Qairul mengetuk pintu bilik isterinya beberapa kali. Kuat pintu bilik itu diketuknya.
Nasib baiklah nanny nya Salyna tiada di rumah. Neneknya itu berada di Langkawi untuk bercuti. Al maklumlah sudah lama tidak bercuti.
Sekarang ni lah waktu nak bercuti!
Qairul memicit kepalanya yang terasa pening. Tangannya masih lagi setia mengetuk pintu bilik isterinya.
"Sayang. Please jangan la macam ni. Dengar dulu apa yang abang nak cakap ni." Suara Qairul separuh merayu.
Tombol pintu bilik itu dipulas-pulas. Masih lagi terkunci. Niat nya yang ingin mencari kunci spare terbantut apabila dia teringat bahawa kunci spare itu sentiasa ada pada isterinya.
Bilik dia sendiri katakan.
Tiada jawapan daripada Salyna. Yang ada hanyalah esakan dan tangisan yang semakin menggila daripada Salyna.
Sungguh terasa perit hati Qairul ketika itu. Dia benci dan dia tidak suka mendengar isterinya menangis. Menangis disebabkannya lagi tu!
"Sayang. Jangan la nangis. Abang betul-betul minta maaf sebab tak bagi tahu sayang yang sebenarnya abang tak pergi jumpa Daus. I'm sorry! "Kata Qairul.
"Stop! Stop calling me sayang. I hate you! I hate you! You lied to me! You... lied!" Suara Salyna kedengaran.
Lemah saja suara isterinya. Pasti isterinya itu begitu kecewa dengannya.
"Pergi! Aku tak nak tengok muka kau! Keluar dari rumah aku!" Semakin tinggi suara isterinya itu.
Di luar Qairul sekadar menggeleng. Dia tidak akan pergi selagi isterinya itu tidak membuka pintu bilik itu.
"No. Abang takkan pergi. Bukak pintu ni! Dengar dulu penjelasan abang!" Ketukan di pintu diteruskan.
Biarlah dia ketuk pintu ni banyak kali pun. Sampai pintu ni tercabut pun tidak apa. Asalkan terbuka pintu itu untuknya masuk.
"Go away!" Jerit Salyna.
Dia sudah tiada kekuatan untuk menjerit. Dia lemah.
Suara suaminya yang merayu-rayu diluar membuatkannya mula rasa serba salah. Tapi dia tidak boleh merasa kesian kepada lelaki itu. Suaminya itu sudah menipunya.
Dan dia paling benci ditipu. Kenapa dia perlu ditipu?
Kedua-dua belah telinganya ditekup dengan tangan. Dia tidak mahu mendengar rayuan suaminya. Dia takut dia akan kalah. Kalah dengan pujuk rayu lelaki itu.
Matanya tidak henti-henti mengalirkan air mata. Otaknya tidak henti memainkan video suaminya dengan perempuan Adrea itu. Dia sakit hati. Sakit hatinya.
Hanya tuhan yang tahu.
Qairul yang berada di luar semakin lemah. Entah mengapa kepalanya semakin terasa pening. Dia cuba menggagahi dirinya untuk mengetuk pintu tetapi dia sudah tidak terdaya.
Lalu dia terus terbaring di depan pintu tanpa sedarkan diri. Matanya sudah tertutup rapat.
_______________________________________
Adam duduk berhadapan dengan Afiqa. Tekun matanya merenung gadis comel itu. Dengan tudung yang kemas terpakai di kepala.
Sungguh, gadis bernama Afiqa kelihatan begitu ayu dihadapannya.
Adam menilik wajah comel Afiqa seketika. Dia tidak menyangka gadis itu terlalu comel apabila dilihat berdepan. Kenapa sebelum ni dia tak perasan?
Dia menongkat dagu. Afiqa Hana. Nama yang sangat cantik. Secantik tuannya. Hatinya sudah berdegup dengan kencang! Seperti ribut taufan yang melanda.
