Bab 68

74 1 0
                                        

"So how doc, I think I'm getting better. "

"But, not fully recover."

"Alah.." Salyna mengeluh.

Dia merasakan dia sudah begitu lama di hospital itu. Terasa sudah muak dia duduk di hospital itu. Dia tidak gemar duduk di hospital dalam waktu yang lama.

"Puan Salyna sabar je lah ye?" Doktarnya itu cuba memujuk.

Susah dapat patient yang tak sabar nak keluar dari hospital ni!

"Hm, when can I discharge? Tak sabar nak balik ni."Tanya Salyna lagi. Dia benar-benar mahu pulang.

"Maybe lusa. So that's means two more days you need to stay here." Jelas doktar itu.

Mulut Salyna sudah terbuka. Padahal yang sakitnya kepala dia tau! Bukannya kaki. Takkan la tak boleh nak balik. Aih!

"Biar betul doc! Yang sakitnya kepala saya tau. Bukannya kaki saya. By the way, luka kat dahi I ni dah okey dah. So, I think I no need to stay here any longer."

Dahi Salyna sudah berkerut. Inilah doktar. Risau sangat. Luka kecik je pun, dah kecoh.

"Puan Salyna. Dua hari je lagi. Sabar je. Pejam celik pejam celik dah dua hari. Saya kena pantau kesihatan puan lagi." Kata Doktar.

Mulut Salyna sudah muncung ke depan. Memprotes. Orang nak balik pun salah! Alahai doktar ni.

Walaupun dua hari lagi dia perlu tinggal di hospital,  dia merasakan seperti dua bulan di sini. Waktu berjalan sangat perlahan sepanjang dia disini.

Pintu biliknya dikuak oleh seseorang. Wajah suaminya dan Mukhriz yang dilihatnya ketika itu.

Salyna sudah menguntum senyuman. Encik suami dah sampai! Matanya beralih pada wajah Mukhriz yang tersenyum melihatnya.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ye." Doktar itu meminta diri untuk keluar daripada bilik.

Selepas sahaja doktar itu keluar daripada bilik, Qairul pun berjalan mendekati isterinya. Tangannya dihulurkan kepada Salyna.

Salyna memandangnya pelik. Apahal bagi tangan pula ni? Selepas beberapa saat baru dia teringat. Cik suami nak salam rupanya.

Tangan suaminya dicium kemas.

"Dah lupa ke nak salam suami?" Soal Qairul.

"Memory loss kejap. Hehehe." Salyna tersengih memandang suaminya.

Kepalanya yang tidak gatal itu di garu-garu. Macam manalah aku boleh lupa nak salam suami sendiri ni! Aduhh!

"Abang tak ada class ke?"

"Dah habis dah tadi, sebab tu la abang datang jenguk sayang ni."

"Ohh.. Mukhriz? Awak dari mana?"

Kini soalan diajukan kepada Mukhriz.  Mukhriz yang sibuk memerhatinya terkejut. Lekas-lekas dia memandang ke tempat lain buat seketika.

Huh! Nasib baik suami dia tak perasan aku pandang bini dia.

"Saya? Oh. Saya dari rumah. Mama saya keluar dengan kakak saya. Katanya nak ke Perak dua hari. Ada projek kat sana. Abang Muiz pula ada hal luar. Tinggal saya sorang kat rumah. So, saya datanglah jenguk awak." Jelas Mukhriz.

Tersenyum saja dia melihat wajah berseri Salyna itu. Walaupun wajah gadis itu kelihatan sedikit pucat, tetapi dia tetap kelihatan cantik.

Mungkin senyuman gadis itu yang menarik perhatian nya.

"Oh." Salyna sekadar mengangguk.

"Abang.." Salyna memegang lengan suaminya.

"Ye. Nak apa?" Soal Qairul. Tangan isterinya dipegang.

"Lyna nak borak kejap la dengan Mukhriz.  Boleh tak abang keluar kejap?"

Mata Mukhriz membesar. Salyna nak borak dengan aku? Nak cakap apa? Macam serius je bunyinya.

"Keluar? Abang tak boleh nak ada kat dalam ni ke?"

"Alaa.. kejap je. Bukannya lama Lyna nak borak dengan Mukhriz."  Kata Salyna.

Matanya tepat melihat anak mata Qairul yang berwarna hitam. Tenang saja melihat mata suaminya.

"Please abang." Salyna merayu.

"Okey. Tapi jangan lama-lama." Kata Qairul.

"Don't worry.  I won't take long."

Qairul mengangguk lalu berjalan keluar daripada bilik. Biarlah dia memberi privacy kepada isterinya dan Mukhriz untuk berbual.

Qairul memerhati isterinya berbual daripada luar. Apalah yang dibualkan oleh mereka itu sehingga dia tidak boleh ada bersama ketika mereka berbual.

Matanya langsung tidak lekang melihat si isteri. Dia mahu melihat isterinya. Dia mahu memastikan yang isterinya dalam keadaan yang baik saja.

Bahunya dicuit oleh seseorang. Terlihat wajah Adrea di situ.

"Hey babe!" Adrea menegurnya.

"Apa babe babe? You buat apa kat sini ha?" Tanya Qairul.

Dia melihat Adrea dari atas ke bawah. Ya tuhanku! Seksi nak mampus! Dengan bajunya yang bewarna hitam. Dari manalah perempuan ni datang?

Macam baru balik dari kelab malam pun ada.

"I nak ajak you keluar la. Jom lunch! " ajak Adrea.

"I dah makan la tadi. You pergi la sorang diri. I nak jaga wife I la." Qairul menolak pelawaan perempuan itu mentah-mentah.

Tidak mahu dia berkias-kias dengan perempuan itu.

"Ishh you ni. Bila I ajak you je mesti ada je alasan. Wife you tu memang suka mengongkong ae? Tengah sakit pun sibuk nak ngongkong suami. Tak padan dengan sakit!" Kata Adrea.

Qairul mulai berang. Bab-bab pasal memburukkan bini dia ni la dia tak suka.

"Diam! Boleh tak stop burukkan wife I." Kata Qairul. Matanya membesar melihat perempuan di depan.

Suaranya diperlahan. Dia tidak mahu orang lain mendengar perbualannnya dengan Adrea itu. Lagi-lagi isterinya. Dia tidak mahu ada salah faham di antara mereka.

"Apa? You fikir you bagus sangat ke? Dah la Ad. You pegi balik la. Tak payah nak buang masa kat sini." Qairul menghalau Adrea.

Langsung tiada belas kasihan diberikan kepada Adrea.

*
*
*
*
*
Hope anda semua suka la ye?? Jgn lpe utk vote! Bubye

Klau ada typo abaikan jee... x yh nk kisah sgt ae? Hahah

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang