"Akak!" Sergahan adiknya Adam membuatkan Salyna terkejut.
Bahunya terhinjut. Hampir sahaja dia mahu melatah. Wajah tidak bersalah adiknya itu ditenung lama. Matanya dikecilkan. Kalau ikutkan hati ada juga yang makan penyepak sekarang ni!
Salyna menumbuk pipi mulus adiknya dengan lembut.
"Adoi! Akak ni!" Adam mengelus pipinya sendiri. Pipinya merasakan dicakar oleh singa. Sakit.
Tumbuk tak kuat mana pun. Lembik!
Salyna menjeling adiknya."Kuat juga lah akak tumbuk." Kata Adam. Adam seakan-akan boleh membaca fikirannya. Pelik. Macam ahli nujum dah.
"Nak apa?" Salyna menghadap ke depan. Tangannya sudah disilangkan. Rambut yang berada di tepi diselak ke belakang telinganya.
"Qarina call just now. She said that she want you and Amieyra to join her dinner this night. "
"Dinner? Kenapa dia tak call akak je?" Tanya Salyna hairan.Adam menjengkitkan bahunya.
"Check your phone." Ujar Adam.
"Habis bateri rupanya." Telefon yang berada di tangan Salyna cuba ditekan beberapa kali tetapi tidak berfungsi. Hanya bulat kecil di atas telefon itu yang bertukar merah. Memang sah habis bateri.Kening Adam terangkat.
"Okeylah. Akak nak mandi dulu. Bye Adam!" Salyna melambaikan tangannya didepan muka adiknya.Adam yang sedang menumpukan perhatian pada telefonnya mula naik berang apabila tangan kakaknya itu mula mengganggu ketenteramannya. Kedengaran suara dari telefonnya yang mengatakan' Game Over '. Bibirnya sudah diketap.
"Akak!" Adam menjerit. Salyna telah pun membuka langkah seribunya menaiki tangga. Dengan sekelip mata dia sudah pun tiba di tingkat atas.
_______________________________________
Telefon berjenama 'Apple'nya dicas sehingga penuh. Selepas sahaja selesai memakai baju Salyna turun ke bawah. Kelibat nenek kesayangannya dicari. Tiada. Terasa sunyi rumah.
"Nanny?! Oh nanny?" Suara memecah kesunyian.
"Iye. Nanny ada kat dalam bilik ni." Neneknya menjawab.
Perangai Salyna memang begini. Malas mahu mencari, apa yang sering dibuatnya hanya mengeluarkan suara apabila mahu mencari seseorang.
Daun pintu neneknya diselak. Rupanya neneknya baru sahaja seusai solat isyak. Telekung berwarna putih masih lagi tersangkut pada badannya.
Mata mereka bertemu.Salyna memandang wajah tua neneknya itu. Masih tersenyum memandangnya. Manis dan tenang sahaja apabila dilihat.
"Lyna dah solat?" Soalan pertama yang diajukan oleh neneknya membuatkannya terkesima.
"Lyna tak boleh. Period." Kata Salyna. Perlahan sahaja suaranya. Hari ini merupakan hari ketiga dia datang bulan.
Sejujurnya sudah lama Salyna tidak mengerjakan rukun islamnya yang kedua iaitu solat 5 waktu. Sejak kematian kedua ibu bapanya di Australia, dia dan adiknya tinggal dengan mak ciknya iaitu aunty Sue.
Aunty Sue pula berwarga Australia. Jadi dia tidak tahu menahu tentang agama islam. Jadi dia ingat-ingat lupa sahaja tentang solat ini.
"Oh. Pakai cantik cantik ni nak pergi mana?" Tangan tua milik Puan Fatimah itu mengelus lembut pipi Salyna.
"Lyna nak keluar. Dinner dengan kawan. Nanny nak ikut?" Kini giliran Salyna pula mahu meramas-ramas tangan neneknya.
"Nanny? Nak ikut? Eh tak nak la. Penat kaki nanny ni. Malam ni nanny dinner dengan Ayyan je la." Neneknya menolak tawaran Salyna lembut.
"Ok la. Lyna pergi dulu." Salyna mencapai tangan neneknya itu. Lalu, dikucupnya tangan tua itu meminta izin keluar.
Senyumannya melebar.
_______________________________________
Mata Salyna meliar mencari sahabatnya. Kasutnya yang terasa longgar diketatkan semula. Mata Salyna tertacap pada tangan seseorang yang melambainya. Itu adalah Qarina.
Salyna berjalan pantas ke arah mereka. Tanpa Salyna sedari lantai yang dilalui dihadapannya itu licin.
Akibat ingin terlalu pantas Salyna hampir terjatuh tergelincir. Qarina yang berada tidak jauh dari situ sudah terkejut melihat Salyna yang sudah terjerit kecil.
Salyna yang merasakan pinggangnya dipegang oleh seseorang cepat-cepat membuka matanya.
Rupanya Firdaus sahabatnya Qairul.Tangan Firdaus yang melingkar dipinggang Salyna membuatkannya merasa tidak selesa.
Selepas sahaja keluar daripada tandas, Firdaus ternampak Salyna yang hampir terjatuh.
Laju sahaja tangannya mendapatkan Salyna."Thank you." Salyna melompat keluar dari dakapan Firdaus. Nasib baiklah tiada ramai pelanggan. Kalau tidak. Jatuh air mukanya. Firdaus hanya tersenyum meleret.
"Nasib aku ada tau." Kata Firdaus. Dia sudah bersilang tangan."Yela.. maseh bro! Jom!" Salyna menepuk-nepuk belakang badan Firdaus.
Mereka berjalan beriringan ke meja makan. Rupanya bukan hanya Qarina dan Amieyra disitu. Terlihat wajah Qairul, Ariff dan Emir yang sudah melambai-lambai ke arahnya.
"Korang pun ada?" Salyna menanya. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di hadapan Qairul.
"Mestilah ada. Orang dah ajak. Kenalah pergi." Mulut becok Ariff sudah bermula. Terangguk-angguk dia memandang Salyna.
Sikunya menolak lengan Qairul. Qairul pun memandang wajah Ariff dengan tanda tanya. Entah apa kawannya seorang ini mahu.
Matanya memberi isyarat kepada Salyna. Dia memberi isyarat supaya Qairul menegur Salyna. Qairul pun hanya mengangguk.
Baru sahaja mahu membuka mulut, adiknya Qarina sudah menyampuk.
"Salyna, kau datang sini naik apa?" Qarina menoleh ke arah Salyna yang duduk disebelahnya.
"Oh. Aku drive sendiri. Pak Amin balik kampung." Kata Salyna.
Diakibatkan Salyna sudah mendapat bekerja, dia telah mengambil lesen memandu semula. Katanya tidak mahu menyusahkan Pak Amin yang perlu berulang-alik menghantar dan mengambilnya.
"Oh."
"Salyna kau okey tak? Tadi aku dengar kau terjerit. Asal? Jatuh ke?Maklumlah, aku ni kan lambat sikit." Amieyra menggaru kepalanya yang tidak gatal."Apa?! Salyna jatuh? Bila? Salyna awak okey ke? Ada sakit kat mana-mana?" Qairul kelihatan terkejut. Rupanya dia tidak perasan Salyna sedikit lagi mahu jatuh. Ni kalau tak lain dan tak bukan main handphone lah namanya.
"Alahai, abang ni. Dia tak jatuh pun. Just sikit je lagi nak jatuh. Nasib budak Daus ni sempat tahan dia." Adiknya Qarina menjawab. Rajin betul menjawab.
Orang tanya Salyna. Dia pula yang sibuk nak jawab.
"Daus?" Mata Qairul mula bergerak ke arah Firdaus yang duduk hujung meja disebelahnya.
Matanya dikecilkan melihat wajah Firdaus. Kecil besar kecil besar je muka. Jealous pula pasal.
"Siap pegang pinggang bagai." Ariff sengaja membarakan api yang sedang marak. Mahu menghangatkan suasana, dia menunjukkan bagaimana Firdaus meranggul pinggang Salyna. Dia ketawa jahat melihat wajah bengang Qairul.
What? Pegang pinggang? Pinggang?!
Sekali lagi Qairul terkejut. Kini wajah Firdaus semakin pucat dan berpeluh-peluh melihat muka Qairul. Menyeramkan. Dari tadi mata Qairul tidak berkedip memandangnya. Firdaus merasakan dia bagaikan terkena panahan kilat yang kuat. Terketar-ketar kakinya.
"Daus? Kau okey ke? Macam tak sihat je?" Salyna mula hairan melihat wajah Firdaus yang tiba-tiba sahaja pucat.
*
*
*
*
*Hahaha.. Qairul jeles ke?? Ha? Tngok kwn dia pun mcm tu sekali ye?? Kecut perut si Firdaus tu
Penulisan sye ni .. hm...hm... thu2 je la ye.. mcm.. ehem... jeee kan?
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...