"Happy birthday to you!
Happy birthday to you!
Happy birthday to Qairul and Qarina!
Happy birthday to you! "Lagu hari jadi itu dinyanyikan oleh semua para tetamu. Qairul sedikit malu mendengarkan orang ramai yang menyanyikan lagu tersebut kepadanya dan adiknya.
Mana tidaknya, dah la umur dia dah semakin tua. Sudah dewasa. Matang. Masih lagi orang ingin menyanyikan lagu hari jadi itu kepadanya. Macam orang tak matang pun ada juga.
Tapi tidak apalah. Dia juga senang mendengar mereka-mereka yang masih mahu menyanyikan lagu hari jadi itu kepadanya. Qairul amat menghargainya.
Selepas sahaja lagu hari jadi itu selesai dinyanyikan, semua tetamu pun dijemput makan.
Qarina tersenyum riang melihat banyak hadiah yang diberi kepadanya. Ada kotak besar. Kotak kecil. Wah!
Jika dikira-kira mungkin melebihi 10 jugalah hadiah yang didapatinya.
Qairul yang perasan kelibat kawan-kawannya yang sedang berbual lekas-lekas menapak mendekati. Bahu salah seorang kawannya ditepuk.
"Oi."
"Ha, ni dia birthday boy kita. Kau pergi mana? Tercari-cari kita orang." Emir berkata sejurus sahaja Qairul tiba.
"Aku layan tetamu kejap. Asal?" Soal Qairul.
"Tak apa apa. Saja nak cari kau."
"Ha. Korang ada tak hadiah untuk aku. Takkan la tak ada kan? Selalu keluar pergi jalan - jalan. "Kening Qairul terangkat-angkat.
Ingin tahu juga. Kot kot ada hadiah buatnya.
"Aku dengan Ariff dah bagi ae. Kita orang letak kat meja depan sana. Kau jangan cakap aku tak bagi ae. Aku tumbuk kau!" Kata Emir.
"Ok ok. Kau Daus? "
"Hm.. aku bro belum ada duit. Duit tak masyuk! Esok. Esok aku bagi kau. Lek ah." Lengan Qairul diusap-usap. Seakan ingin memujuk
Qairul hanya mengangguk kecil.
"Ni weh, dari tadi aku heran. Aku nampak Amieyra. Tapi dia sorang diri. Hm, mana ae si Salyna. Takkan la balik."
"Tak de? Serius la?"
"Haah. Cuba kau tanya Qarina. Mana tahu dia tahu? Try la."
"Yela."
Qairul menapak dengan pantas ke arah adiknya yang sibuk melayan tetamu.
"Qarina." Kecil suara Qairul memanggil. Takut-takut mengganggu mereka.
"Apa?" Soal Qarina. Tetamunya itu yang berusia dalam lingkungan 40-an terhenti bercakap dan melihat Qarina yang sedang berbual dengan Qairul.
"Sini.I nak cakap kejap." Dengan isyarat tangan dia memanggil. Qarina sempat mendengus perlahan. Kacau betul la abangnya itu. Dah la dia tengah bercakap dengan tetamu. Memang spoil betul la!
Wajah tetamunya dilihat semula.
"Hm, aunty kejap lagi kita sambung ye. Aunty makan la dulu. Kat sana banyak makanan. Makan la. Makan banyak-banyak." Ujar Qarina mempelawa. Pelawa dia... bukan kemain lagi
"Oh tak apa tak apa. Rina borak dulu dengan Qai okay. Nanti kita borak semula ye. Ok ok." Perempuan dalam lingkungan 40 - an itu pun segera menapak pergi meninggalkan mereka berdua.
"Ha. Nak apa?!" Soal Qarina
"Nak tanye ni, boleh?"
"Tanya apa?"
"Hm.. betul ae boleh tanya?"
Ya allah boleh fed up dengan abangnya itu. Dari tadi tahu tak?!! Soalan dibalas dengan soalan. Sakit hati mendengarnya.
"Iya! Tanya la cepat. I busy ni. Pantas. "Kata Qarina menggesa abangnya.
"Just nak tanya soalan simple jerk....
Badan Qairul didekatkan jaraknya dengan adiknya. Qarina pula dengan rasa nak tak nak menadah telinga.
"Salyna mana?" Kecil sahaja suara Qairul menanya. Takut - takut jika ada yang mendengar.
"Nak tanya tu jerk?? Itu jer?"
Wajah Qarina semakin ke depan. Kepala Qairul pula semakin kebelakang. Dianggukkan kepalanya sahaja.
"Seriously?"
"Iyekk!"
"Entah la. I pun tak tahu. Tapi tadi I tengok dia tengah jawab call. Maybe orang rumah kut call dia. Macam urgent." Kata Qarina. Dengan serta mimik mukanya dibuat.
Qairul sekadar mengangguk kan kepalanya faham.
"Ok thanks for the information. Rina pergi la sambung borak dengan aunty tadi. Abang nak pergi cari mummy kejap." Ujar Qairul.
"Welcome." Qarina berjalan meninggalkan abangnya disitu.
Dari jauh Qairul sudah dapat melihat kelibat ibunya yang sedang sibuk berbual dengan kawan-kawan nya di meja paling belakang.
Qairul dengan langkah yang laju berjalan secara tidak sengaja telah melanggar seseorang, sehingga membuatkannya hampir jatuh. Badannya juga semakin tidak seimbang akibat orang belakangnya juga menolaknya.
Nasib Qairul sempat menyambutnya. Tangannya melingkar di pinggang gadis itu. Sebaik sahaja gadis itu menyelak rambutnya yang tadi menutupi muka, Qairul terus terpana.
Siapakah yang begitu cantii di hadapannya itu? Manusia ataupun bidadari dari syurga? Ketika itu dia benar-benar kaku. Tangannya masih lagi setia melingkar pada belakang badan gadis itu.
Mata yang hitam kebiruan itu benar-benar memukaunya. Matanya turun melihat hidung yang cantik itu. Tiada cacat cela. Turunnya lagi matanya itu. Matanya kini tertacap pada bibir merah saga milik gadis itu.
"Ehem." Kedengaran gadis itu berdeham membuatkan nya terus kembali ke dunia realiti. Laju terus tangannya dialihkan. Matanya pula terus menunduk ke bawah. Malu tahap gila niy!
Dah la tengok orang macam nak makan! Aih!
"Hm... sorry Salyna."
Ya, itulah bidadari dihadapannya tadi. Tidak lain tidak bukan Salyna lah!♥
"Saya tak sengaja tadi." Kepala yang tidak gatal itu digaru-garu.
"Tak apa-apa." Senyum sahaja Salyna memandangnya.
Jangan tengok saya macam tu! Saya boleh gila tengok senyuman yang comel gila macam tu!
Mata tiba-tiba tertumpu pada baju Salyna yang basah. Jika dilihat betul-betul. Air manis yang tertumpah tu. Habis kotor baju putih Salyna.
"Salyna baju awak." Suara Qairul mendatar.
*
*
*
*
Bila mau kahwin??Ok, today sye nak update double la... untuk readers sye kn.. ape slahnye!!
![](https://img.wattpad.com/cover/161501221-288-k83218.jpg)
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
Lãng mạnTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...