Bab 10

98 5 0
                                    

Selepas sahaja berbual kosong,semua tetamu pun diajak untuk menjamu selera. Suasana dirumah Salyna membuatkan dia tersenyum.

I hope ibu and abi is here too.

Teringat pula akan arwah kedua-dua ibu bapanya. Wajah mereka bermain di benaknya.

Suara Adam yang memanggil membuatkan Salyna terbangun dari lamunan.

"Dinner." Kata Adam.

"Kejap lagi." Salyna membuat isyarat okey kepada adiknya.

Dengan pantas dia mengatur langkah keluar daripada rumah. Kawasan ditepi kolam rumahnya menjadi tumpuan.

Telefon bimbit dikeluarkan.

Dia masih mahu mencuba menghantar mesej kepada lelaki bernama Azzam.

Last seen 8.30

Matanya mengerling kearah jan tangan pada tangan kirinya. 8.31
Dengan pantas dia menaip.

'Where's your grandma?'

Salyna menunggu dengan sabar. Sewaktu Azzam menghilang, dia ada juga pergi kerumah neneknya untuk mencari Azzam.

Tetapi setibanya di rumah Azzam. Kelihatan tiada siapa dirumah.

Bluetick.

'I miss you already. I'm going to eat first okay? Bye sayang.'

Lalu, secara tidak sengaja Salyna telah terdengar beberapa orang berdeham.

Dia pun menoleh. Kelihatan 3 orang jejaka bertenggek di setiap penjuru tiang. Terkejut Salyna.

Mukhriz melihat wajah Hans dan juga Qairul.

Macam mana boleh serentak pula nak ber'EHEM' ni??! Gila betul.

Geram benar Mukhriz.

Bahu Salyna terhinjut kebelakang. Kakinya sipi-sipi. Matanya tertutup rapat.

Kedebush!!

Aku kat dalam kolam ke? Dah mati ke?

Mata Salyna dibuka perlahan.
Kelihatan wajah Hans dihadapannya.

Hans memandang wajah Salyna. Dia kelihatan begitu comel dimatanya. Mata Salyna yang hitam kebiruan itu membuatkan Hans terpaku. Bagaikan melihat laut yang bergelora. Begitulah juga bergelora hati Hans.

Matanya mula turun melihat hidung Salyna. Langsung tiada cacat cela. Matanya diturunkan lagi. Bibir merah Salyna ditatap. Merah seperti buah epal.

Salyna yang perasan Hans yang sedang memerhatikan setiap inci wajahnya, cepat-cepat mengalihkan tubuhnya yang terlalu dekat dengan badan Hans.

Salyna membetulkan bajunya. Nasib telefon dia dah disimpan dalam poket kalau tak? Rosak la namanya. Terlihat Mukhriz memandang wajah Hans dengan masam mencuka.

Qairul pula dari tadi tidak mengalihkan perhatiannya daripada melihat Salyna. Matanya tepat kearah anak mata Salyna.

Tajam sahaja pandangannya. Bagaikan panahan petir yang tepat yang mengenai matanya.

Dengan pantas Salyna melarikan anak matanya memandang wajah Hans.

Segaris senyuman diberikan.

"Thanks Hans." Salyna berterima kasih. Senyumannya juga diukir manis memandang Hans.

"Okay. Anything for you"

Bluewekhh!

Anything for you? Aish!

Meluat benar Mukhriz mendengarnya.

Salyna hanya tersenyum sumbing.

"Kenapa awak bertiga kat luar ni? Tak makan ke? Nanny saya dah tunggu tu." Baru teringat bahawa neneknya sudah mengajak semua tetamunya menjamu selera di meja makan,tetapi apakah yang dilakukan oleh tiga orang jejaka ini diluar.

"Saya tunggu awaklah. Jom lah makan sekali." Comel sahaja suara Mukhriz. Persis seperti kanak-kanak umur 5 tahun.

