Qairul memandu dengan laju ketika itu. Keretanya memecut laju memotong kereta yang berada di hadapannya.
Dalam hati dia sudah susah hati dan risau. Dia memikirkan tentang Adrea gadis yang menelefon nya tadi.
Apabila dia menekan location yang diberi oleh Adrea tadi, dia terus terkejut. Location itu menunjukkan bahawa gadis itu berada di kelab malam.
Dia hairan. Apa yang gadis itu lakukan di situ? Sudahlah masih waktu siang!
Dia tidak menyangka bahawa gadis itu akan ke tempat terkutuk sebegitu. Inilah orang melayu, bila dah keluar daripada Malaysia terus lupa diri.
Ikut je semua rentak orang putih. Orang minum tu dia minum jugak. Orang makan benda haram makan juga. Aih!
Kelab
Setelah beberapa minit kemudian, akhirnya Qairul tiba di kelab itu. Susah benar mahu mencari tempat itu. Terpelosok!
Keretanya di parkir kan di tempat yang sesuai. Dia keluar daripada kereta dan mengamati kawasan sekitar itu seketika.
Dari luar, kelab itu kelihatan begitu seram! Dengan cat yang bewarna hitam.
Qairul berfikir dua kali. Patutkah dia masuk ke dalam kelab ini? Sudahlah ini kali pertama dia menjejakkan kaki di tempat sebegitu.
Seumur hidupnya, dia tidak pernah ke tempat begitu. Kerana dia ingat akan pesan ibunya yang jangan pernah sesekali pergi dan menjejakkan kaki ke tempat yang tidak elok.
Qairul hanya mengeluh. Nak tak nak, perlu jugak la dia masuk. Kalau tidak Adrea tidak akan keluar daripada situ.
Kakinya menapak masuk ke dalam kelab. Matanya mencari-cari gadis itu. Keadaan di dalam kelab itu sangat terkawal.
Maklum la masih siang. Kalau malam? Auzubillah!
Matanya mula tertacap pada gadis yang terbaring di sofa. Terlihat Adrea sedang tidur di situ. Ya allah perempuan ni! Berani pula dia tidur kat sini!
Pakaian dah la seksi!
Dia mendekatkan dirinya dengan gadis itu. Dia menghempaskan punggungnya di hujung tempat kosong dimana tempat Adrea baring.
Dia menggoyangkan bahu gadis itu.
"Adrea? Adrea. Bangun. Kenapa tidur kat sini?" Qairul menunggu respon daripada gadis itu.
Adrea tidak menjawab.
"Ad? Ad? Bangun." Qairul mencuba sekali lagi.
Adrea yang sedang tidur itu menggeliat. Matanya dipisat-pisat. Wajah Qairul yang terlihat di depan wajahnya itu membuatkan dirinya terus bangun.
Tangan lelaki itu dipegang.
"Qai." Panggilnya.
Qairul melepaskan tangannya daripada Adrea.
Hidungnya menangkap bau sesuatu. Dicari mana datangnya bau itu. Dia kenal bau itu. Wajah Adrea itu di pandang.
"Adrea you minum arak ae?" Qairul menyoal. Kening nya terangkat.
"Haa? Haah." Kata Adrea. Dihujung kata-katanya dia ketawa kecil.
Sah! Dah mabuk perempuan ni! Ya Allah, dia pikir apalah waktu dia minum arak ni?
Qairul meraup kasar wajahnya. Apa dah jadi dengan Adrea ni.
"Kenapa you sentuh benda haram tu ha? You sedar tak benda tu salah? Ni kalau mama you tahu ni, memang mati la you." Kata Qairul. Dia menoleh ke tempat lain.
Jika wajah itu dipandang lama, rasa geram je!
"Jangan la bagi tahu mama I. Please. I tak nak dia marah." Adrea dengan matanya yang sayup-sayup berkata.
"You dah tahu mama you akan marah you kalau minum benda tu, tapi kenapa masih nak minum? Hah? You pikir apa waktu tu?" Qairul marah.
"I frust! Tahu tak?I sakit hati. Why you must with that girl? Ha? I'm the one that should be with you. I love you more than she." Adrea menggoncangkan badan Qairul beberapa kali.
Qairul semakin rimas. Dia menepis tangan Adrea ketepi.
"Stop it Adrea! That girl have a name.And her name is Salyna. Dia wife I! I sayangkan dia. I love her! For your information, I langsung tak suka you. I just anggap you tu macam adik I sendiri. So please, stop cakap yang you ni suka I. Please move on." Kata Qairul.
Mata Qairul membulat besar.
"Kalau I tahu you nak cakap pasal benda ni, I takkan datang tau. Menyesal I!" Qairul menyambung kata-katanya tadi.
"Okay okay. I'm sorry. I nak you hantar I balik. I tak larat nak drive sendiri. Please." Adrea mengalah.
Kini, dia memujuk lelaki itu. Dia mahu lelaki itu menghantarnya pulang.
Qairul mendiamkan diri.
"Please Qairul. I tahu I salah sebab cakap macam tu kat you. But, please sent me back." Kata Adrea.
Qairul melihat Adrea atas ke bawah. Timbul rasa kesian dengan gadis itu. Sudahlah dia seorang diri di kelab.
Kalau ada apa-apa yang terjadi pada Adrea, pasti dia yang akan disalahkan.
Mata Qairul terhenti pada baju Adrea. Bajunya ketika itu terkoyak pada bahagian bahu di sebelah kanan. Bahu putih milik Adrea terdedah.
Qairul hairan. Bagaimanakah baju gadis itu terkoyak?
"Ad, kenapa dengan baju you ni? Sampai terkoyak bagai. "Wajah Adrea dipandang.
Adrea mengigit bibirnya.
"Hm..baju I terkena paku tadi. And then, tersangkut sebab tu lah terkoyak. "Adrea tersenyum senget.
Kepala nya dipegang.Rasa pening tadi kembali semula.
"You ni ada ada je lah. Lain kali jalan tu tengok la. Nah, pakai ni." Qairul menghulurkan jaketnya kepada Adrea.
Dia mahu Adrea memakai baju itu. Dia tidak mahu orang lain melihat Adrea yang pakaiannya sudah terkoyak itu.
Adrea dengan lambat-lambatnya memakai baju jaket itu. Setelah selesai memakai baju itu,dia mengajak Qairul untuk pulang.
"Qai, jom balik. Hantarkan I." Kata Adrea.
Qairul sekadar mengangguk. Qairul pun bangun daripada tempat duduk dan membantu Adrea untuk bangun.
Disebabkan Adrea masih lagi dalam keadaan mamai, Qairul pun sanggup memapah lengan Adrea.
*
*
*
*
*Gais gais gais!! Siap utk bab ni! Hope you gais still support me!
Jangan lupa vote!
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
DragosteTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...