Hans sedang duduk di depan kolam rumahnya. Dia sibuk mengelamun. Mungkin teringatkan puteri dari gunung ledang masuk meminang kut.
Mana tidak mustahil nya. Sekarang zaman lain. Ada perempuan yang sibuk mencari suami. Bak kata pepatah zaman dulu, perigi yang cari timba.
Mulut nya pula tidak henti menguntum senyuman. Apalah yang bahagia sangat tu. Air biru kolam rumahnya terlihat bersih sehinggakan dapat melihat wajahnya yang sedang duduk mengelamun.
Hatinya mula tidak tenteram. Dia berdiri daripada tempat duduk. Matanya meliar melihat sekeliling. Kini, Hans kelihatan seperti orang yang dalam ketakutan. Jarinya telunjuknya digigit gigit.
Sudah tidak tentu arah. Jalan ke hulu ke hilir. Wajahnya diraup kasar.
"Hans? Kamu okey tak? Kenapa ni? Jalan ke hulur ke hilir. Pening tahu tak umi tengok. Cuba duduk!" Entah dari mana ibu Hans muncul. Hampir terkejut Hans mendengar suara ibunya yang tiba-tiba sahaja menerjah ke dalam corong telinganya
Puan Aira mengambil tempat duduk.
Hans masih lagi berjalan ke hulur ke hilir. Entah apa yang membuatnya gusar sebegitu.
"Duduk Hans Azreen!" Suara ibunya sedikit meninggi. Sakit kepala dibuatnya. Orang suruh duduk, sibuk lagi nak duduk.
Dengan langkah yang lemah Hans menjatuhkan punggungnya di kerusi sebelah ibunya.
"Cuba cerita dekat umi. Apa yang buat anak handsome umi ni tak duduk tenang ha? Dah macam cacing kepanasan. Cuba cerita." Puan Aira memandang anak lelakinya dengan senyuman yang terukir di bibir.
Tangannya menongkat dagu memandang anak lelakinya.
"Hans.. Hans... Hans.. ishh!! Entah la! Hans tak tahu nk cakap apa." Tergagap gagap dan akhirnya tidak terkata jua apa yang terbuku di hati.
Badannya disandar kasar pada kerusi. Rambutnya yang tebal itu disisir kebelakang. Kusut benar Hans ketika itu.
Bawah matanya pula sedikit kehitaman. Mungkin jua tidak cukup tidur.
"Hans. Cuba cakap. Ada masalah ke kat uni?" Sekali lagi ibunya menanya.
Puan Aira jadi susah hati melihat kelakuan anak tunggalnya. Kusut masai. Kepalanya digeleng-gelengkan.
"Umi. Sebenarnya Hans ada suka dekat sorang perempuan ni..."
"Ha? Siapa? Cantik tak?? Umi kenal?"
Laju benar ibunya mencelah kata-katanya. Tidak sempat dia mahu menyambung.
"Cantik. Comel je. Hans suka tengok dia. Kalau boleh, Hans nak bahagiakan dia. Hans suka tengok mata dia."
Hans teringat semua sisi-sisi perempuan yang disukai nya. Puan Aira hanya menjadi pendengar setia. Terangguk-angguk mendengar kata - kata anaknya.
"Ok ok.. so, cakap la kat perempuan tu yang Hans suka kat dia. Kan senang. Kenapa? Ada masalah ke?" Kata ibunya.
"Umi. I can't. She.. she has a boyfriend. Hans tak tahu la nak buat apa." Sekali lagi wajahnya diraup.
Tidak tahu mahu katakan apa lagi. Fikirkan hal itu sahaja boleh membuatkan dirinya serabut.
"Siapa ni? Hm Sofea ker? Anak dato Rahimee?"Puan Aira cuba meneka.
"Tak. Salah. "
"Ayu? Anak aunty Rita?"
"No! Wrong! " kata Hans.
"Habis tu siapa ni? Tak kenal la umi." Puan Aira sudah malas mahu meneka lagi. Kepalanya sudah malas mahu meneka lagi.
"Salyna. Salyna Amanda." Sekali nafas Hans berkata.
Alangkah terkejutnya Puan Aira mendengarkan jawapan anaknya itu. Tiada siapa sangka gadis sebaik Salyna itu menjadi pujaan hati anak lelakinya.
Sebelum ini, Hans lebih suka perempuan yang mengikut perkembangan semasa. Sentiasa bergaya. Dan semestinya 'gedik'
Terkejut juga la dibuatnya.
Sebelum ini Hans lebih suka perempuan yang selalu mengikut perkembangan semasa. Sentiasa bergaya. Dan boleh dikategorikan perempuan yang seksi dan gedik sahaja pilihannya.
Tetapi kali ini Hans benar-benar membuatkannya terkejut. Terkejut besar!
"Lyna? Cucu Puan Fatimah?" Soalnya lagi. Dia inginkan kepastian, mana tahu telinganya salah dengar.
"Yes, she is." Hans menjawab. Dia ketawa kecil selepas sahaja mengaku bahawa Salyna lah orang dicintainya.
Entahla mengapa. Geli hati sedikit, jika difikir-fikirkan banyak kali memang dia la yang pelik. Tak sangka Salyna itulah yang diingikannya.
"Hans Azreen! Cuba cakap betul - betul. Jangan main-main macam ni. Umi tak suka." Puan Aira sedikit marah. Tiada lagi senyuman manis bak gula yang dipamerkan olehnya.
"Umi. Listen here. Ye memang Hans suka kat Salyna. Hans ikhlas suka kat dia. Salyna lain daripada ex ex Hans sebelum ni. Dia.. dia lain. Hans betul-betul suka dia. Dari first time lagi Hans suka dia. Kalau boleh Hans nak ada hubungan yang lebih daripada seorang kawan. Hans nak bercinta dengan dia. Hans nak dia jadi milik Hans. Umi... Hans suka kat Salyna." Panjang lebar Hans berkata.
Alangkah terkejutnya Puan Aira mendengarkan jawapan anaknya itu. Kedengaran tulus sahaja jawapan anaknya itu. Ikhlas dari hati.
"Tapi sayang, Lyna kan dah ada boyfriend. Hans sendiri yang cakap kat umi. Takkan la anak umi ni sanggup nak ambil hak orang?"
"Belum hak dia lagi umi. Hans boleh lagi dapat kan dia. Hans akan cuba ambil perhatian dia. Buat dia sampai dia nampak betapa suka nya Hans kat dia. "
Puan Aira terdiam seketika. Tidak tahu mahu katakan apa lagi. Susah benar.
"The best man win, umi. Hans boleh dapatkan dia." Jawab Hans selamba.
"Ikut suka hati kamu la. Umi tak tahu nak cakap apa lagi. Tapi apa yang umi tahu, umi tak nak Hans buat benda yang bukan-bukan. Faham? Jangan buat benda yang bodoh." Puan Aira memesan.
"Ok mi. Hans tahu la benda baik benda buruk. Hans masih normal." Hans senyum.
*
*
*
Masukkan citer pasal Hans pula la kan? Sian dia da lama tak muncul. HahahSape suka nama Hans ni? Angkat kaki! Hahahahah. Btw sedap kn nme dia? Sye suka. Saya adakn wtk Hans ni sbb.... (hans tu nme ***** sye )
Hahahahhahah..
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomantizmTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...