Matanya sedang fokus menyaksikan drama di kaca tv. Air jus oren di meja hadapannya tidak terusik. Dia seorang sahaja di situ yang sedang tekun melihat television.
Kedengaran derapan kaki yang sedang berjalan ke arahnya. Tetapi tidak dihiraukan. Matanya tidak lari memandang ke tempat lain.
"Mama!" Seseorang memegang bahunya.
Sergahan itu membuatkannya melatah.
"Opocot mak kau!" Bahunya terhinjut. Dia pun berdiri lalu menoleh ke belakang.
Kelihatan wajah seorang perempuan yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang tersenyum memandangnya. Dia mula mengukir senyuman.
"Adrea?!" Adrea. Ya. Adrea Natasha.Itulah nama anak tunggalnya yang sudah 3 tahun tidak pulang ke Malaysia. Sibuk belajar di negara orang sehinggakan lupa kepada dirinya yang berada di Malaysia.
Keseorangan, kesunyian. Tiada siapa pun yang tahu.
"Mama! I miss you so much. Do you miss me?" Gadis yang bernama Adrea itu dengan lantas memeluknya.
"I miss you too!" Gadis itu dipeluknya.
"So, how your business mrs. Nasha? Everything okay?" Adrea menanya ibunya
Nasha. Seorang ibu tunggal kepada Adrea. Seorang usahawan yang terkenal dalam dunia bisnes. Walaupun sudah bertahun menjadi janda hidupnya sentiasa senang. Malah syarikat yang sedang dimajukan kini semakin terkenal di negara jiran seperti Thailand dan juga Vietnam.
"Okey je." Jawab ibunya.
Wajah anak daranya diamati dengan tekun. Dia begitu merindui wajah mulus tersebut. Setelah sekian lama memendam rindu kepada anaknya, kini tiada lagi rasa kesunyian dengan adanya kehadiran anak kesayangan.
Air mata di tubir mata dapat di tahan. Akhinya air matanya jatuh bercucuran di pipi.
"Mama! Kenapa ni? Don't cry. Okay? I'm here right now." Air mata di pipi ibunya diseka. Lengan yang dipegang diramas-ramas bagi menenangkan ibunya.
"Okay." Ibunya hanya mengangguk beberapa kali apabila mendengar anak daranya itu memujuknya.
_______________________________________
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Part ni sikit je gais gais. Entah ka tetiba je wattpadd ni buat hal. Tak boleh nk published. Buat penat je taip pnjang2.. lenguh jari ni ha.. aih!! Sabo je la.
Adrea ni spe ye?? Nk thu.. baca laaa.. nk tnye pula... hahahhaah
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...