Bab 43

55 2 0
                                    

"Aah!!!!!!!!!"

Salyna sudah menjerit ketakutan. Dia terduduk di lantai dan terus menjatuhkan mukanya pada lulut. Dia begitu takut.

Qairul yang sedang berdiri di luar terkejut mendengar suara Salyna yang tiba - tiba sahaja menjerit dari dalam. Dengan langkah yang cemas, dia terus menerjah masuk ke dalam bilik.

Nasib baik lah, pintu Salyna tadi tidak tertutup rapat.

Masuk sahaja bilik, dia sudah melihat Salyna yang sedang terduduk di lantai.

"Salyna, kenapa ni?" Bahu Salyna sedikit digoyang nya.

Salyna tidak memberi sebarang respon. Yang didengarnya hanya nafas Salyna yang sudah tidak tentu arah. Gaya seperti orang sesak nafas.

"Salyna!" Sekali lagi nama gadis itu dipanggilnya.

Kali ini Salyna masih tidak bersuara. Tetapi jarinya ditundingkan ke arah kotak hadiah berwarna hitam di atas meja.

Qairul dengan laju terus berdiri untuk melihat apa isi yang ada di dalam kotak tersebut.

Terbeliak biji mata Qairul melihat isi dalam kotak tersebut. Dia sendiri melihatnya pun boleh cuak.

Rupa - rupanya ada tikus mati di dalam kotak itu. Bangkainya berbau. Jika dilihat betul - betul tikus itu baru sahaja mati kerana, darahnya masih kelihatan segar.

Di sebelah bangkai tikus itu, terselit kertas merah kecil.

Diambilnya kertas itu.

Salyna kau suka tak hadiah ni?

Ayat yang ringkas. Tetapi penuh dengan makna.

"Salyna? Siapa bagi awak ni, ha? Bangkai tikus?" Soal Qairul.

Itulah satu kelemahan Salyna. Walaupun dia bijak dan bagus dalam ilmu mempertahankan diri, tetapi dia dia sangat lemah jika melihat haiwan mati.

Tidak kisahlah anjing, kucing, tikus ataupun sekecil-kecil semut itu. Dia tidak gamak melihat mereka mati. Kerana, haiwan juga berhak untuk hidup.

Tambah-tambah lagi ada darah..

Salyna mengangguk.

"Qai.. Qai. Qairul. Buang la!" Suara Salyna sedikit ditinggikan. Terasa sesak nafasnya untuk berbicara.

Kotak hadiah itu ditutupnya dan terus dibawa dan dibuang ke dalam tong sampah.

Dia pergi mendapatkan Salyna. Tariknya perlahan nafas. Huh! Nafasnya dihembus semula dan dengan langkah yang berani dia terus menjatuhkan tangannya di bahu Salyna.

Ketika itu dia cuma mahu menenangkannya.

"Hm.. Salyna. Saya dah buang benda tu,awak okey?" Wajah Salyna cuba dilihatnya.

Tetapi tidak boleh.

"O..key.." Suara Salyna tersekat-sekat.

Mata Qairul mencari-cari air kosong di dalam bilik tersebut. Qairul bernasib baik ketika itu kerana, air kosong ada di meja tepi katil.

Air kosong itu dituangkan ke dalam cawan lalu dihulurkan kepada Salyna.
"Salyna. Nah, minum la air ni dulu." Cawan itu dihulurkan kepada Salyna.

Salyna mengangkat wajahnya. Cawan yang dihulurkan oleh Qairul diambil perlahan.

Setelah minum air kosong tersebut, nafas Salyna mula berjalan dengan lebih lancar.

"Awak okey? Awak tahu ke siapa yang bagi awak benda tu tadi? Ke Qarina yang bagi?" Soal Qairul dengan penuh kerisauan.

Siapa pula la yang mengganggu Salyna itu. Buat kerja bodoh.

"Saya okey. Thank you. Hm.. saya tak tahu. Tapi atas kotak tu ada tulis nama saya. So, saya buka je la. Qarina yang bagi? Takkan la. Saya percaya kat dia. Dia takkan buat benda yang tak elok kat saya." Kata Salyna dengan yakin.

Dia percaya pada sahabatnya itu. Tidak mungkin la itu semua angkara Qarina. Sebaik-baik Qarina itu, tidak mungkin dia akan melakukan hal buruk seperti itu kepadanya.

"Awak rasa rasa siapa yang bagi?" Soal Qairul lagi.

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk oleh seseorang. Itu mesti Qarina. Aduh, ni mesti kes pintu tu tertutup rapat, sebab tu la Qarina tu ketuk pintu. Kalau tak, memang dah la dia terjah masuk.

"Kejap ye saya pergi buka pintu. Tu mesti Qarina. Awak duduk la dulu kat sofa tu." Kata Qairul kepada Salyna.

Dengan langkah yang laju, Qairul berjalan ke depan pintu. Pintu bilik itu dibuka seluas-luasnya.

"Rina lamanya you...."

Kata-kata Qairul tergantung. Ketika itu, seluruh badannya sudah pun menjadi kaku. Bibirnya juga terasa kering saat itu.

Dada berombak laju. Seperti mahu meletup jantungnya ketika itu.

"Assalamualaikum, kami dari Jabatan Agama Islam telah mendapat laporan daripada pengunjung yang menghuni di hotel ini tentang lelaki dan perempuan yang sedang duduk berdua - duaan di dalam bilik tanpa ada ikatan yang sah."

"Jadi kami di sini ingin memeriksa bilik encik."

Sambung lelaki itu lagi.

Qairul masih lagi terdiam tidak terkutik. Dia tidak tahu mahu respon apa.

Ketika itu tangannya mula bergegar. Terketar-ketar.

"Qairul, Qarina ke tu?" Suara Salyna dari belakang membuatkan nya menoleh ke belakang.

Salyna yang berjalan mendekati terus terhenti apabila melihatkan 4 orang lelaki yang berjubah berada di depan pintu.

Dia tahu mereka siapa.

_______________________________________

"Qai tahu tak benda ni salah? Ha? Duduk berdua - duaan dalam bilik.  Tak senonoh!" Suara bapanya iaitu Encik Qamar meninggi.

Terkejut benar bapanya setelah mendapat telefon dari pihak agama islam. Dengan keadaan kelam kabut dia terus menuju ke sana.

Setelah menguruskan hal di jabatan agama islam bapanya meminta izin untuk menyelesaikan hal ini di rumah.

Jadi, Qairul dan Salyna juga di bawa pulang bersama. Semasa perjalanan pulang kedua - dua mereka tidak bercakap langsung.

Hanya mereka bertiga sahaja yang ada di rumah. Ibunya dan Qarina masih lagi sibuk di hotel walaupun majlis itu sudah selesai 30 minit yang lalu. Mereka sibuk mengemas semula tempat tersebut menjadi sedia kala.  Orang orang catering pula sibuk menyimpan dan membasuh sisa-sisa makanan.

Sebentar lagi ibunya akan pulang. Pasti teruk dirinya dimarahi! Waduh!

*
*
*
*
Sudah tangkap khalwat! Cam ne niy? Suka ke Salyna kat Qairul tu nanti?

Keep reading and vote!

Sye harap sgt part ni best utk oara readers sye.. klau ada typo tu.. minta ampun ye..sye ni pon manusia jugakkkk.

Hehwhjshehe

Saranghae!♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now