"Adam, kenapa awak tengok saya macam tu? Ada something ke kat muka saya?" Suara Afiqa mengejutkannya.
Afiqa terus mengeluarkan cermin mininya yang di dalam beg tangan. Wajahnya dilihat. Oke je. Tak ada apa-apa pun.
"Tak adalah. Saja je nak tengok buah hati saya ni. Comel sangat. Geram je nak cubit." Kata Adam. Tersenyum lebar lelaki itu.
Afiqa apa lagi? Blushing la! Boleh pula dia puji.
"Ngada." Afiqa menjelingnya. Saja la tu nak amik hati.
"Awak. Boleh tak kita tak payah guna gelaran awak saya. Saya rasa macam tak best la. Why not we just use our name?" Adam memberi cadangan.
Berkerut dahi Afiqa. Tetiba je nak tukar gelaran.
"Kenapa? Ok la tu awak saya. Tak kasar. Sopan je." Jawab Afiqa.
"I know. But I want to call you by your name. And i think it's would be cute." Tersenyum-senyum Adam memandang wajah buah hatinya.
Afiqa sudah merasa panas. Aduh! Kenapa lah boyfriend aku ni tetiba je sweet hari ni! Sakit dah jantung ni wei!!
Dia merasa getaran di dadanya. Sah! Baru lepas lari marathon ni!
"Eh oke tak ni?" Adam risau.
"O.. key.."
"Kenapa Piqa selalu pegang dada Piqa? Piqa tak sakit ae?" Wajah Adam mulai muram dan risau.
Muncungnya sudah ke depan. Afiqa memerhati riak wajah buah hatinya itu. Alahai! Tengah risau pun comel.
Piqa? Ya allah! Tak boleh nak comel lagi ke panggil aku!!
"Piqa oke je la. Adam jangan la risau. Piqa tak sakit pun. "Afiqa tersenyum kepadanya.
Mahu saja dia ingin memberitahu lelaki itu bahawa dia selalu begitu setiap kali lelaki itu membuatnya cair.Aih! Guna manderem apa dia ni.
Adam kembali tersenyum.
"Piqa. Tahu tak kenapa Adam suka sangat kat Piqa?" Soal Adam.
"Tak tahu kenapa?" Afiqa merasa ingin tahu.
Sudah lama dia mahu menanyakan hal itu kepada Adam tetapi dia malu. Inilah peluang untuk dia tahu¡
"Ada dua sebab kenapa Adam suka kat Piqa." Kata Adam. Dia menayangkan peace nya didepan Afiqa.
Afiqa terfikir sejenak. Dua? Apa dia?
"Dua? Apa dia?" Afiqa menanya.
"First sebab Piqa cantik. You is the first girl that I think very pretty. Piqa orang yang pertama buat Adam rasa nak tengok muka Piqa banyak kali. Even dah banyak kali tengok pun, Adam tak pernah bosan. Sebab Adam betul-betul sukakan Piqa." Kata Adam.
Tersentuh Afiqa dengan kata-kata teman lelakinya itu. Ayat lelaki itu benar-benar membuat cair. Dia tersenyum malu.
"Second?"
"Yang kedua sebab Piqa comel. Terlalu comel sampai Adam pun termimpi-mimpikan Piqa waktu malam. Kenapa lah Piqa ni comel sangat ha? Adam macam overdose suka kat Piqa pun ada." Adam ketawa comel.
Dia pun terasa geli hati dengan kata-katanya.
"Manalah Piqa tahu. Ciptaan tuhan ni kan memang sempurna. Alah bukannya Piqa sorang je yang comel. Adam pun comel juga. Hahah." Afiqa ketawa.
Dia terus menutup mukanya sejurus dia mengatakan hal itu kepada Adam. Malu!
*
*
*
*
*Gais sory sbb lme tak update citer ni. Sye xade idea senanya. Ahahhahaha. Alhamdulillah sekarang da ada idea.
Sye hrap readers suka la ye? Jgn lupa vote n comments

ANDA SEDANG MEMBACA
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...