"You guys nak makan ape?" Soal Adrea dengan hati yang berbunga-bunga. Mana tidak nya, sudah lama tidak makan makanan jepun.
Mata Qairul yang ditadinya terarah ke arah Adrea terus beralih ke wajah Salyna yang sedang duduk di hadapan wajahnya.
Qairul dapat menangkap kerutan dahi yang ada pada dahi Salyna. Dia sendiri pelik melihat Salyna. Mahu tanya lebih-lebih, takut Azzam pula yang tidak suka.
"You nak apa sayang? Makan ni nak?" Soal Azzam dengan penuh kasih sayang. Lembut sahaja intonasi suaranya.
Azzam menundingkan jarinya pada menu makanan yang diberi oleh seorang pelayan wanita. Qairul hanya melihat kedua-dua pasangan cinta yang manis lagi comel itu dengan senyuman kecil.
"Boleh la. You share dengan I boleh? Takut tak habis nanti." Kata Salyna.
"Boleh jer." Dengan senyuman yang meleret ke tepi Azzam memandangnya.
"Tu jer? Qai? You nak apa?" Soal Adrea.
"Up to you. I don't mind." Jawab Qairul acuh tak acuh.
Selepas sahaja selesai memesan makanan, suasana sepi kini kembali. Seakan-akan tiada apa yang berlaku. Adrea pula, tidak henti memberi jelingan maut pada Salyna.
Entah apa yang membuatkan Adrea menjeling nya pun dia tidak tahu. Mungkin kerana Qairul dari tadi curi-curi melihat Salyna.
Bukannya Salyna tidak perasan yang Qairul curi-curi melihatnya. Berani pula tu.
Setelah beberapa puluh minit, akhirnya makanan jepun sudahpun tersedia di atas meja. Mulut Salyna sedikit ternganga melihatkan makanan yang tersedia di atas meja.
Banyak betul. Kira-kira 7 hingga 8 menu makanan yang berlainan yang tersedia. Siapa nak makan semua ni?
"Banyak nya. Siapa yang order banyak sangat ni?" Qairul juga pelik.
"I la. Lapar tahu tak? Dah la I dah lama tak makan japan food, ni la waktunya I nak makan. Kalau I tak habis, you and both of you kan boleh habiskan sekali?" Kata Adrea selamba.
Mereka tergamam
Selepas Azzam menadah tangan membaca bagi doa, Salyna pun men gaminkan doa tersebut.
Sebelum makan, sempat lagi Salyna melihat makanan di hadapan mukanya. Takut pula mahu makan.
"Lyna. Okay? You tak nak?" Soal Azzam dengan penuh kerisauan. Jenuh juga Salyna mendengarnya. Risau benar Azzam akan tentangnya.
Dalam hati, suka juga ada yang caring, dan ambil tahu tentangnya.
"Tak nak apa pula. Makanan dah ada depan mata. Takkan la tak makan membazir je. It's okay. I okay je."
Dengan lafaz bismillah, Salyna lantas menyumbatkan makanan tersebut ke dalam mulut nya. Nak tak nak kena juga ditelannya. Rezeki.
Dikerahnya juga makanan jepun itu supaya ditelan dengan lumat di dalam mulut.
Tangan Azzam menyapa di bahu Salyna.
"You okay?"
"I'm good. Makanlah. Nah."
Salyna menghulurkan gulungan makanan jepun kepada Azzam. Qairul yang duduk di depan mata sudah lari melarikan pandangannya ke tempat lain.
Tidak sanggup adegan romantis itu diperhatikan. Boleh panas hatinya lagi nanti.
"Salyna ni makan la lagi. Banyak ni. Nah. Sedap tau." Ujar Qairul dengan senyuman yang berbunga - bunga. Adrea pula memberi sekadar memberi riak wajah tidak puas hati kepada Salyna.
"It's okay la. Awak makan la. Saya tak kesah. Makan benda ni pun, dah kenyang." Kata Salyna.
"Ala... sikit je. Sedap tau." Qairul masih mahu memujuk Salyna.
"Tak pe. I'm full already. Makan je la." Sedaya upaya Salyna ingin menolak.
"Please." Kali ini Qairul memberi muka seposen.
Azzam yang duduk di sebelah Salyna hanya mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur dalam perbualan yang tidak kena mengena dengannya.
"Makan jela.. susah sangat ke? Bukannya kena bayar pun. Lagipun kan Qai yang belanja. Susah betul la." Sempat pula si Adrea itu menyakitkan hati orang.
Mata terarah pada makanan, mulut pula sempat je...
Salyna pasrah. Dia harus makan juga. Makanan yang dihulurkan okeh Qairul ditenung seketika. Sayang benar jika tidak dia makan. Membazir je.
_______________________________________
Selepas sahaja selesai membayar bil makanan yang dimakan, mereka berempat pun berjalan di dalam mall bagi melihat jika ada sale pada hari ini.
Salyna memegang perut nya yang tiba-tiba sahaja meragam. Mula-mula berasa sikit sahaja sakitnya. Kini perut nya terasa semakin memulas.
Kakinya tidak lagi dapat mengimbangkan badan. Dia sedikit lagi terjatuh, tetapi sempat mengimbangkan dirinya pada dinding.
"Lyna. Sayang. Kenapa ni? You okay tak??" Kini Azzam mula risau dengan keadaan Salyna. Salyna yang terhuyung-hayang itu dipegang kemas. Takut-takut jika Salyna terjatuh.
Muka Salyna mula pucat. Bibirnya yang tadi berwarna merah mula sikit-sikit bertukar warna menjadi putih. Qairul dan Adrea turut berhenti.
Qairul menjadi hilang kata melihat Salyna. Risau. Entah kenapa tiba-tiba sahaja Salyna berasa sakit. Tanpa menghiraukan Azzam yang berada di sebelah Salyna, Qairul terus berdiri betul-betul di sebelah Salyna.
"Salyna. Awak okey? Kenapa ni?" Tanpa Qairul sedari tangannya mula naik memegang bahu Salyna. Tangannya sedikit terketar-ketar.
"Masalah betul la." Adrea tiba-tiba berang. Masa nak pergi shopping ni la ada je benda jadi. Geram!
"You boleh sabar tak Ad?!" Suara Qairul sedikit meninggi. Geram benar melihat perempuan sorang ni.
Adrea buat tidak tahu. Malah sempat menjeling ke arah Qairul. Tangannya disilangkan ke depan. Bukannya mahu menghulurkan bantuan malah sibuk bermain telefon.
*
*
*
*
Good mood! Sye buat double hri niy!!! Yeh..Ni ha.. aduh.. adrea ni kacau daun laaa. Tak suka betul.. gedik nak mampus.. ahahahah <》
Hamik kau.. kan da kene marah ngn Qairul.. qjabshahhashhw

ANDA SEDANG MEMBACA
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...