Salyna memandang wajah Qairul. Mengeluh dia. Macam orang penat.
"Qai? Kenapa mengeluh? Boring ek?" Soal Salyna. Akhirnya perbualan mereka bermula.
"Em. Tak boring pun ok jer. Awak? Tak boring?" Qairul pula yang menanya Salyna.
"Not bad. Kesian saya tengok awak. Jom la kita dinner. Saya lapar la pula." Salyna membuat muka comel. Perutnya pula dipegang. Lapar.
Terkaku Qairul disitu. Boleh pula dia buat muka comel. Dah, hati dia buat hal. Waduh!!! Dup dap dup dap!!!
"Lapar? Em, jom lah kita pergi dinner!" Ajak Qairul gembira.
Finally dapat juga keluar dengan Salyna. Makan together! Dia harap dia dapat merapatkan lagi hubungannya dengan Salyna. Dia mahu perkara yang baharu dalam hidupnya.
"Kejap. Saya nak siap-siap dulu. Awak tunggu saya tau." Salyna berdiri daripada tempat duduk dan mengambil baju untuk disalin.
Qairul membalas dengan senyuman.
Lama Salyna berfikir. Dia harus berubah. Dia harus lupakan Azzam. Dia lelaki yang tak guna. Lupakan. Lupakan segalanya.
Started the new live. With new husband. Dia mesti membahagiakan suaminya. Itu sememangnya tanggungjawab utama. Qairul sudah lama bersabar dengannya.
Selama ini, dia perasan dengan wajah Qairul yang sentiasa murung dan sedih. Dan dia dapat mengagak bahawa Qairul begitu kerananya. Dia tidak memberi sepenuh perhatiannya kepada Qairul.
Walaupun dia tahu Qairul itu suaminya, dia sentiasa menjauhkan dirinya. Kini, dia berasa serba salah.
Dan dia sedar. Dia harus menjalankan tanggungjawabnya.
_______________________________________
Salyna kelihatan begitu selera menikmati makan malamnya. Sampai tercomot bibirnya. Dibiarkan sahaja. Entahlah, malam itu dia berasa sungguh lapar.
Mungkin nasi goreng ayam itu terasa sedap malam ini.
Qairul pula tidak henti memandangnya. Pandangan Qairul membuatkannya muka berasa tidak selesa.
"Qai, jangan la pandang saya macam tu. Makan la." Kata Salyna.
Pandangan mata Qairul benar-benar membuatkannya terasa bahang. Panas!
"Sorry. Pipi awak comot. Nah!" Qairul menghulurkan tisu ke arahnya.
Nak lapkan. Tapi malu!
Qairul menunduk."Thanks."
"Hm, Qai. Nak tanya sikit bole?"
"Boleh je. Tanya banyak pun boleh."
Qairul tersenyum."Sebelum awak kahwin dengan saya, awak ada couple dengan siapa-siapa tak? Mana tahu.. saya ni jadi pengganggu antara awak berdua." Jelas Salyna.
"Eh tak la. Tak. Saya tak pernah couple pun. Seorang pun tak. Tapi saya ada suka kat seseorang ni. Dia cantik. And she's the first girl yang berjaya buka hati saya. Tapi dia sukakan orang lain." Wajah Qairul bertukar.
"Siapalah perempuan tu kan? Takkan la dia tak perasan awak suka kat dia. Sabar ye." Salyna cuba memujuk Qairul.
"Kalau boleh saya tahu, siapa ae perempuan tu?"
Qairul terdiam. Nak ke tak nak bagi tahu? Seram la. Tapi, aku dah kahwin dengan dia, buat aku nak takut. Boleh je terus terang.
Dia berfikir sejenak.
"Kalau awak tak nak bagi tahu saya tak pe. Saya faham." Kata Salyna.
Dengan laju, makanannya dijamah kembali.
"Perempuan tu adalah perempuan yang sekarang ini duduk depan saya." Sekali nafas sahaja Qairul mengaku.
Tersedak Salyna ketika itu. Diurutnya lehernya. Qairul kalut menghulurkan air putih ke arahnya. Dengan segera, Salyna meneguk aur putih itu sehingga habis.
Habis sahaja air diminum, wajah Qairul dipandang. Tenang je mata dia pandang aku. Redup.
"Qai, awak jangan la main-main. Tersedak tau saya." Salyna ketawa halus. Pipinya dikipas-kipas memggunakan tangan. Terasa panas kejap.
"Saya betul-betul. Tak main-main. Saya suka sejak kita berkenalan. Even, kita asyik-asyik gaduh saya tak pernah simpan marah. Dan saya tak tahu la apa yang buatkan saya ni suka kat awak. And one day, saya nak berterus terang dengan awak. But, I was too late. Awak dah ada someone. Saya rasa down waktu tu. Saya cuba buang perasaan ni kat awak. Tapi tak boleh. Saya suka kat awak."
Akhirnya terluah juga apa yang terbuku di hati.
Qairul menunduk. Selepas berterus terang, malu menyerbu dirinya. Ah!
Salyna tidak terkata. Bibirnya terasa dikunci ketika itu."Tak apa. Saya tak minta pun awak balas cinta saya. Ehh, makan la. Dah sejuk makanan awak tu." Qairul menukar topik. Bibirnya menukir senyuman.
Air tembikai nya diteguk beberapa kali.
_______________________________________Selesai sahaja menjamu makan malam, mereka berdua terus kembali ke hotel.
Sepanjang perjalanan, mereka langsung tidak berbual. Malah masing-masing sibuk membuat hal sendiri.
Tiba sahaja di bilik, Qairul terus melabuhkan punggung di hujung birai katil. Rambutnya dipegang. Sempat matanya curi-curi melihat Salyna.
Salyna lagi sibuk mencari pakaian untuk ditukar.
"Saya guna tandas kejap." Wajah Qairul dipandang sekilas lalu.
Qairul hanya mengangguk.
Qairul baring buat seketika. Matanya pula dipejam rapat. Perempuan tukar baju pun lambat. So, layan mata je la dulu.
Terdengar sahaja daun pintu tandas terbuka, Qairul langsung bangun dari pembaringan. Dan terus berdiri tegak.
Mata Qairul tidak beralih memandang Salyna yang masih lagi berdiri di depan pintu tandas. Baju yang diguna oleh Salyna ketika itu benar-benar membuatkan jantungnya berdegup kencang.
Salyna hanya memakai blouse tidur berwarna merah paras lutut. Ini lah kali pertama dia melihat Salyna memakai baju tidur itu. Sebelum-sebelum ini tidak pun. Sejak bila lah dia ada baju tu.
Betis putih Salyna itu membuatkan lagi jantungnya tidak boleh berfungsi dengan betul. Laju!!
Cepat-cepat Qairul mengusir syaitan yang sudah berbisik perkara yang elok ke arahnya. Nama Allah disebut.
Dia berjalan laju menuju ke tandas. Walaupun begitu, Salyna masih lagi tidak berganjak. Stick pada satu tempat itu sahaja.
Tanpa memandang Salyna dia terus mencapai tombol pintu. Tetapi, tangan Salyna laju menahannya.
*
*
*
*
*Sorry sebab lama dah tak update. Saya busy sikit nak taip cerita lagi satu. Harap bab ni okey la for readers ye!
Any typo abaikan. Okey??? Just vote dan comments jer..
★★★★★
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...