Chapter 4 : Question Without The Answer

1.6K 165 5
                                    


BOOMM!!

Meja hancur dan retak sebaik Igdes menghentak,dia mengetap gigi dan kemarahannya memuncak. Aena hanya mendiamkan diri,dia tidak mahu menabur garam di luka.

"Siapa manusia tu? Berani dia mencabar dewa?" soal Igdes mengetap gigi.

"Bertenang Igdes.. Jangan terlalu marah.." kata Aena.

"Selagi Pheara belum mati,aku tidak akan bertenang.." jelas Igdes.

"Aku fikir manusia sahaja.. Rupanya dewa pun ada perasaan cinta dengan sakit hati..?" soal Aena sinis dan Igdes menjeling ke arahnya.

"Kau ingin cari nahas Aena?" soal Igdes mengetap gigi.

"Bertenang Goddes of Extermination.. Aku tiada masa nak berkelahi dengan kau.." ujar Aena.

"Aku nasihatkan kau,uruskan masalah kita.. Jangan semak hal aku.." ujar Igdes dan Aena mengangkat bahu kemudian beredar.

Aena beredar meninggalkan Igdes yang merungut sendirian,Aena menggenggam penumbuknya dan satu kawasan jalannya dihalang. Seorang wanita berpakaian zirah lengkap,merenungnya.

"Boleh saya bantu? Elene The Valkryie.." ujar Aena tersenyum,wanita itu terus mencekak baju Aena.

"Buang senyum palsu kau tu,di mana Pheara?!" soal wanita dipanggil Elene oleh Aena.

"Apa maksud awak? Saya tak faham?" Aena berdusta.

"Sebelum aku benam kau,baik kau hentikan lakonan kau.." ugut Elene.

Aena mendiamkan diri kemudian tidak lama reaksi dia berubah,senyuman sinis terukir dan Elene terkejut serta menahan geram.

"Awak seorang yang tajam perhatian ye?" soal Aena.

"Kau tunjuk pun muka sebenar kau.. Jika Maharaja tahu hal ini,kau tidak akan selamat.." ujar Elene.

"Jika ada bukti.." kata Aena dan Elene mengetap gigi.

"Simpan tenaga awak untuk marah... Kamu tidak akan dapat buktikan.." ujar Aena tersenyum sinis.

Elene merenung Aena tajam dan terasa ingin menoreh mukanya,Aena beredar berjalan melepasi Elene. Mulut Elene tertutup rapat,tetapi mula berbicara semula.

"Aku akan pastikan kau dihukum.. Tunggu dah lihat..." kata Elene dan Aena hanya mendiamkan diri.

Elene beredar meninggalkan dewi tersebut,menahan geram dan amarahnya. Sampai satu tempat dia mengibaskan sayapnya,lantas dia terbang turun keluar dari Kayangan.

"I'll find you Pheara!!"

Sanzo membetulkan bahagian dojo yang rosak akibat campakan makhluk air tadi,dia menukul paku kemudian mengukur keadaan yang ditukul. Memastikan supaya tidak lari,mengelakkan kurang kesempurnaan. Pheara muncul berjalan dalam keadaan lemah,tindakan makhluk air itu membuatkan dia kelemasan.

"Sepatutnya kau berehat..." ujar Sanzo menyimpan alat tukang pada peti simpanan.

"Saya nak minta maaf..." Pheara berkata dengan tiba-tiba,Sanzo sedikit terkejut dan memerhatikan Pheara.

"Jika saya mampu sembuh dengan cepat,sudah pasti awak tidak perlu terlibat.." kata Pheara terasa bersalah.

Sanzo hanya memandang Pheara yang menundukkan kepala,dia menghela nafas pendek kemudian beredar tanpa memberi respon. Pheara tidak faham kenapa Sanzo tidak berkata apa-apa,Sanzo menyimpan peti tersebut pada tempat asalnya.

"Kau dah mandi? Sekejap bagi aku siapkan air panas.." ujar Sanzo dan beredar,Pheara terkedu hilang kata-kata.

Sanzo membakar kayu pada tempat pembakar,dia hanya memerhatikan kayu itu dibakar. Tempat pembakar itu untuk memanaskan air mandian,Sanzo kemudian duduk di bangku kecil. Pheara menghampiri Sanzo dengan muka bersalah,Sanzo yang memerhatikan dewi itu hanya tersenyum.

"Aku dah kata bukan..? Aku akan lindungi kau sepanjang berada di sini?" soal Sanzo.

"Tapi seorang manusia masuk campur hal dewa dewi.." Pheara berkata dengan nada perlahan.

"PHEARA..!" Sanzo meninggikan sedikit nada suara,Pheara terdiam.

"Aku manusia.. Immortal.. Bagaimana teruknya kecederaan,aku mampu sembuh dengan cepat.." jelas Sanzo.

Pheara dan Sanzo berbalas tenungan mata,agak lama dan Pheara tersenyum mengalirkan air mata lalu Sanzo kehairanan. Pheara hanya mengesat air mata,dia memandang tepat ke dalam anak mata Sanzo.

"Terima kasih Sanzo..." ujar Pheara.

Sanzo mengangguk sambil tersenyum,gadis dewi itu segera beredar meninggalkan Sanzo sendirian. Tidak lama kedengaran bunyi air berkocak,tanda Pheara memasuki kolah mandian.

"Segarnya..." kata Pheara menggeliat.

"Kau selesa?" soal Sanzo.

"Ya.. Amat selesa.." ujar Pheara pula.

"Gembira mendengarnya..." Sanzo berkata sambil tersenyum.

"Awak tahu Sanzo.." Pheara memulakan perbualan.

"Ya?" soal Sanzo memandang unggun api dalam tempat pembakar kayu itu.

"Awak manusia kedua saya berjumpa sanggup membantu saya.." jelas Pheara.

"Kedua ya.. Siapa yang pertama?" soal Sanzo pula.

"Saya tidak ingat.." jelas Pheara dan Sanzo tidak memberi reaksi,dia hanya diam tidak bersuara.

"Sanzo?" soal Pheara tidak mendengar suara Sanzo.

"Teruskan,aku mendengar.." jelas Sanzo sambil memasukkan sebatang kayu ke dalam api.

"Saya tidak tahu kenapa.. Saya macam melihat dia dalam diri awak.." kata Pheara dan Sanzo tersentak.

"Jangan bergurau,manusia immortal juga ke?" soal Sanzo.

"Tidak pasti.. Kerana kami berdua berpisah selepas itu.." kata Pheara.

"Masih ingat lagi berapa lama kau tidak bertemu dengan dia?" soal Sanzo.

"Kira-kira 830 yang lalu..." jelas Pheara dan Sanzo terkejut.

Sanzo terkedu kerana waktu itu,adalah waktu dia menjadi seorang yang kekal abadi. Sanzo mula terbayang seseorang gadis kanak-kanak,wajahnya tidak jelas dan tersenyum menghulurkan tangan ke arahnya.

Kepalanya dipegang kerana terasa sakit dengan tiba-tiba,dia menggelengkan kepala untuk hilangkan kesakitan namun gagal. Sanzo rebah dan suasana menjadi sunyi,Pheara yang baru keluar dari kolam mandian kehairanan.

"Sanzo?"













========================

Aku update semana yang boleh

Masih terlalu awal nak buat konklusi,tetapi komen dialu-alukan

Vote juga jangan lupa

Vote juga jangan lupa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now