Kereta yang dipandu oleh Pak Amin sudahpun tiba di destinasi yang ditujui. Keretanya itu diparkirkan di tempat letak kereta berhadapan sebuah hotel.
Salyna masih lagi ralit bermain telefon sehingga tidak sedar bahawa dia sudah sampai. Dia tersenyum-senyum sendirian memandang telefon.
Pak Amin menoleh memandang Salyna. Matanya memerhati Salyna yang sedang mengukir senyuman. Manis sungguh senyuman itu. Seperti empunyanya.
"Ehem." Pak Amin memegang tekaknya. Sengaja dikuatkan suaranya agar Salyna yang dibelakang dapat mendengar.
Salyna dengan pantas mengangkat wajahnya.
"Dah sampai? La,kenapa tak bagi tahu? " Salyna segera menyimpan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan. Diperiksa juga beg tangannya jika ada yang tertinggal.
"Pak Amin tengok senyum semacam je? Ada apa? Chat dengan boy-friend ke?" Perkataan boyfriend itu sengaja ditekankan. Sudah lama tidak mengusik Salyna.
"Tak adalah. Mana ada. Lyna hantar mesej kat kawan je." Senyum terukir dibibirnya.
Amieyra menghantar mesej kepada Salyna tentang seorang lelaki yang dijumpainya tadi.
'Weh kau tahu tak? Tadi aku jumpa seorang mamat selenga ni.'
'Siapa siapa? 'Salyna ingin tahu.
'Aku tak tahu apa nama dia. But aku geram gila dengan dia!'
'Kenapa pulak? Dia ada buat salah ke?' Salyna menanya lagi.
'Mestilah ada buat salah! Kau tahu tak dia boleh marah aku sebab terpijak kaki dia? Padahal dia tu ha yang pijak kaki aku. Apa lagi? Marah lah aku.'
Membaca mesej itu membuatkan Salyna tersenyum. Dia mula membayangkan bagaimanakah reaksi lelaki itu apabila melihat Amieyra memarahinya. Mesti garang macam nenek.
Alahai kawan aku sorang ni. Benda kecil pun nak marah. Salyna ketawa kecil.
'And then?' Rasa ingin tahu meningkat. Agak seru citer ni.
'Aku marah la dia. Abis orang kiri kanan tengok. Malu wei! Yang buat aku marah lagi, boleh pula dia panggil aku gila! Naik darah la kawan!. Tiberrr je dia tu!'
Marah benar si Amieyra ni.
'Dah lah kening dia tu asyik nak terangkat je bila bercakap. Geram berul aku tengok. Dah la kening tebal. Macam rumpai laut aku tengok. Nasib baik lah masa tu aku dah kenyang. Kalau tak, memang hilanglah dia punya kening...'
Lawak betullah dia ni! Salyna tersenyum. Sempat ada emoji ketawa lagi.
"Salyna?" Panggilan Pak Amin mematikan lamunannya.
"Oh. Okey la Pak Amin. Salyna pergi dulu. Cakap kat nanny. Salyna balik lambat sikit." Pesan Salyna kepada Pak Amin.
Pintu kereta dibuka. Dia pun melangkah keluar dari perut kereta meninggalkan Pak Amin disitu.
______________________________________
Tangan Qarina ligat mengelap meja bernombor 4 itu. Meja itu dilap sehingga berkilat.
Kalau duduk rumah kan best tak perlu duk buat kerja semua ni. Malas betullah! Nak duit punya pasal kenalah cari duit. Nak harapkan mommy? Tak adanya nak bagi kita ni duit. Suruh cari duit sendiri adalah.
Muncung sahaja bibirnya.
Qarina melihat kelibat seseorang yang dikenalinya di pintu masuk. Dengan pantas Qarina berlari mendapatkannya. Kain lap meja itu ditinggalkan begitu sahaja.
"Salyna! Datang pun kau. Ingat tak datang. Aku lonely tau kat sini." Qarina memegang lengan Salyna.
Lengan Salyna dicuit manja oleh Qarina. Matanya sengaja dibesar-besarkan. Minta perhatian lah tu
"Mestilah datang. Promise is promise. Lonely? Alololo...Tecian dia ye? Ni kita dah datang." Salyna memicit pipi Qarina yang gebu itu dengan lembut. Gebu betullah! Geram!
