Salyna sedang sibuk menyiapkan thesis yang diberikan oleh professor nya. Setelah 2 bulan bercuti, akhirnya pembelajarannya sudah pun bermula.
"Salyna!!" Suara Qarina yang agak kuat itu membuatkan dirinya sedikit terkejut. Matanya meliar mencari arah manakah suara Qarina itu.
Terlihat wajah Qarina dan Amieyra yang sedang berlari laju ke arah nya.
Nafas kedua-dua sahabatnya tercungap-cungap. Salyna menjadi heran melihat mereka berdua. Entah apa yang membuatkan mereka berlari laju ke arahnya.
"Kenapa niy?" Salyna menanya. Qarina dan Amieyra melabuhkan punggungnya tanpa disuruh.
"Lyna, serious la kau ada boyfriend??" Soalan yang keluar dari mulut Qarina membuatkan Salyna terkejut.
Salyna dengan lantas, memandang wajah Amieyra yang berada di depan wajahnya. Amieyra mula membuat muka tidak bersalah.
Tangannya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Mulut Salyna terkunci rapat. Dia tidak tahu mahu memberi tahu hal yang sebenar atau tidak.
"Okay. Fine. Yes, aku ada boyfriend. " akhirnya Salyna mengaku.
Qarina tergamam. Tidak sangka Salyna benar-benar ada buah hati. Kesian dengan nasib abangnya.
"Apa nama dia? Nak tahu jugak!" Amieyra menanya ingin tahu. Matanya dibesar-besarkan.
"Azzam Haikal." Ujar Salyna. Tangannya sibuk mengemas kertas kerjanya yang berada di atas meja. Qarina juga mendengar dengan tekun.
"Handsome jugak pakwe kau kan." Amieyra tersenyum teringatkan wajah buah hati Salyna yang dijumpainya semalam.
"Handsome ker?" Soal Qarina kepada Amieyra.
"Handsome. " Jawab Amieyra teruja.
"Korang boleh tak stop citer pasal ni? Tak penting pun." Kata Salyna. Keningnya terangkat.
"Ala, relax laa." Ujar Amieyra.
"Whatever la. Jom la masuk kelas. Kejap lagi kelas mula." Salyna sudah pun berdiri dari tempat duduk. Beg sandangnya di letakkan di bahu.
Tiba-tiba, telefon bimbit milik Salyna menerima mesej yang bertubi-tubi. Qarina dan Amieyra juga agak pelik mendengar mesej yang diterima oleh Salyna.
Siapalah yang menghantar mesej yang bertubi-tubi kepada Salyna. Rasa ingin tahu mula menjalar dalam diri kedua-dua orang sahabat Salyna.
Dengan sepantas kilat Qarina dan Amieyra bergerak mendekatinya.
Tangan Salyna menekan aplikasi WhatsApp nya. Terdapat empat mesej dari berlainan orang. Mesej yang diterima olehnya adalah daripada Hans.
Dia pun membaca mesej tersebut.
Hy, Lyna. I nak jumpa you la hari ni. Bole? Dekat taman mini kat (U) kita jer. Boleh kan?:). Please. I tunggu you tau.
Salyna pun membalas.
Boleh jer.
Salyna menghantar emoji senyum malu-malu.
Kini tangannya menekan mesej yang lain. Mesej dari Mukhriz. Apalah budak kecik nak kat dia. Salyna tersenyum teringatkan wajah comel Mukhriz.
Lyna. Jom lunch sama! Dah lama kita tak keluar sama. Lepas tu kita borak-borak la kejap. Tak lama pun. Saya bawak makanan. Okey? Kita just makan kat taman mini kat (U) awak je la. Okey? Hope boleh la nak lunch dengan awak. Bye!!
Mesej daripada Mukhriz membuatkannya mula serba salah. Hans sudah pun mengajaknya untuk makan tengah hari bersama.
Nak lunch sama ker tak? Salyna sudah mula mengaru-garu kepala. Dia tidak tahu mahu pergi atau tidak.
Okey Mukhriz. But, if I a bit of late, you don't mind right?"
Salyna menekan butang sent.
Mesej ketiganya mula dibaca.Hy sayang! Jom lunch. I really miss to lunch with you! I don't want you to say 'no'. Okey?? Bye.
Terkelu lidah Salyna membaca mesej daripada buah hatinya. Qarina dan Amieyra yang berada di kiri dan kanannya juga sempat membaca mesej yang diterimanya.
Ape aku nak balas ni. Aduh! Dah la, dia kata jangan jawab 'no'. Ah.. whatever laa.
Okey la Azzam.
Salyna menghantar emoji muka meluat.
Mesej yang terakhir dibaca.
Assalamualaikum. Hai Salyna. Awak busy ker?
Sorry ganggu. Boleh tak kita jumpa nanti. Waktu lunch. Saya nak tanya awak something. Boleh tak? Saya harap awak tak tolak.:(
Terlihat emoji sedih yang di hantar oleh Qairul. Salyna mula tertanya-tanya apakah yang ingin ditanya oleh Qairul.
Ok.
Setelah membalas kesemua mesej yang diterima nya. Dia pun menyimpan semula telefon bimbit nya ke dalam poket seluarnya.
"Seriouslah kau nak keluar pergi jumpa dia orang??" Mata Amieyra menjadi besar melihatkan jawapan yang diberikan kepada empat jejakanya yang mengajaknya untuk keluar makan tengah hari bersama.
"Abis, nak buat macam mana? Takkan la nak tolak. Ayat dia bagi tu, buat aku kesian. So, kena jugak la keluar jumpa dia orang." Ujar Salyna.
"So, mana kau nak jumpa dia orang. Sekaligus ke kee?" Soal Qarina.
"Yep." Salyna memberi kata putus. Dia berjalan meninggalkan kedua-dua orang sahabat nya yang masih terpinga-pinga.
_______________________________________
Adam sedang berjalan bersama-sama dengan rakannya ke perpustakaan.
Sedang matanya meliar melihat kiri kanan, susuk badan seorang perempuan membuatnya tersenyum. Langkahnya diatur laju ke arah perempuan tersebut.
Bahu perempuan itu dicuit lembut.
"Eh, Adam. Terkejut saya ingatkan siapa tadi yang cuit-cuit saya." Ujar Afiqa.
Hatinya berbunga-bunga melihatkan Adam di depan mata. Senyuman lebar milik Adam telah menghilangkan rindu yang lama bertandang di hati.
"Kenapa senyum-senyum?? Tahulah saya ni handsome kan?" Adam yang perasan Afiqa tidak henti tersenyum ke arah nya mula bertanya.
"Mana ada." Dalih Afiqa.
Mereka berdua berjalan bersama. Adam yang berdiri terlalu dekat dengannya membuatkannya mula berasa panas. Tangannya dikipas-kipaskan ke arah muka.
"Kenapa Afiqa? Panas ke?? Nak saya tolong kipaskan?"
Secara automatik Adam mengibas-ngibaskan tangan di hadapan muka Afiqa. Berona merah pipi Afiqa dengan tindak laku spontan daripada Adam.
*
*
*
*
I have try my best on this bab.Hope readers sume ske tau! Yg hambar2 tu biaq pi la..
Saya nak bintang bole?? Tekan tauu
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...