ae. Dah la tu. Borak la dengan abang." Kata Qairul. Dia membuat muka sedih. Meminta simpati.

Mana tidaknya, dari keluar hospital tadi, tangan isterinya tidak henti bermain game.

Kata-kata Qairul seakan-akan angin yang lalu di depan Salyna. Langsung tidak diendahkan lagi.

"Salyna. Do you hear me? Hey!" Qairul mula berang. Boleh pulak isterinya itu tidak mengendahkan kata-katanya.

"Ye bang. I'm listening.  Kejap la. Dah nak menang ni." Kata Salyna.

Qairul sudah malas. Biarlah isterinya di situ bermain game. Tak dapat berbual dengan si dia pun tak apalah. Bukannya mati pun. Cehh!

Qairul kembali fokus dalam pemanduannya. Dia tidak lagi menoleh ke arah isterinya. Kira merajuk la ni.

"Ha, dah menang. Abang, Lyna dah tak main phone ni. Jom borak." Ajak Salyna. Telefonnya disimpan di dalam poket. Kini wajah si suami dipandang.

Badannya juga sedikit beralih untuk memandang suaminya. Tetapi, Qairul langsung tidak melayannya.

"Let's talk."kata Salyna.

"I don't want." Jawab Qairul. Salyna memandang suaminya dengan dahi yang berkerut. Sah suami aku merajuk!

"Oh my god! Seriously? Abang merajuk ke sekarang ni?" Salyna menanya. Lengan suaminya dipegang.

"Merajuk? Excuse me,  that's not me." Kata Qairul. Tangan isterinya ditolak ke tepi.

Perlahan sahaja. Tidak berani dia menepis tangan kecil itu dengan kuat. Takut-takut tercedera nanti disebabkannya.

"Eleh, tak nak ngaku pula. Okay. I'm sorry? Jom la borak. Tak handsome la suami Lyna ni merajuk." Pipi Qairul pula menjadi sasaran.

Dicubitnya kedua-dua belah pipi suaminya itu. Salyna tersenyum memandangnya. Gebu betul pipi suami aku nih!

"Jangan main-main la. Tak pasal-pasal kita accident. Masuk balik hospital. "Ujar Qairul.

Tangan kirinya menahan kedua-dua tangan Salyna yang ingin mencapai pipinya.

Salyna masih degil. Dia masih lagi ingin mencubit-cubit pipi lelaki itu. Entah datang daripada mana, tiba-tiba sahaja sebuah kereta meluncur laju di hadapan kereta mereka.

Qairul yang ingin mengelak daripada terlanggar kereta itu sudah mula hilang kawalan. Hampir saja, dia melanggar sebatang pokok. Nasib baik dia sempat menarik brek kecemasan.

Dada Qairul berombak laju. Fuhh! Gila ke apa kereta tu?? Sedap-sedap dia je bawak laju kat area perumahan ni. Qairul sudah memaki hamun kereta tadi dalam hatinya.

Si isteri di sebelah di toleh.

"Salyna? Are you okay?" Soal Qairul. Bahu isterinya dipegang erat.

"I'm okay." Salyna mengangguk.

"Ke dahi Lyna terhantuk lagi?" Kata Qairul.

Pelekat yang tertampal kemas di dahi isterinya ditilik. Ternyata sangkaannya benar. Pelekat yang ada di dahi itu mula berdarah lagi. Mungkin dahi isterinya terhantuk dashboard ketika dia menarik brek kecemasan sebentar tadi.

"Balik nanti je lah abang tukar pelekat ni ae? Nasib tak teruk sangat."

Salyna mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya. Ketika itu dia benar-benar merasa pening. Rasa nak muntah pun ada.

Ting!

Telefon Salyna mendapat satu mesej. Telefon yang berada di poket diambil lalu dibuka. Mesej yang diterima dihantar oleh nombor yang tidak dikenali.

Salyna merasa was-was untuk menekan mesej itu. Hatinya berdebar-debar.

Selepas difikirkan dia tetap juga ingin membaca mesej itu.

'UNKNOWN NUMBER'
Hello sayang! How are you? Aku dengar kau dah keluar hospital. It's good to you! By the way, okey tak dalam perjalanan? Hope you are fine darling.

Selepas sahaja dia membaca mesej itu, dia pun mula risau. Kepalaya sudah berdenyut-denyut.

"Lyna? Dengar tak apa yang abang cakap ni?"

"Hah? Apa dia?" Ternyata apa yang suaminya katakan sebentar tadi dia langsung tidak dengar.

"Abang kata, lain kali duduk dalam kereta kena behave! Duduk diam-diam. Elok-elok. Pakai seat belts. Bukannya main cubit-cubit macam tadi." Kata Qairul.

Dengan nada yang perlahan sahaja dia menegur Salyna. Diabtidak mahu meninggikan suaranya kerana dia takut sekiranya isterinya itu terkecil hati dengan bahasanya.

Salyna tidak menjawab. Dia masih lagi diam membisu memikirkan mesej yang barusan dia dapat.

"Hey, pretty girl? Faham tak abang cakap ni? Ke tak faham? I can translate it to you. "Ujar Qairul.

Dia masih lagi memandang isterinya dengan pandangan yang redup dan sejuk.

"I understand that.  No need to translate. Okey?  Btw sorry sebab tak behave." Salyna menyedari itu salahnya.

"Tak ape la.. but, I hope this things never happen anymore okay?" Rambut isterinya di usap-usap.

Salyna tersenyum ke arah suaminya.

"Ni abang nak tanya sikit. Lyna bual apa je dengan Mukhriz hari tu? Macam serius je?" Qairul mula mengorek rahsia.

Soalan yang diajukan kepadanya membuatkan matanya yang tadi terpejam kembali terbuka luas.

"Ha? Tak la. There's nothing serious.  Benda biasa je yang Lyna borak dengan dia." Kata Salyna

"Yeke? Ceritalah apa yang biasa sangat tu?"

"Hm.. I'm just asking if he's alright or not. That's all." Jelas Salyna.

Suasana terdiam seketika.

"Tipu! Takkan la cakap pasal tu je?? Lama kot Lyna kat dalam tu dengan dia." Qairul tidak percaya. Takkan la itu sahaja yang dibualkan oleh mereka. Lama kot, dia orang kat dalam!

"Trust me ok abang sayang? Now, I need to rest first okay? Kepala Lyna macam pening sikit. Belikan air untuk Lyna boleh?" Salyna mengedipkan matanya beberapa kali.

Bini aku ni! Cepat betul tukar topik! Aku belum lagi habis cakap.

"Hm yela..kejap lagi bang berhenti beli air. Tidur la dulu." Kata Qairul.

"Thank you abang! Sayang awak!" Satu ciuman mendarat di pipi suaminya.

Selepas sahaja ciuman itu diberikan kepada suaminya,Salyna terus memejamkan matanya. Malu! Hahaha

*
*
*
*
*

Done! Dah lme tak update. Hope awk smua suka la.. lately sye busy.. soryyy!

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now