"So, mana bos kau? Kata nak interview aku. Dah ready ni." Salyna menunjukkan fail ditangannya.
Selepas sahaja mendapat tahu bahawa Qarina sudah mengesyorkan kerja ini kepada Salyna, dia begitu gembira. Tetapi agak gentar. Maklumlah pertama kali bekerja. Takut jumpa bos garang!
Sudah hampir setahun Qarina bekerja di cafe MuRis ini. Kerja disini amat menyeronokkan. Semua pekerja di sini ramah tamah, tiada sorang pun yang sombong. Senang dibuat kawan. Tidaklah sering keseorangan. Itulah yang membuatkan Qarina suka bekerja disitu.
"Tak perlu nak interview bagai. Terus je masuk kerja. Manager aku kata bos aku tu kenal kau so, dia kata kau boleh je terus kerja kat sini. No need nak interview. Buang masa." Selamba Qarina berbicara.
"Seriously? Bos kau kenal aku? Since when? Tak tahu pun. Ape nama dia?" Hairan juga dengan sikap bos Qarina ini.
"Kau ingat aku kenal dia? Sekali pun tak pernah jumpa tau." Matanya dibesarkan.
"Tak pernah jumpa?" Berkerut dahi Salyna.
Bos apa dia ni? Tak pernah jenguk pekerja ke apa? Macam mana dia boleh kenal aku? Sedangkan Qarina pun belum pernah jumpa dia.
"Haah. Eh biarlah. Tu namanya rezeki. Tak perlu nak interview. Masuk je terus kerja. Kan senang tu. Dah la aku nak sambung kerja dulu. Baju kau ade kat belakang." Kata Qarina. Dia mula melangkah ke meja bernombor 4 tadi.
Salyna mengekorinya dari belakang.
Betul jugak tu . Rezeki ni. Dalam sehari terus dapat kerja. Tak perlu nak pergi interview bagai.
Salyna menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tidak baik buruk sangka dengan seseorang yang kita tidak kenal.
"Okey. Aku tukar baju dulu tau." Salyna berjalan ke ruang belakang cafe tersebut. Baju yang tersangkut rapi di tepi dinding itu diambil.
Today is the first day my work at Cafe MuRis!
_______________________________________
Hari pertama di cafe MuRis ini agak memenatkan. Terdapat ramai pelanggan yang berpusu-pusu masuk ke dalam cafe ini. Laku juga. Gembira hati Salyna melihat pelanggan yang menikmati air dan makanan mereka.
Salyna berehat sebentar di belakang. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.Betis belakangnya itu ditumbuk-tumbuk untuk menghilangkan rasa sakit.
"Salyna!" Sergahan Qarina membuatkan Salyna terkejut.
Bahunya terhinjut. Dia memandang wajah Qarina yang tidak bersalah itu.
Dadanya diurut.
"Qarina! Terkejut aku tau. Ada apa ni?" Tanya Salyna matanya sempat meliar melihat kaunter. Hanya Kak Murni sahaja yang ada disitu.
"SORRY." Qarina mendekatkan kedua-dua belah tangannya meminta maaf.
"Ni ha. Ada orang bagi kau." Qarina menghulurkan sepucuk surat yang dilipat dua berwarna putih.
Salyna mengambil surat itu daripada Qarina. Surat bertukar tangan.
"Aku jaga kaunter dengan Kak Murni dulu." Qarina sudah berjalan ke kaunter untuk menemani Kak Murni yang keseorangan.
Salyna membelek surat tersebut. Tiada nama pengirim.
Dia pun membuka surat yang dilipat dua itu. Matanya membesar.
*
*
*
*
*
*Bab 11 ni rasa mcm boring sikit. Hambar nak mampuq!! Hahaha
Salyna pegi keje dulu tau.. tak boleh la asyik2 belajar je kn?? Msti la kene ada cuti sem♥
Any typo sorry.. sbb sye ni mmg kaki typo..
![](https://img.wattpad.com/cover/161501221-288-k83218.jpg)
YOU ARE READING
KISAH ANTARA KITA (HIATUS)
RomanceTajuk:Kisah Antara Kita Penulis:Nur Syazwana Izaty♥ Salyna menunggu kehadiran jantung hatinya. Dia hilang tanpa khabar. Setibanya di Malaysia,dia mendapat kebahagiaan baharu bersama neneknya. Sampailah dia menjumpai lelaki yang bernama Qairul yang...