Adrea dipapah dengan berhati-hati. Takut juga sekiranya tiba-tiba gadis itu terjatuh terjelopok kerana terlalu mabuk.
Dia perasan bahawa terdapat dua botol arak yang ada di atas meja tadi. Kedua-dua botol itu sudahpun kosong. Jadi, terang-teranglah gadis itu sudah meneguk air arak itu sehingga habis.
Pinggang Adrea dipegang olehnya. Bukan sengaja nk amik kesempatan oke? Just nak tolong gadis itu stabil untuk berjalan.
Tinggal lagi tiga langkah dan mereka akan tiba di depan kereta.
Pintu penumpang di sebelah pemandu dibuka. Belum sempat dia meletakkan Adrea di tempat duduk, dia menangkap suara dari jauh memanggilnya.
Matanya mencari.
Dan matanya tertacap pada seorang gadis yang dari jauh berjalan ke arahnya. Dia lebih terkejut apabila mengetahui bahawa gadis itu ialah isterinya sendiri. Diulang ISTERINYA sendiri. Salyna
Kini gadis itu benar-benar dihadapannya.
"Sayang. Ma..macam mana.. sayang tahu abang ada kat sini?" Qairul menyoal.
Wajah isterinya itu terkejut. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang.
"Sayang. Ni bukan apa yang sayang fikirkan." Segera Qairul bersuara.
"Kenapa awak tipu saya? Hah? Awak cakap nak jumpa Daus kan? Ni apa? Hah! How dare you lied to me." Suara Salyna kedengaran bergetar ketika itu.
Sumpah! Dia begitu benci dengan orang yang menipunya. Tidak cukup kah dia memberi layanan yang baik kepada seseorang itu? Kenapa dia perlu ditipu?
Ditipu hidup-hidup lagi tu.
"No, sayang. Please. Abang tak tipu sayang pun." Kata Qairul.
Adrea masih lagi kemas di sebelahnya.
"Saya percaya kat awak. Saya percayakan awak lebih daripada orang lain. Dan apa awak buat dekat sini hah? Dekat kelab ni? Seriously, saya betul-betul tak percaya ni awak. Awak masuk tempat kotor macam ni? Waktu pagi pulak tu. Saya jijik dengan orang yang pergi tempat macam ni." Perkataan JIJIK itu ditekankan.
Walaupum dia pernah tinggal di luar negara untuk bertahun-tahun lamanya, dia tidak pernah pun menjejakkan kaki di tempat sebegini.
Apatah lagi Qairul yang sepenuhnya tinggal di Malaysia. Tidak tahukah lelaki itu tentang halal dan haram?
Qairul terdiam. Jujur, dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang. Mulutnya seperti dihempap dengan sesuatu yang berat.
Salyna cuba menahan emosinya. Dia perlu kuat. Dia tidak boleh kelihatan lemah di depan lelaki itu.
Air mata yang berada di tubir mata diseka. Dia tidak mahu air matanya itu berguguran jatuh dengan laju nanti.
"Sayang. Please dengar dulu apa yang abang nak explain ni. You have to trust me. Apa yang sayang nampak ni tak betul pun."
Suara Qairul ketika itu kedengaran iklhas di telinga Salyna. Ah! Dia tidak boleh percaya dengan lelaki itu. Dia telah merosakkan kepercayaan yabg dia telah beri selama ini.
"Tak betul? Awak cakap tak betul? Heh." Salyna tersenyum senget.
"Saya nampak oke! Awak keluar dari kelab tu. Dengan perempuan ni. So, selama ni awak berjumpa dengan dia kat tempat terkutuk macam ni la??" Suara Salyna sudah meninggi.
Dia sudah tidak dapat menahan lagi. Kesabarannya ada tahap. Dan kini kesabarannya sudah berada di tahap yang paling tinggi.
"No! Abang tak pernah pun jumpa dia kat tempat macam ni." Qairul cuba mempertahankan dirinya.
"Kalau awak tak jumpa dia kat sini, habis awak jumpa dia kat mana hah! Kat hotel?" Mata Salyna sudah semakin memerah. Terasa ingin menangis sahaja disitu.
Dahi Qairul berkerut seribu.
Adrea yang masih berada di sisi sekadar berdiam diri. Tangan gadis itu masih lagi cermat memegang baju Qairul.
Dia tersenyum kecil. Senyuman yang penuh dengan makna.
"Apa sayang cakap ni?" Qairul sudah tidak mampu berkata-kata lagi.
"Awak tak dengar ke apa yang saya cakap? Hotel. H-O-T-E-L. Hotel." Perkataan hotel itu diejanya.
"Sayang!" Suara Qairul juga meninggi.
Dia tidak tahan dengan orang yang tidak percaya dengannya.
"Stop calling me SAYANG! Saya benci!"
Ppang!!!
Satu tamparan melayang di pipinya. Salyna terkesima. Pipinya itu dipegang.
Dan wajah suaminya dipandang. Sungguh, dia tidak menyangka lelaki itu berani mengangkat tangan padanya.
Tanpa dia sedar. Air matanya sudah laju membasahi pipi.
Qairul melihat tangannya sendiri. Ya Allah! Apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku tampar muka isteri aku!
"Sayang, abang... aa.. abang tak sengaja. Abang tak ada niat pun nak tampar sayang." Qairul tergagap. Qairul mahu memegang pipi isterinya tetapi laju tangan si isteri menepis.
"Jangan sentuh aku. Aku benci kau!" Seloroh Salyna.
Terbuntang mata Qairul mendengar kata-kata Salyna. Sudah hilang tutur bahasa isterinya. Tiada lagi awak saya. Yang ada hanyalah kau dan aku.
"Sayang... Please don't be like this."
Salyna tidak menjawab.
"Salyna Amanda. My love, please jangan diam macam ni." Kata Qairul. Dia meraih simpati dari si isteri.
"Stop. Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi. Aku benci dengan orang tipu aku! Aku benci!" Salyna sudah menjerit kuat.
Gadis itu sudah mengangkat kaki daripada situ. Laju saja jalannya. Qairul yang ingin mengejar si isteri terbantut. Dia sedar Adrea masih lagi di sisi.
"Salyna! Salyna!" Qairul menjerit kiat nama isterinya.
Salyna sekadar mengendahkan suara itu dan terus bergerak meninggalkan mereka.
*
*
*
*
*Please jgn bosan ye readers baca cite sye ni? Heheh.. msti awk sume pelik kn knp la sye pnye bab ni bnyk sgt...
Hahahah.. entalaa sye pon x perasan yg bab sye ni bnyk
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomantizmTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...