Chapter 34 : Tez's Dilemma

1.1K 122 22
                                    


Sanzo membersihkan pinggan mangkuk,tangannya ligat menyusun pinggan di atas rak. Tidak lama Pheara muncul dan membantunya,Sanzo sekadar mendiamkan diri.

"Awak marah?" soal Pheara.

"Nah.." ujar Sanzo.

"Bunyi tak yakin..." kata Pheara dan Sanzo menghela nafas panjang.

"Pheara..." ujar Sanzo dan Pheara menunggu kata-katanya.

"Boleh buat sesuatu untuk atmosphere kat sini?" soal Sanzo memandang ke belakang,melihat Hilna dan Frirja serta Elene merenung Rea,Astia dan Sophie.

Mereka duduk di meja makan tidak berganjak,selepas habis makan dua pihak ini berbalas renungan kecuali Elene sahaja yang dipaksa tarik bersama Hilna dan Frirja.

"Duduk makan bersama demon,buat aku loya.." ujar Hilna geram.

"Ara.. Ara.. Angel yang tiada adab..." kata Sophie tersenyum.

"Sampai bila kita nak duduk di sini?" soal Frirja pada Hilna.

"Betul la tu,menyemak sahaja di sini.." ujar Rea selamba.

Empat orang itu berbalas renungan dengan senyuman menakutkan,aura yang kuat jelas dirasai dan Elene pula sekadar menekup mukanya. Astia pula tidak faham dengan apa yang berlaku,Aphys di sisi Sanzo ketakutan melihat keadaan tersebut.

"Should we do something?" soal Sanzo dan Pheara hanya mampu tersenyum kelat.

"Pheara! Berapa lama awak nak berada di sini?!" soal Hilna bingkas bangun dari tempat duduk.

Hilna memandang ke arah Pheara,Sanzo sekadar menjadi penonton tidak masuk campur. Pheara sekadar mendiamkan diri kemudian tersenyum,Sanzo menghela nafas pendek.

"Pheara.. Saya ada urusan di luar.. Nak ikut?" soal Sanzo dan Pheara menoleh,dia terjatuh kemudian tersenyum girang dan mengangguk.

"Ya.. Dengan berbesar hati!" kata Pheara tersenyum dan Hilna terkejut,ini kali pertama dia melihat Pheara seperti itu.

Pheara melangkah sambil melihat keadaan bandar yang Sanzo bawanya masuk,penuh dengan barangan elektrik dan barangan alatan terkini. Pheara teruja dengan apa yang dia lihat,Sanzo yang ketika itu mengekorinya dari belakang hanya tersenyum.

"Jangan jauh sangat,awak boleh sesat.." kata Sanzo..

"Baik..!" balas Pheara girang.

Sanzo menggelengkan kepala dan Hilna,Frirja serta Elene mengekori mereka dari belakang.

"Kenapa kita kena tukar baju juga?" soal Hilna.

"Kau nak berjalan tengah-tengah bandar dengan pakaian penuh zirah? Kita berada di alam manusia okay?" Elene memberikan penjelasan.

"Kita tidak boleh tarik perhatian ramai.." kata Frirja tersenyum,ramai lelaki yang berada di sekitar terpikat kecantikannya.

"Kau lebih menonjol tanpa zirah.." serentak Elene dan Hilna.

Frirja tersengih sahaja dan Hilna menghela nafas pendek,Elene menyedari sesuatu dan terkejut kerana dia terserempak dengan Tez. Mereka berdua berbalas pandangan agak lama,Hilna dan Frirja kehairanan.

"Hey Elene?.." sapa Tez tersengih.

"Seseorang yang kau kenal?" soal Hilna dan memandang ke arah Tez,dia terkejut melihat aura milik Tez.

"D-demon?" soal Frirja.

"Ah shit!" kata Tez dan Hilna ingin menyeru senjatanya,Elene menghalang dengan segera.

"Elene?" soal Hilna kehairanan.

"This is Human realm.." Elene memberi peringatan lagi sekali.

"But there's a demon.." ujar Hilna dan Frirja menjadi pemerhati,Tez terpinga-pinga.

"Yeah.. But he is my acquaintance.." jelas Elene.

"Ha?" Hilna dan Frirja terkejut.

Elene menoleh ke arah Tez,dia terkejut kerana Tez sudah hilang dari pandangan. Elene memandang sekeliling,Tez tidak kelihatan dari pandangan matanya. Dia menghelakan nafas dan pada masa yang sama,perasaan kecewa bermain di hati.

Tetapi...

Kenapa?

Sepatutnya dia gembira tidak perlu bertemu Tez....

Kenapa dia ingin bertemu Tez?

Adakah dia..

Elene menggelengkan kepalanya dengan laju,Hilna dan Frirja kehairanan dengan gelagat kawannya. Tez ketika itu hanya memerhatikan Elene dari jauh,dia tersenyum kelat lalu berpusing ke belakang tetapi muka Sanzo terpacul.

Pheara pula di belakang Sanzo,Tez dan Sanzo berbalas pandangan agak lama.

"Kau nak cium aku ke?" soal Tez tersenyum dan Sanzo timbul urat dahi.

Tidak lama bunyi benda bergegar jelas kedengaran,orang awam yang lalu lalang dengar kehairanan. Tez kepala dia terbenam ke tanah,Sanzo menghela nafas pendek. Pheara menekup mulut menyaksikan perkara itu,Tez menarik kepalanya dan hela nafas lega dan bernafas.

"Pergh bro.. Kau punya tumbukan makin lama makin umph! Senak dan sesak.." ujar Tez dan darah memancut keluar dari kepalanya.

"Bagaimana dengan tumbukan Elene?" soal Sanzo dan Tez tersentak.

Sanzo tersentak apabila Tez duduk di satu sudut,sambil menguis tanah dengan muka sedih. Sanzo dan Pheara berpandangan,kemudian mereka menghela nafas pendek.

"Kau ni apa hal?" soal Sanzo.

"Tiada apa.." ujar Tez tidak mahu menjawab.

"Ouh.. Betul?" soal Sanzo mengurut penumbuknya.

"Kau tiada cara lain ke selain memaksa orang?" kata Tez dan Sanzo menghela nafas.

"Ada sesuatu berlaku di antara kau dan Elene ke?" soalan Sanzo membuatkan Tez sekali lagi duduk di hujung penjuru dan menguis tanah.

"Sekali lagi?!" soal Sanzo menekup mukanya.

"Jadi ia memang berkenaan dengan Elene huh?" soal Pheara pula.

Tez hanya mendiamkan diri,Sanzo memerhatikan Tez kemudian mengusap kepalanya dengan laju. Dia tidak tahu apa yang perlu dikatakan,Tez tidak pernah berkelakuan seperti itu.

"Elene.. Is she really hate me?" soal Tez dan Sanzo serta Pheara berpandangan.

"And why do you asked like that?" soal Sanzo.

"It's nothing,but I..." kata Tez dengan muka serius bangun menghadap Sanzo dan Pheara.

"Tez?" soal Pheara.

"I just wanna know.." ujar Tez.

"If she really hate me.. I can leave without regret.." jelas Tez lagi dan Sanzo serta Pheara terkejut.

Tez akan pergi tinggalkan mereka?

Apa agaknya reaksi Elene akan tunjukkan?






















========================

Apa akan berlaku nanti?

Adakah Tez berkata benar?

Kena tunggu sambungan akan datang

Sila komen dan vote

Ciao!


 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now