Semasa di dalam rumah sempat juga Mukhriz menanyakan umur kepada Salyna. Setelah diberitahu umurnya, wajah Mukhriz kelihatan agak hampa kerana mendapat tahu bahawa Salyna tua setahun daripadanya.

Mukhriz hanya senyum meleret memandangnya.

"Yeke? Alololo. Adik sorang ni tunggu akak ye? Ok lah jom." Salyna mengusik Mukhriz. Dia mula ketawa mengekek menampakkan lesung pipit di pipi.

Mukhriz menuncungkan bibirnya ke depan.

"Okey la. Majuk pula dia. Jom masuk, budak handsome! " Salyna berhenti ketawa. Hanya ada sisa dihujung.

Salyna berjalan laju melangkah masuk ke dalam rumah.

Hans dengan wajah masam seperti buah lemon itu berdiri menghadap Mukhriz.

Qairul hanya menjadi pemerhati disitu.

"Oi Mukhriz! Kau suka Salyna ke?" Soalan mengejut itu diajukan oleh Hans. Dengan satu nafas sahaja dia menanyakan soalan itu. Matanya tidak berkedip langsung melihat wajah Mukhriz.

"Haah. Aku suka kat Salyna. Asal? Ada masalah ke?" Selamba sahaja Mukhriz menjawab. Matanya dibesarkan.

Jawapan Mukhriz membuatkan Hans tercabar. Tetapi dia cuba bersabar. Takut pula ada adegan tumbuk-menumbuk di rumah orang.

"Semak!" Itu kata-kata Hans sebelum dia melangkah masuk.

Mukhriz hanya memerhatikan gerak langkah Hans. Dia tersenyum sinis menahan marah.

Lalu,dia pun menyusuli Hans masuk ke dalam. Qairul masih lagi tidak bergerak. Masih bersandar pada tiang. Matanya memandang kolam. Air kolam itu kelihatan sejuk walaupun hanya dipandang.

Dia tersenyum. Telefonnya dikeluarkan dari poket. Gambar Salyna yang sedang khusyuk makan itu ditenung lama. Dia tersenyum.

_______________________________________

Salyna sedang duduk bersandar di tempat duduk belakang. Matanya fokus melihat telefon bimbitnya.

"Salyna? Nak pergi mana ni?" Suara Pak Amin yang sedang memandu kedengaran.

"Lyna nak pergi cari kerja. Lagipun kan cuti semester 2 bulan. Boring la duduk rumah. Baik kerja."

Neneknya sudah menawarkan dia kerja di Syarikat F&F dengan jawatan penolong setiausaha. Tetapi dia menolak. Katanya dia belum mahir dalam business.

Lagi pula dia takut orang lain melihatnya sebelah mata. Kerana hanya dia cucu kepada President Syarikat F&F dia terus mendapat jaqwatan penolong setiausaha. Dia lebih suka bermula dari bawah. Bak kata orang berdikari.

"Oh. So,nak cari kat area mana ni?" Tanya Pak Amin lagi.

"Tak perlu dah nak cari-cari. Qarina dah syorkan Lyna kerja dah. Kat area sini-sini je. Dah nak dekat ni. Kejap lagi sampai la. Sampai simpang depan tu belok kiri dah sampai." Kata Salyna menunjukkan arah.

Pak Amin hanya mengangguk menjalankan kerja.

*
*
*
*
*
Okey tak bab ni? Nicer?

Readers rasa bab ni okey ke tak ha? Takut la tak best.. btw sorry klau ada part yg mcm hambar sikit. Tu mksudnya tak ada ilham la tu.

Hahahhahaha. Sorry.

Kita busy lately.  Awok jgn marah ae?? Kita syg awok awok sume! Opss! Terlepas..

Hahahhahaha♥

Btw, readers ni team mne?

#team QaiLyna
#team HansLyna
#team RizLyna.

Mana satu??♥♥♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now