Bab 58

78 2 0
                                        

"Tangan dah okey tak?" Suara Qairul yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah mengejutkannya.

Wajah suaminya diperhati buat seketika.

"Kenapa tak jawab? Tak okey ae?" Qairul mulai risau apabila isterinya tidak menjawab pertanyaannya.

"Lyna okey jer. Dah tak sakit sangat." Ujar Salyna. Balutan yang dibalut kemas di tangannya dipegang.

"Oo. Bagus la kalau macam tu. Jom, abang hantar balik." Qairul berdiri dari tempat duduknya.

Jam tangan di tangannya dikerling. Tinggal 20 minit lagi kelasnya bakal bermula.

"Balik?Lyna ada kelas la kejap lagi. Tak payah la." Salyna menolak ajakan suaminya.

"No. Tak payah nak masuk kelas. Balik je terus. Lagipun abang ada ambilkan mc untuk Lyna.  Nah!" Kertas mc itu dihulurkan kepada isterinya.

Tergamam Salyna melihat isi mc itu.

"Lima hari?! Lamanya. Tangan ni tak adalah la sakit sangat. Tengok!"

Salyna menayangkan tangan kanannya kepada Qairul.
Balutan tangan isterinya agak besar, dari tapak tangan sehingga pergelangan tangannya.

Qairul menggeleng sendiri memandang isterinya.

"Dah tak payah nak banyak cakap. Sekarang ni kita balik. Abang jaga Lyna. Jom!"

Tanpa melengahkan masa Qairul terus menarik tangan kiri isteri bersamanya.

Rumah

Salyna melabuhkan punggungkan di atas katil. Segala barang dan begnya diletakkan di sofa panjang di hujung katil. Qairul meletakkan kunci keretanya di atas meja.

"Abang ambilkan makanan kat bawah ye? Lagipun tengah waktu lunch sekarang." Kata Qairul.

"Tak payah la. Lyna boleh turun sendiri. Tak perlu nak susahkan diri abang." Kata Salyna. Dia tersenyum kecil ke arah suaminya.

Entah mengapa wajah suaminya hari ini kelihatan bersinar. Benar-benar menarik perhatiannya.

"Kenapa tengok a.. abang macam.. ma..cam tu?" Tanya Qairul.  Tiba-tiba sahaja dia gagap.

Kepalanya digaru perlahan. Matanya pula melayang memandang tempat lain. Tidak tahan melihat wajah si Salyna yang cantik itu.

"Abang sayang nampak handsome hari ni." Selamba Salyna menjawab.

Dia tersenyum comel memandang encik suaminya.

Qairul menapak sedikit ke belakang. Risau melihat isterinya yang tiba-tiba sahaja memujinya.

"Mengada. Dah la, abang turun dulu nak minum air kejap."

Qairul yang baru sahaja ingin membuka langkah keluar daripada bilik telah ditahan dengan cepat oleh Salyna.

Erat benar Salyna menahan lengannya.

"Ada apa?" Tanya Qairul. Mata redup isterinya dipandang.

Salyna memberi isyarat supaya suaminya duduk dengan menepuk-nepuk ruangan kosong di depannya.

Qairul pun duduk seperti yang diminta oleh Salyna.

Melihatkan Salyna yang terdiam tidak bercakap, Qairul terus menegurnya.

"Salyna Amanda. Awak nak apa???"

"Lyna ada something nak cakap ngan abang senanye." Salyna mula memegang tangan Qairul.

"Ha, cakap la. Nak cakap apa?" Soal Qairul.

"Sebenarnya abang dah kenapa semalam? Tak nak balik rumah. Nak tidur rumah Ariff la. Lepas tu tadi, nak tak nak je layan Lyna.  Why? I have done something wrong? Tell me what's my fault. "

Mata Salyna memandang tepat ke dalam anak matanya.

Qairul diam tidak berkutik. Dia menunduk memandang lantai.

"Abang, cuba cakap. If we keep be silent like this, not talking to each others the problem will never end.  Abang nak ke kita macam ni selalu? Ha?"

Sekali lagi Qairul terdiam. Ada betulnya juga kata-kata isterinya itu. Dia mula mengeluh panjang.

Dia menganggukkan kepalanya terlebih dahulu.

"Fine. Actually,  semalam abang ada nampak Lyna dengan Hans. You guys were talking. Abang okey pasal tu. But, I'm not okay bila nampak Hans peluk Lyna. You are my wife! Abang betul-betul tak suka."

Akhirnya Qairul berkata jua.
Sebenarnya dia cemburu melihat isterinya bersama lelaki lain.  Bermesra-mesraan. Lagi-lagi lelaki itu pernah menjadi pesaing kuatnya.

Bukan Hans saja dia tidak suka. Mukhriz pun dia kurang gemar. Lelaki yang juga mengharapkan cinta dari sang isterinya.

Salyna ketawa kecil memandang suaminya. Ini tidak lain kes cemburu la .

"Why are you laughing?" Qairul hairan melihat isterinya.

"Oops, sorry sorry. Okay. Lyna rasa abang tak fokus tengok Lyna waktu tu."

"Maksudnya?"

"Hans bukan saja-saja nak peluk Lyna.  But he have to. Dia nak selamatkan Lyna sebab Lyna hampir nak kena langgar." Ujar Salyna.

Qairul menggaru pipinya buat seketika.

"Lyna hampir kena langgar? Yeke? So, okay tak? Ada luka kat mana-mana?" Dia memengang tangan isterinya dan menilik setiap inci anggota badan gadis yang berada di depannya.

"Tak ada luka pun."

"Jadi tu sebabnya dia peluk Lyna? "

"Yep. So, abang dah tahu kan? Jangan buruk sangka lagi tau. Lyna tak suka abang tak layan Lyna." Salyna memuncungkan bibirnya ke depan.

"Ok la. Lain kali jangan buat abang jealous lagi. Faham?" Qairul membesarkan biji matanya melihat Salyna.

"Ohhh jealous sebenarnya. Ingatkan apalah. Lain kali kalau jealous bagi tahu je Lyna. Lyna tak kesah. Janji, kita tak gaduh." Ujar Salyna. Dia tersenyum.

"Oke." Qairul mulai mengumtum senyuman buat isterinya.

"I love you Qairul Hakiem!"

"I love you more Salyna Amanda!"

Mereka berdua berpelukan sesama sendiri. Senyuman langsung tidak lekang dibibir mereka. Terasa lebih indah hari ini.

*
*
*
*
*

Readers ku! Bab 58 dah siap! Baca tauu. Jangan tak baca. Keep supporting me! Jgn sesekali lupa cerita ni.

Kalau ada bnyk typo sorry bnyk2. Saya ni memang kaki typo. Sorry ye!

Just like my story!  Vote♥

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang