Bab 12

85 5 0
                                    

Salyna membaca isi surat tersebut. Matanya fokus membaca. Empat baris ayat itu dibaca.

Salyna Amanda.
Aku dah jumpa kau.
Seronok betul hidup kau.
Tapi jangan seronok sangat.

Baris ayat yang terakhir membuatkan Salyna terkedu. Jangan seronok sangat? Apa maksud dia?

Siapa yang menghantar surat ini? Siapakah gerangannya?Tapi kenapa dia menghantar surat ini kepada aku? Nak mengugut ke apa? Jangan seronok sangat? Apa maksud dia?

Dahi Salyna berkerut. Agak pelik dengan isi surat tersebut. Seribu soalan berlegar.

"Salyna? Boleh tak lap meja kat depan tu? Nombor 6. Aku nak duduk kejaplah." Suara Qarina sekali lagi mengejutkannya yang sedang sibuk memikirkan sepucuk surat ditangannya.

Salyna terus berdiri dari tempat duduk. Matanya dikecilkan memandang perempuan yang berwajah mulus dihadapannya.

Geram betul dengan budak seorang ni!

"Qarina. Kau ni geram aku tau! Suka betul la buat aku terkejut. Nasib baik tak ada heart attack tau. Ishh!" Salyna menepuk bahu Qarina agak kuat membuatkan Qarina menjerit kecil.

"Auw! Sakitlah. Tangan kau ni besi ke ha? Tahulah yang kau ada karate tapi jangan lah attack aku pulak." Qarina mengusap bahunya beberapa kali.

"Yelahh. Sorry. Habis kau tu ha! Asyik nak berangan je kerja. Berangan apa je mak cik oi?" Qarina sudah bercekak pinggang memandang tepat kearah wajah Salyna.

"Tak ada apa-apalah." Dalih Salyna.
"Okey lah. Aku pergi kat depan dulu. Bye." Salyna mengangkat tangannya kearah Qarina sebelum melangkah pergi.

Diperhatikan sahaja gerak langkah Salyna yang laju itu.

_______________________________________

"Assalamualaikum!" Kedengaran orang memberi salam. Agak kuat juga suara yang memberi salam.

Siapalah yang datang awal pagi ni?

Puan Fatimah yang sedang leka menonton television pun terkejut dengan suara yang memberi salam.

"Milah! Siapa yang datang tu? Awal pagi dah datang." Dia mengerling jam tangan yang terletak di tangannya. Jam 8.00 pagi.

Pembantu rumahnya cik Milah bergegas berjalan ke arahnya.

"Yang datang tu Qairul. Anak Datin Zara. Lagi dua tu saya tak tahulah pula. Lupa. Yang pasti, dia pernah datang sini masa puan buat makan-makan hari tu." Ujar cik Milah yang sudah berdiri menghadap puan Fatimah.

"Qairul? Yakah? Suruhlah dia masuk. Nanti awak sedia air untuk dia orang." Senyuman terukir dibibirnya. Senang ada orang yang datang berkunjung ke rumahnya.

Pembantu rumahnya itu hanya mengangguk.

_______________________________________

Salyna menyelak almari bajunya. Semua baju ada di dalam almarinya dilempar ke atas katil. Satu satu baju itu terhampar di lantai. Tiada satu baju pun yang sesuai digunakan. Akhirnya dia menjatuhkan badannya di atas katil.

Matanya melihat ke atas. Kipas yang berpusing itu diperhatikan.

Apa nak guna ni? Semua baju aku semuanya tak kena. Lagi pula, Amieyra dan Qarina mengajaknya menjenguk rumah anak yatim. Katanya mahu memberi sedikit amal sedekah. So, kenalah pakai baju yang elok sikit.

Tangannya mula bermain dengan rambut.

"Ha!" Salyna teringat akan sesuatu.

Lekas-lekas dia berlari ke arah almarinya semula. Kotak yang berada di sebalik bajunya diambil.
Kotak yang berwarna coklat itu mula ditenung lama.

Kotak itu dibuka. Kelihatan baju kurung berwarna putih bercorak bunga di dalamnya. Lama ditenungnya baju itu.

Teringat akan kali pertama ibunya memakai baju kurung putih itu. Cantik. Bagaikan bidadari syurga. Tanpa dia sedari, air matanya jatuh berguguran.

_______________________________________

Puan Fatimah memerhati tiga orang jejaka yang ada dihadapannya.

Matanya tertacap pada Qairul. Wajahnya yang putih itu membuatkan Qairul kelihatan menyerlah. Rambutnya yang disikat rapi itu menampakkan sisi-sisi kekacakannya.

Matanya beralih ke arah Mukhriz. Anak kepada Datin Zuria. Belajar tinggi di Perth. Wajah Mukhriz seperti kanak-kanak kecil. Baby face.

Wajah Hans pula ditatapnya. Senyuman bak bunga yang mekar dipagi hari. Rasa tenang apabila memandangnya. Pakaiannya juga kemas. Seperti baru sahaja pulang dari interview.

"So, kenapa datang awal pagi ni?" Puan Fatimah menanya selepas menganalisis tiga anak muda dihadapannya.

Baru sahaja Hans mahu menjawab, Mukhriz lebih cepat menyampuk.

"Nak ajak Salyna keluar kejap. Mukhriz boring lah duduk kat rumah." Selamba sahaja mahu mengajak anak dara orang keluar

Hans menjelingnya.

Mukhriz tersenyum hingga ke telinga.
Hampir ingin ketawa Puan Fatimah melihatnya. Comel betul.

"Oh. Nak ajak cucu nanny keluar rupanya..Qairul dengan Hans pun sama?" Puan Fatimah ingin kepastian.

"Ye."
"Haah."
Serentak mereka menjawab. Mukhriz memandang wajah Qairul dan Hans dengan wajah yang bengang. Bibirnya diketap.

"Oh." Agak terkejut Puan Fatimah mendengar jawapan daripada anak muda dihadapannya. Sekaligus mahu mengajak cucunya. Dia tersenyum kecil.

"Nanny? Cantik tak Lyna pakai.." Kata-kata Salyna terhenti apabila terlihat tiga orang lelaki yang duduk dihadapannya.

Mulutnya ternganga.

Qairul melihat Salyna dari atas ke bawah. Dia bagaikan terpukau. Baju kurung yang dipakai oleh Salyna sangat cantik. Cukup sesuai dengannya. Apa yang membuatkannya lagi terkejut ialah, Salyna mengenakan pakaiannya itu dengan tudung selendang berwarna hitam.

Wajah Salyna ditatapnya lagi. Cantik sungguh ciptaan tuhan.

"Wah, cantiknya cucu nanny ni pakai baju kurung. Macam perempuan melayu terakhir. Pakai tudung lagi tu. You look nice." Neneknya memuji.

Salyna menggaru kepalanya yang dibaluti tudung. Dia tersengih menampakkan giginya.

Tanpa disuruh, Salyna terus melabuhkan punggungnya diatas sofa disebelah neneknya.

Tiga orang lelaki dihadapannya masih tidak terkata. Mulut mereka ternganga.

"Ehem." Salyna berdeham mengejutkan lelaki dihadapannya.

Mereka bertiga kembali ke alam realiti.

*

*

*

*
Okey tak? Vote ! Sorry kalau ada typo.

Siapa yg bgi surat tu kt Salyna? Rasanya apa yg dia nak kat Salyna niy? Ha... nak thu kene la tnggu k??

Sabo... kita tnggu je ok?  Byee

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now