Bab 33

54 4 0
                                        

Qairul duduk di bangku luar rumahnya sendirian. Telefon ditangan ditatap dengan fokus. Tangannya laju menekan app 'Instagram'.

Ig Salyna di stalk nya. Cantik sahaja gambar yang dihantarnya semalam. Comel. Ditulis caption pula 'Annoying face.'. Aish! Annoying apa nye? Buat orang angau ada la.

Di scroll nya ke bawah. Banyak juga gambar yang dihantar. Setelah di 'like' nya semua gambar, mata tertacap pada bio yang di tulis pada ig Salyna.

'Only loving you'
'One and only my love'

Seperti petir menyambar tiba-tiba. Hujan lebat melanda dalam hatinya. Wajahnya mula masam. Mula termenung sekali lagi.

Kenapa la susah sangat aku nak lupakan Salyna ni?? Dia dah ada boyfriend ok? Banyak lagi perempuan dalam dunia ni! B***h la kau ni Qairul!

Dia memarahi dirinya sendiri dalam hati.

"Pon! Pon!"

Terdengar bunyi hon kereta yang ditekan oleh seseorang. Mata Qairul melirik ke arah kereta putih besar di luar rumah.

Terlihat seorang perempuan yang anggun keluar dari kereta. Pakaiannya. Takut betul nak pandang. Seksi betul. Menjolok mata!

Baju yang dipakainya sudah la berwarna merah pekat. Skirt pula dipakai paras lutut. Kasut dia. Tumit tinggi! Macam 5 inci! Seksi betul la perempuan ni.

Tak lain dan tak bukan siapa lagi jika bukan gadis bernama Adrea Natasha. Rambut yang panjang itu menampakkan lagi sisi elegannya. Bibirnya berwarna merah saga. Bagi menyamakan warna baju dan gincu.

Pagar besar rumah Qairul automatik terbuka. Mesti adiknya la tu yang buka pagar. Nak tak nak kena la juga dia layan si Adrea tu. Kalau tidak? Bernanah la dengar ibu dan adiknya membebel.

"Qai!!" Suara Adrea kedengaran gembira melihat nya.

Dengan langkah yang kecil, Adrea berlari ke arah Qairul.

Dengan lantas, dia terus memeluk erat Qairul. Tidak kisah langsung jika Qairul itu bukan mahram nya. Terkejut juga la Qairul dengan pelukan itu.

Kena juga la dia membalas pelukan Adrea. Tetapi tidak la berlebihan. Takkan la nak kena tolak si Adrea tu. Sebab peluk dia. Kang tak silap-silap dia juga kena marah.

"Hai." Qairul menyapa selepas sahaja meleraikan pelukan.

Kekok pula rasanya. Iya la sudah 5 tahun tidak juga. Mana tidak kekok nya.

"Hai. I really miss you! You know? Oh my god. You know what? I felt like 100 years I didn't see you. You look different." Ujar Adrea. Senyuman tidak lekang dibibir.

"Apa yang lain nya? I sama je. Still Qairul Hakiem." Jawab Qairul.

"Ok. By the way. Sorry sangat-sangat sebab I tak bagi tahu you yang I dah balik. Actually I dah balik bulan lepas. Tapi lupa nak bagi tahu you, sebab I busy. Busy sangat-sangat. I kena jumpa kawan-kawan I katanya rindu sangat. Tu la lupa pasak you kejap. Sorry tau. Mesti you rindu kat I kan?" Tanya Adrea.

Bluekk! Rasa nak muntah. Siapa tah tanya dia? Dah la cakap banyak. Penat betul nak dengar citer dia tu. Apa? Aku rindu dia? Mimpi kot.

Sempat juga Qairul bermonolog dalam hati.

"Hm.. Qarina cakap you nak keluar dengar I?" Lekas-lekas Qairul menukar topik. Malas mahu menjawab pertanyaan yang terlalu KBAT itu.

"Oh ya. Baru I ingat. Thank for remind me."

"Actually I nak pergi shopping dengan you. Boleh kan? Please?" Adrea membuat muka comel. Matanya dikedipkan beberapa kali.

Kalau dia lawan Salyna, maybe Salyna lagi win kot. Haha!

"Ok."

"So, let's go! " Adrea memaut lengan sasa milik Qairul. Ditariknya ke depan kereta.

"So, which car?" Soal Adrea? Wajahnya memandang wajah Qairul dengan pandangan yang gembira.

_______________________________________

Qairul berjalan beriringan dengan Adrea di pusat beli-belah. Matanya melihat ramai orang yang berpusu-pusu berjalan di situ. Biasa la. Hari hujung minggu ni, pusat beli-belah mana je yang tak penuh?

Qairul mula rimas melihat Adrea yang tidak henti memegang tangannya. Rasa macam nak tumbuk je.. aish!

Adrea pula tidak henti tersenyum apabila memegang tangannya. Aduhai!

"Ala, Qai biar la I pegang tangan you. You ni!" Adrea pula yang rasa ingin marah. Qairul tidak henti-henti ingin mencuba mengalihkan tangannya daripada Adrea.

"Orang lain tengok la Adrea. Malu la sikit." Kata Qairul. Matanya dapat mengesan ada mata-mata yang memerhatikan nya.

"Biar la." Kini lengan milik Qairul dipegang lebih erat agar dia tidak lagi meloloskan tangannya daripada Adrea.

Qairul mengalah.

"Jom kita beli baju kat situ." Adrea menarik tangan Qairul dengan kuat sehingga membuatkannya terdorong ke depan.

Badan Qairul tiba-tiba berhenti. Jantungnya seakan berhenti berdetak. Terlihat gadis yang amat disukainya sedang berdiri di sebelah seorang lelaki.

Salyna.

Ya, Salyna sedang keluar bersama Azzam. Terasa terus luluh hatinya.

"Eh, Qairul! Hai! Awak buat apa kat sini?" Salyna dapat menangkap wajah Qairul yang tidak jauh darinya yang sedang berdiri diam tidak berkutik.

Kakinya berjalan mara ke arah Qairul. Kini jantung Qairul tidak menentu. Entah mengapa dia merasakan Salyna ketika itu sungguh cantik.

Mulut Qairul masih lagi terkunci rapat. Satu patah perkataan langsung tidak terkeluar dari mulutnya. Adrea oula hilang entah ke mana. Mungkin sudah sibuk mencari baju di dalam sana.

"Hello Qairul? Awak okeu tak ni? Saya tanya. Awak buat apa kat sini? Ha, pergi dengan siapa? Qarina?"soal Salyna ingin tahu. Matanya mencari-cari.

"Hm.. hai. Saya jalan-jalan je dekat sini. Oh, saya pergi dengan kawan saya." Jawab Qairul. Digigitnya bibir manisnya itu.

"Kawan? Mana? Ariff and the geng ke?" Soal Salyna lagi.

"Hm...

"Qai!"

Alamak! Masa-masa ni la si Adrea muncul. Mampus gini. Adrea jalan tergedik-gedik ke arah Qairul. Mata Salyna melirik ke arah Adrea yang sedang berjalan ke arah Qairul.

*
*
*
*

Hey  guys! Long time not see♡ readers sihat tak?? Okey ke baca all bab ni? Kalau rasa hambar sorry tau... sye tak thu nak buat apa.

Btw sorry lmbt update

KISAH ANTARA KITA (HIATUS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang