Sanzo duduk berehat sambil menyandar pada dinding,dia memandang ke arah langit yang cerah. Senyuman terukir dan menggeliat,tiba-tiba Tez muncul dengan mukanya begitu rapat dengan muka Sanzo."Kau memang tak serik ya? Berapa kali aku kata jangan buat macam tadi.." kata Sanzo menahan geram,Tez pula mukanya benjol dan lebam di mata kiri.
"Maaf lah.. Habit.. Teehee.." ujar Tez membuat muka comel sambil mengetuk perlahan kepalanya,urat timbul di dahi Sanzo.
Satu bunyi hentakan yang kuat kedengaran,mengejutkan Pheara yang sedang membantu Irish masak untuk makan tengahari. Irish dan Pheara berpandangan,mereka kehairanan dengan bunyi yang kuat tadi.
"Kau memang nak mati ke?" soal Sanzo bengang melihat Tez yang mukanya,terbenam dalam tanah di halaman dojo.
Elene yang menyaksikan keadaan itu,hanya mampu mengeluh sahaja. Tidak lama lepas itu,dia menyedari Sanzo merenungnya dan membuat isyarat bermaksud....
A.M.B.I.L.
D.I.A...
S.E.K.A.R.A.N.G...
Selesai berkata demikian segera Sanzo beredar,Elene hanya tersengih kelat sahaja dan segera mendapatkan Tez.
"Eh Sanzo.. Awak dengar tak bunyi kuat tadi?" soal Pheara sebaik Sanzo melangkah masuk ke dalam dapur.
"Entah.. Tak tahu.." jawab Sanzo dengan muka selamba.
Pheara kehairanan dan sambung memasak,Irish pula hanya tersenyum kelat melihat reaksi anaknya. Dia tahu apa yang berlaku tadi,tetapi tidak mahu bercerita panjang.
Satu susuk tubuh sedang berdiri di atas puncak gunung,dia memerhatikan dojo kepunyaan Sanzo dengan senyuman licik sebelum hilang dari pandangan.
Aphys dan Astia ketika itu ditemani Irene,Frirja dan Hilna membeli barang dapur. Mereka berada di kawasan deretan kedai runcit.
"Bosannya.." keluh Irene.
"Seronok apa? Melihat orang ramai di sini,meriahnya.." ujar Frirja tersenyum.
"Positif betul kamu Frirja.." ujar Hilna menghela nafas pendek.
"Tidak elok tahu mengeluh.." kata Frirja.
"Yela.. Yela.." balas Hilna.
"Huh? Hey.. Tu kan.." Irene mencuit bahu Hilna dan Frirja.
Tiga Valkryie memandang serentak,Takemikazuchi dan Ebisu sedang berdiri berbual di hadapan sebuah kedai.
"Takei-sama! Ebisu-sama!" ujar Astia dan Aphys serentak,tiga Valkryie itu tersentak.
Takemikazuchi dan Ebisu menoleh serentak,mereka berdua tersenyum melihat kehadiran dua orang gadis tersebut.
"Hey cik adik.. Beli barang dapur?" soal Takemikazuchi tersenyum.
"Yup! Abang Sanzo yang minta kami beli barang dapur!" Aphys dan Astia serentak menjawab.
"Comelnya.. Bagus!" Takemikazuchi berkata dengan senyuman manis,sambil tangannya mengusap kepala dua orang gadis tersebut.
"Hehehe.." Astia dan Aphys tersenyum girang bila dipuji oleh Takemikazuchi.
Frirja hanya mendiamkan diri memerhatikan lelaki blonde itu tersenyum,Irene hanya menghela nafas pendek dan Hilna menyedari gelagat rakannya.
"Sesuatu tidak kena?" soal Hilna.
"Huh? Tak! Tak ada apa..!" kata Frejya menyembunyikan wajahnya.
"Seseorang jatuh cinta ke?" soal Irene pula dan mereka berdua tersentak.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...