Bab 1

322 12 5
                                    


Pesawat MA12 bakal tiba tidak lama lagi. Suasana di Lapangan Terbang KLIA agak sibuk pada waktu ini. Pak Amin seorang pemandu kereta sedang menunggu seseorang di balai ketibaan. Matanya meliar melihat sekeliling tempat itu.
Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya pesawat MA12 telah selamat mendarat. Pak Amin tercari- cari seseorang yang ditungguinya. Matanya berkaca melihat orang yang ditunggunya.

"Cik!"

Pak Amin memanggil seorang remaja perempuan dalam lingkungan 20- an. Dia menoleh.

"Assalamualaikum Pak Amin" remaja itu tersenyum memandangnya.

Remaja itu kemudiannya mencapai tangan Pak Amin lalu diciumnya. Pak Amin tersenyum melihatnya.

"Waalaikumsalam, cik Salyna. Dah besar dah kamu. Macam mana kat Australia sana? Okey? Mana Adam?"

Salyna. Nama sebenarnya Salyna Amanda. Dia merupakan kakak kepada adiknya, Zayyan Adam. Mereka berdua dilahirkan di Australia. Ibunya warga Malaysia manakala bapanya orang Australia. Ketika Salyna berumur 5 tahun, keluarga Salyna membuat keputusan untuk menetap di Malaysia.

Setahun selepas itu, ibunya dikejutkan dengan berita tentang suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan di Australia. Waktu itu bapanya perlu ke Australia atas urusan kerja. Disebabkan kejadian tersebut keluarga Salyna terpaksa pulang semula ke Australia.

2 tahun selepas kejadian, ibu Salyna pula meninggal dunia akibat tekanan perasaan. Jadi Salyna dan adiknya terpaksa tinggal di Malaysia bersama mak ciknya. Dan baru sekarang, Salyna dan adiknya berkesempatan untuk pulang ke Malaysia.

"Besar macam ini je la. Australia? Everything's okay. Adam just went to the toilet. Just call me Salyna." kata Salyna.

Apabila dia berada di rumah, ramai yang memanggilnya Salyna. Jadi dia sudah terbiasa dipanggil Salyna.

Tersenyum Pak Amin apabila mendengar tutur kata anak buahnya.

"Baiklah, kalau macam itu kita tunggu je la Adam kat depan sana" ajak Pak Amin.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Adam tiba di hadapan mereka.

"Pak Amin!"

Adam berlari dan terus memeluknya.

"Ye. Dah, jom balik. Nenek kamu tengah tunggu kamu tu." Adam hanya mengganguk.

----------------------------------------------------------
Setelah 1 jam menempuh perjalanan dengan lampu isyarat, akhirnya mereka tiba di kawasan perumahan neneknya.

Mereka kelihatan tidak sabar ingin menemui 'nanny'nya. Sejurus sahaja tiba di perkarangan tempat letak kereta rumah milik neneknya, Salyna dan adiknya terus keluar dari perut kereta mendapatkan neneknya. Mereka berdua memeluk neneknya.

'' Ya Allah! Lyna! Ayyan! Dah besar dah kamu berdua'' kata neneknya, Puan Fatimah.

"Nanny, we really miss you! So how Malaysia? Everything's okay? Nanny sihat tak ni? Ada sakit kat mana mana?" bertubi-tubi soalan yang ditujukan kepada neneknya.

"I miss you too. Malaysia macam ni lah. Tak hilang. Nanny sihat je. Alhamdulillah.'' jawab neneknya.

"Mesti penat kan cucu -cucu nanny ni? Jom kita makan. Nanny dah masakan makanan favorite kamu berdua." senyuman neneknya tidak lekang dibibir sejak tadi.

"Yeah!Jom. I'm so hungry now"

Adam bermanja dengan neneknya. Salyna hanya menggelengkan kepalanya.

Pipi putih cucunya dicubit perlahan.

