Bab 7

110 9 0
                                    

"Sorry. Ehm. Jom laa." Ajak Salyna. Laju sahaja langkahnya keluar dari rumah.

Kasut berjenama 'Vans' itu dipilih. Disarungkan terus pada kakinya.

Dia berjalan kearah Qairul dan Hans.

"So? Nak kereta you ke Hans?" Kata-kata Salyna membuatkan Qairul memalingkan wajahnya memandang ke tempat lain

Hans, Hans, Hans! Aku kat sebelah ni tak nampak ke? Qairul bengang.

"Ke kereta awak Qairul?" Salyna dapat membaca riak wajah Qairul yang tidak puas hati.

"Saya!" Kata Qairul laju.
"I." Hans tidak mahu mengalah.

"Eh.. tak apa-tak apa. Naik kereta saya je lah." Kata Salyna. Takut juga kalau ada yang bergaduh disini.

"Okey. Siapa drive? Awak?" Qairul menanya.

"Nice question Qairul. Actually, saya ada lesen. But disebabkan saya selalu naik Pak Amin. Saya jadi lupa. Boleh tak antara awak berdua tolong drive kan?" Salyna mengedipkan matanya beberapa kali.

Hampir luluh jantung Hans melihatnya.

"Kereta yang mana?" Soalan yang sama diajukan kepada Salyna.

Jarinya menunjukkan kearah kereta yang berwarna hitam disebelah mereka.

Dengan sepantas kilat, Hans berlari mendapatkan tempat duduk pemandu.

Qairul yang tidak sempat berlari hanya memasamkan mukanya memandang Hans.

_______________________________________

Selepas sahaja pergi ke farmasi, mereka terus ke pusat beli-belah.

Selepas sahaja memarkirkan kereta, mereka terus masuk ke dalam pusat beli-belah. Mata Salyna bersinar melihat pakaian yang murah-murah.

Sale!!

Seronok apabila dapat membeli pakaian-pakaian yang baharu. Rambang mata dibuatnya. Apa yang membuatkan Salyna lagi gembira ialah, bukan dia yang membayar baju-baju tersebut tetapi, Qairul dan Hans.

"Apa kata saya belanja awak berdua lunch? Dari tadi asyik awak berdua saja yang bayarkan baju-baju yang saya beli ni. Sekarang saya la pulak." Kata Salyna.

"Tak perlu lahh.." Kata Qairul. Dia tidak kisah jika dia yang harus membayarkan makanan tengah hari mereka.

"No excuse. Now, follow me. I will treat both of you! Let's go!" Gembira sahaja suara Salyna. Dia berjalan laju mencari restoran.

Hans mengikutinya.

Qairul masih lagi berdiri di tempatnya.
Salyna, Salyna. Kenapa lah kau comel sangat? Hati aku yang keras macam batu ni pun boleh cair pandang kau! Tolong la! Jangan senyum macam tu. Boleh terkeluar jantung ni.

_______________________________________

Selepas sahaja pulang daripada 'mall' Qairul terus pulang ke rumah.

"Assalamualaikum." Qairul menolak  daun pintu rumahnya. Dia masih lagi tersenyum-senyum mengingatkan Salyna.

Senyumannya. Membuatkan Qairul angau.

Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Telefon dicapai. Tangannya ligat melihat gambar di galeri. Tangannya terhenti melihat gambar seorang wanita. Iaitu Salyna.

Gambar itu diambil apabila Salyna sedang khusyuk makan. Orang lain yang sedang memerhatikannya pun dia tidak perasan.

"Qairul? Baru balik ke?" Suara ibunya membuatkan dia terkejut sedikit. Entah datang dari mana.

"Mommy rupanya. Terkejut Qai. Qai baru balik dari mall. Teman Sa... kawan." Hampir tersasul dia menyebut nama Salyna.

Dia belum sedia mahu menceritakan tentang Salyna kepada ibunya. Malu. Ibunya sudah banyak kali menetapkan 'blind date' untuknya, tetapi dia tidak pernah mahu menerima seorang pun.

Tetapi hadirnya wanita bernama Salyna membuatkan dia tidak keruan.

