Malam mula menyinsing. Qairul sudah tidak senang duduk di luar menonton televisyen. Ke hulur ke hilir dia berjalan. Jam pula sudah menunjukkan pukul 10.
Jarinya digigit-gigit. Takut betulla! Dah la malam pertama. Takut woo!! Bagi menghilangkan rasa resah, Qairul berjalan ke dapur mendapatkan air suam.
Sampai sahaja di dapur, terlihat kelibat nenek mertuanya. Dia melemparkan senyuman yang manis ke arahnya.
Maklum la, kat rumah nenek mentua kan? Ikutkan hati nak tidur di rumah ibunya, tetapi ibunya terlebih dahulu menyuruhnya tidur di sini.
Katanya nanti nenek Salyna sunyi pula.
"Qairul? Tak tidur lagi? Mana Lyna? Tak ajak kamu tidur?" Soal Puan Fatimah.
Qairul menggigit bibirnya.
"Hm, Qai tak ngantuk lagi nanny. Kejap lagi Qai tidur. Ni nak minum air kejap. Haus." Qairul tersengih.
"Ok la. Nanny masuk dulu ye."
"Okey."
Air suam yang ada di atas meja dituang ke dalam cawan.
Sempat dia duduk di situ. Kalau boleh dia nak habiskan masa kat bawah ni sampai Salyna tidur. Tak sanggup nak menghadap wajah Salyna itu. Boleh pecah jantungnya tau!
Selepas minum air suam, Qairul mengambil sedikit roti untuk mengalas perutnya.
Lama jugak dia di bawah. Jam sudah berganjak apa jam 10.45.
Dah lama jugak ni. Mata da nak start tertutup ni.
Qairul kini berdiri dari tempat duduk dan terus bergerak naik ke tingkat atas.
Pintu Salyna yang tertutup rapat itu dilihatnya. Takut pula nak masuk. Masuk je la. Sebelum masuk, tidak lupa juga dia mengetuk pintu.
Masuk sahaja bilik itu, haruman wangi terus menusuk hidungnya. Wangi betul bilik dia ni. Guna perfume apa ae? Nak juga.
Eh eh, mana pula dia ni. Katil kosong je.
Bunyi daun pintu tandas mengejutkannya.
Alangkah terkejutnya Qairul apabila matanya mula tertacap pada Salyna yang sedang berdiri di depan pintu tandas dengan hanya memakai sehelai tuala.
Tuala yang dipakainya itu pula hanya menutup dari bahagian dadanya sehingga betis. Rambut Salyna pula masih basah belum dilap. Ya allah, cantiknya ciptaan tuhan.
Astagfirullahhalazim.
Jantungnya pula sudah berombak laju. Lekas-lekas dia menoleh ke tempat lain.
"Hm, awak. So.. sorry. Saya tak sengaja. Sa.. saya ingatkan awak dah tidur." Tergagap-gagap Qairul meminta maaf.
Ditepuknya dahi sendiri. Tu la kau, tak sabar sangat kan nak tidur.
Salyna pula sudah terkaku di situ. Tidak mampu nak apa jawab apa. Ditolehnya ke kiri ke kanan. Aduh.. nak kata apa ni.
Wait! Wait! Buat apa Qairul nak minta maaf. Dia kan suami aku. Aku pula, dah kenapa nak rasa malu. Dia suami kau la Salyna!!
"Hm. Tak apa lah. Awak bukan buat salah pun. Don't worry. Saya sebenarnya nak pergi ambil baju,tadi lupa nak bawak sekali masa mandi. Ni, awak dah mandi ke?" Soal Salyna.
Tak tahu nak tanya kan.. soalan tu je la ada.
Qairul masih lagi melihat tempat lain. Tidak boleh dia lihat Salyna sekarang? Kalau tak .. ya allah.. tak tahu la. Maybe Salyna dah tak boleh lari dah sekarang.
"Saya? Hmm. Dahh." Jawab Qairul lambat lambat.
"Awak."
"Ye?"
"Hm awak tidur la dulu, saya nak pakai baju kejap."
"Ha...? Hm.. ha, ye ye." Gagapnya masih tidak hilang.
Ya allah, sabar la wahai hati. Kenapa kencang sangat kau ni? Dah macam orang lari marathon! Eh... geramnyeeee
Qairul dengan cepat terus melabuhkan punggungnya di atas katil. Empuk nya katil Salyna. Patutla dia selalu tidur lena sampai ternaik matahari.
Salyna pula menggaru-garu kepalanya sendiri.
Nak jalan ambil baju malu la pula. Dah la aku pakai tuala je ni. Ikutkan si Qairul tu tengok nak terkeluar biji mata macam mana? Aduhh
Eh, apa yang aku cakap ni. Tak baik la. Dia kan suami aku. Tu hak dia.
Dengan berat hati, Salyna berjalan ke arah almari bajunya yang terletak di sudut tepi bilik. Diselak-selaknya baju yang ada tersidai di dalam almari itu.
Aduh... mane pula baju tidur ni.
Qairul yang dari tadi duduk di atas katil mula tidak keruan. Hatinya sudah berbisik untuk mencuri-curi lihat si isteri yang lagi sibuk mencari baju.
Banyak kali dia beristigfar. Dia harus bersabar.
Tetapi nafsunya lebih kuat. Matanya kini tertacap pada belakang tubuh badan isterinya.
Putih gile! Melepak. Bestnye jadi anak mat salleh.
Qairul melarikan matanya daripada melihat Salyna yang sedang berjalan semula ke tandas.
Huh! Lega. Syaitan ni! Kuat betul la.
Selesai sahaja memakai baju, Salyna keluar daripada tandas. Rambut sudah disikat rapi. Cantik.
"Hm.. a.. awak tidur kat atas katil tau. Sa.. saye tidur kat.. hm.. kat sofa je." Kata Qairul.
Ya, dia harus sedar. Perkahwinan ini terjadi bukan kehendak Salyna. Dan dia sedar Salyna tidak menyukainya. Jadi, buat apa dia mahu tidur sekatil dengan nya?
Meluat maybe ada.
"Eh, kenapa pula? Why?" Soal Salyna. Dahinya berkerut.
"Saya sedar siapa saya ni Salyna. Kita kahwin ni pun bukan awak yang nak. So, buat apa kita tidur sekatil kan?" Kata Qairul. Dia menunduk ke bawah.
Salyna yang sudah duduk di sebelah bahagian katil, langsung tidak dilihatnya."Qairul."
"Hm..."
"Qai, pandang saya."
"Qai! Looked at me."
Salyna menunggu Qairul menoleh menghadapnya.
Lambat-lambat Qairul menoleh.
"Ok, listen. Saya tak pernah marah pun kat awak. Saya redha. I accept all of this. Now, saya sah isteri awak. Awak tak perlu pun tidur kat sofa semua tu bagai. Qai. Cerita kita berdua ni, bukan dalam drama tau. Nak tidur kat lantai. Nak tidur kat atas sofa bagai. Saya tak halang awak pun nak tidur sekatil dengan saya. So, from now on. Saya tak nak dengan awak ungkit pasal ni. Ok?"
Redup mata Salyna memandang si suami. Qairul menghela nafasnya.
Ya. Betul kata Salyna. Cerita mereka bukan macam dalam drama tu semua. No.
"Ok. Sekarang, saya nak awak tidur. Dah. Awak tidur sini." Salyna menepuk-nepuk tempat tidur Qairul.
Qairul sudah terasa pipinya mulai panas. Baik betul bini dia ni.
Qairuk merebahkan dirinya di atas katil. Lega dapat baring. Hilang rasa sakit-sakit tadi.
"Qai."
"Ye saye?" Qairul memandang Salyna yang memanggilnya.
"Saya nak beritahu awak sikit ni. Saya tidur ni lasak sikit tau. So, awak. Hm? kalau awak tak selesa nanti, saya minta maaf sangat. Tau?" Wajah Salyna dipandangnya.
"Eh, tak apalah. I don't mind. " Qairul tersenyum manis ke arah isterinya.
*
*
*
*
*Best tak?? Suwit?? Or a bit of 18+??
Sory ye kalau readers rasa macam tu. Saya ni just nk buat citer ni hot sikit.. hahahahah★★★★★
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...