"Comel cucu nenek ni. Dah la, jom"

Di banglo mewah itu hanya didiami oleh neneknya bersama dua orang pembantu rumah. Kini dua orang cucunya sudah pulang, bertambah serilah rumah banglo itu. Pak Amin juga kekal menjadi pemandu kereta selama berpuluh tahunnya.

_______________________________________

Salyna sedang duduk sendirian di luar menghirup udara malam ditemani bulan yang cerah. Dia sedang memikirkan sesuatu. Lalu, Pak Amin datang lalu menegurnya.

"Cik Salyna buat apa kat luar ni? Kenapa tak masuk?"

Salyna tersedar dari lamunannya

"Oh ye Pak Amin. Erm saja je duduk luar ni ambil angin. Pak Amin ni, tak payah lah nak 'bercik-cik' bagai. Panggil Salyna je la. Kan dah cakap tadi.'' ujarnya.

"Ok lah." Pak Amin mengalah.

"Pak Amin masuk dulu ye''

Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Salyna mengangguk. Pak Amin sudah lama tinggal di banglo itu bersama neneknya sejak kejadian tentang kematian isterinya.

Salyna masih lagi mengelamun. Fikirannya sudah jauh entah ke mana.

______________________________________

Pagi-pagi lagi Salyna dan juga adiknya Adam sudah keluar dari rumah. Katanya mahu berjalan-jalan melihat suasana di Kl

"Adam jom breakfast dulu! Akak lapar ni." Salyna memegang perutnya yang sudah berkeroncong diminta untuk diisi

Salyna memang suka memanggil adiknya dengan gelaran "Adam" daripada "Ayyan". Baginya gelaran itu terlalu manja.

"Jom la. Lagipun Adam pun lapar."

Mereka pun jalan mencari restoran yang berdekatan. Ketika ingin memasuki restoran yang diingini, Salyna secara tidak sengaja terlanggar seorang pemuda.

"Alamak,sorry sorry. My mistake. Are you okay?" Salyna mula menggelabah. Bibirnya mula pucat. Takut apa-apa jadi

"Lain kali jalan tu elok la sikit. Orang jalan guna mata bukannya lutut!" Suaranya naik seoktaf.

Salyna terdiam dengan kata-kata pemuda itu.

"Excuse me? Saya dah cakap sorry kan? Kenapa nak marah sangat ni?" Salyna cuba menahan marah.

"Whatever la." Kata pemuda itu lalu meninggalkannya disitu.

"What wrong with him? Crazy jerk." Adiknya Adam mula bersuara. "Muka dah handsome? Boleh la. But manner? Ya ampun. Minta jauh la." Salyna ketawa sinis.

Malas mahu mengingati pemuda tadi mereka terus masuk ke dalam restoran.

______________________________________

Perkarangan rumah banglo di Taman Sentosa amat indah dengan pohon-pohon hijau yang subur. Di rumah bernombor No. 29.

"Rina,dah siap ke? Turun cepat. Breakfast." Puan Zara memanggil puterinya.

"Yes mommy! I'm coming." Qarina menuruni tangga dengan cepat dan terus mendapatkan ibunya

Matanya meliar.

"Abang mana?" Qarina menanya

Qarina. Atau nama panjangnya Qarina Hazlynda. Dia mempunyai seorang abang iaitu Qairul Hakiem. Abang kembarnya. Diakibatkan Qarina lambat keluar dalam perut ibunya 10 minit, automatik dialah yang menjadi adik.

"Pagi-pagi lagi dah keluar. Eh, dah la. Cepat makan ni. Dah lambat." Malas mahu melayan anaknya yang suka menanya

*
*
*
*
*
Maafkan saya jika ayat saya kurang memuaskan:)

Sila tinggalkan comment and don't forget to give a little star.

P/S: any typo sorry ye. Maklumlah masih budak sekolah. Penulisan pun tak ade la terer mane.

Part hambar, maaf yee

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Where stories live. Discover now