"Mommy tengok Qai tersenyum-senyum je tengok handphone. Ada apa? Mata air ke?" Tanya ibunya.

Qairul terbatuk-batuk.

"Mata air apa? Mana ada. Ada ke orang nak Qai ni?"
"Apa yang tak nak? Qai tu dah la handsome. Muka putih. Belajar bagus pulak tu. Tapi tu la.. keras sangat hati. Berlagak pun ada jugak"

Kata-kata ibunya ada pujian terselit perlian.

"Perli nampak?" Kata Qairul.

"Mana ada. Ala Qai ni. Tak payah la terasa sangat. Buruk nanti muka tu." Kata Puan Zara.

Bibir Qairul sudah kedepan.

"Bibir tu dah macam itik dah!"
"Mommy ni!"
"Okay la.. anak mommy seorang ni memang handsome. Pandai. Baik.Semua complete la!" Ibunya memuji melambung.

"Ni la sayang!" Qairul tersenyum.

_______________________________________

Puan Fatimah sedang khusyuk membaca majalah wanita seorang diri. Nak ajak cucunya berbual? Adam keluar. Salyna pula ada di kampus. Belajar. Jadi terpaksalah dia seorang diri melayan majalah itu

"Puan. Ada tetamu." Kata Cik Milah pembantu rumah.

"Tetamu? Dia ada kata tak siapa nama dia?" Dia memandang wajah pembantu rumahnya.

"Tak pula. Tapi dia kata dia klien lama puan."
"Klien lama? Hm. Suruh dia masuk la." Puan Fatimah memberi kata putus.

Cik Milah keluar pergi menyambut tetamu.

"Puan. Ni tetamunya."
Puan Fatimah menoleh.

"Puan Sri Fatimah. Ingat saya tak? Ini saya lah Datin Zuria."

Puan Fatimah cuba men 'refresh' ingatannya.

"Oh. Datin Zuria. Baru saya ingat. Lama juga kan tak jumpa. Dah dekat 3 tahun juga kan?" Dia cuba meneka.

"Haah." Wanita yang berumur 40 tahun keatas menjawab.

"Mana datin hilang selama ni? Saya contact pun tak dapat." Tanya Puan Fatimah.

"Itulah saya lupa nak inform kat Puan Sri yang saya kena pindah kat Johor sebab mak mentua saya sakit. Waktu tulah pulak telefon saya hilang. So, tak dapat la contact." Katanya.

"Oh. Patutlah. So macam mana mak mentua awak? Dah okey?"
"Alhamdulillah. Lepas kene bedah hari tu. Okey la jugak."

Puan Fatimah mengangguk.

"Sekarang ni macam mana? Stay kat KL ke macam mana? Ha, anak-anak datin mana? Dah lama tak dengar khabar." Tanya Puan Fatimah peramah.

"Insyaallah. Oh, anak saya yang pertama si Muiz tu sekarang dah kerja kat company bapak dia. Alya pula dah ada business sendiri."
"Mukhriz? Masih belajar. Rasanya dia balik hari ni. Anak perempuan saya yang lagi sorang tu dah tak ada meninggal." Kedengaran sayu suara Datin Zuria.

"Innallillah. Kenapa?" Puan Fatimah tumpang simpati.

"Depressed.Mungkin Allah lebih sayang dia kut"

"Siapa namanya? Saya ni ingat-ingat lupa aje"
Baru sahaja dia mahu menjawab, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada seseorang.

"Maaf la Puan Sri. Anak saya Mukhriz tu baru sahaja balik dari Perth. Sekarang ni nak kena ambil dia la."

"Oh. Yeke? Tak apalah. Nanti-nanti je kita borak. Nanti kirim salam saya pada Mukhriz."

Datin Zuria mengangguk.

*
*
*
*
Nice tak? Jangan lupa vote untuk cerita ni. Sila tinggalkan comment!
:)

Btw part ni macam hambar laa.. sorry! Sekarang ni sibuk nak belajar. Mak kat dalam bilik tu dah mengamuk tengok saya ni brkepit dengan handphone je. Hahahah

Sorry ae? Penulisan sye ni tak seberapa lahh.. budak skolah kan? Harap faham laaa ye!♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now