Bab 3

155 9 0
                                    

Qairul dan rakan-rakannya berjalan menuju ke loker.

Wajah Qairul kelihatan kesal. Dia langsung tidak melihat kawannya yang berada disebelah malah fokus melihat tempat lain. Bengang!

"Ni kau punya pasal la! Ishh!! Geram betul aku." Qairul tiba-tiba bersuara.

Terhinjut bahu Ariff mendengar Qairul yang tiba-tiba sahaja bersuara memarahinya.

"Eh eh! Kita pulak kena. Dia yang curahkan air tu." Ariff mencebik.

Qairul malas bertekak. "Weh Qai. Kau kenal ke siapa awek tu? Aku tengok dia macam betul-betul marah kat kau. Asal?" Kata Firdaus

"Aku tak adalah kenal dia,but jumpa tu adalah." Katanya.

"Kat mana?" Mata Emir membesar melihat wajah Qairul.

"First tu kat restoren. Masa tu dia terlanggar aku. And then, pagi tadi. Aku tolak pintu kelas si Qarina tu, lepas tu aku tak perasaan lah pulak yang dia juga nak tarik pintu. So, marah la  dia." Qairul sempat menyimpan baju 'spare' nya ke dalam loker.

"Kau ni pun satu. Yang susah sangat nak minta maaf dah kenapa? Memang perangai macam tu? Tak ada hati ke?"Ariff menolak bahu Qairul kebelakang.

"Yang kau emosi pulak ni dah kenapa?" Berkerut dahi Emir.

Yeke emosi?

Qairul menggeleng-gelengkan kepalanya. Sabar je la dengan budak sorang ni!

Ariff tersengih-sengih memandang wajah Emir." Sorry bang." Ariff memegang bahu Qairul dengan mata yang berkedip-kedip.

Naik geli Qairul melihatnya.

_______________________________________

Salyna sedang duduk di bangku. Wajahnya cemberut. Dia masih geram dengan lelaki tadi.

Dia ingat dia tu siapa? Dah la kerek! Pikir muka tu hensem sangat la !

"Salyna!" Qarina dan Amieyra baru sahaja tiba di situ.
"Awak okey tak?" Amieyra menanya.

"Saya okay je. Sorry tau sebab saya awak berdua kena kejar saya sampai sini." Salyna melihat wajah kawannya satu persatu.

"Lajunya awak lari, naik semput saya ni. Dah macam atlet dunia awak lari. Macam niy!" Kata Qarina. Dia mengangkatkan ibu jarinya kepada Salyna.

Salyna hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Segan.

"By the way, Salyna saya nak minta maaf on behalf abang saya. Dia tu memang. Susah nak minta maaf. Berlagak sikit." Qarina tidak berapa suka dengan perangai abangnya.

Salyna terkejut. Biar betik?! Abang dia?? Seriously! Baru first day kat sini dah buat hal dengan abang kawan sendiri?

Salyna mengetuk kepalanya beberapa kali. Ahh!

"Sorry Qarina. "
"Sorry? Buat apa pulak? Bukan salah awak pun. Itu kan salah abang saya." Qarina hanya tersenyum ikhlas memandang Salyna.

"Actually. Budak lelaki tu bukan sebarang abang tau. Saya ni ha boleh je bila-bila masa marah dia." Kata Qarina.

"Tak baik tau macam tu. Dia still abang awak. Hormat." Walaupun Salyna agak marah dengan abang Qarina, dia tidak akan cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan adik-beradik itu.

"Okey la. Bukannya saya maki hamun dia. Just marah manja-manja je. Lagipun dia tu..." Qarina memandang wajah Amieyra bagi menyambung kata-katanya.

"Kembar si Qarina." Jelas Amieyra.

Kembar Qarina? Serious la!. The world is getting small! Biar betul!!Kebetulan apakah?? Migraine for a while.

Salyna hanya mengangguk tanpa mengungkapkan sebarang kata-kata.

______________________________________

Hari ini hari kedua untuk Salyna dan adiknya di universiti(UNIKL). Mereka berdua jalan beriringan. Lalu, tiba-tiba Adam ternampak seseorang yang dikenalinya. "Sis,you go first. I want to meet someone. Bye!" Adam terus meninggalkan Salyna sendirian disitu.

Tidak sempat Salyna menahan adiknya. 'Asyik kena tinggal je'

Adam menahan seorang perempuan. Rupanya perempuan itu ialah Afiqa. Perempuan yang dilanggarnya semalam.

Afiqa melihat lengannya yang dipegang oleh Adam. Jantung Afiqa berdegup dengan kencang.

"Sorry." Adam melepaskan tangan Afiqa. Baru sepatah Adam berbicara, Afiqa sudah seperti orang gila.

'Kenapa dengan aku ni?' Pelik dengan diri sendiri. Dadanya dipegang. Bukan main laju lagi hati ni!

"Eh. Okey tak ni?" Risau Adam melihat Afiqa. Takut tiba-tiba je si Afiqa ni kena heart attack.

Afiqa melarikan anak matanya. Tidak kuat memandang wajah Adam yang berada dihadapan.:).

"Oh. Awak. Ada apa nak jumpa saya ni?" Afiqa menanya. Dia cuba mengawal raut wajahnya.

"Actually,I want you to breakfast with me. Will you?" Adam tersenyum.
"Breakfast? Kenapa pula? Lagipun saya tak kenal awak". Ni la peluang nak tanya siapa nama mamat handsome yang ada depan muka ni.

"Just a breakfast. Lagipun saya kan terlanggar awak semalam. So, why not?"
"Hm, sorry for not introduce myself. Hy! Nama saya Zayyan Adam. Nice to meet you". Adam masih lagi menumpukan perhatiannya pada Afiqa.

Nama pun sedap. Macam tuannya.

"Sedapnya nama."
"Apa dia?" Kata-kata itu tersasul keluar dari mulut Afiqa, tetapi tidak didengari oleh Adam.

Adam mendekatkan telinganya pada wajah Afiqa. Pipi Afiqa automatik bertukar merah. Panas!.

"Nothing. Jom la." Afiqa menolak perlahan dada bidang Adam kebelakang." Okey"

*
*
*
*
*

Maafkan saya jika ada typo.

Okey tak part ni? Dah start nak suwit suwit ni!!!! Hahahhaha. Kalau rasa macam hambar sorry yee!!

Ayat tak berapa nak nice, but saya dah try untuk buat yang terbauk utk citer niy!! Kalau boleh, readers vote la ye!! Syg♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now