Vera,suatu ketika dahulu di Kayangan dia adalah Goddess of Valkryie. Memimpin tentera Valkryie menentang kuasa kegelapan,merupakan mentor kepada Pheara.Pheara memandang tinggi kepada Vera,menganggap Vera adalah impiannya. Menjadi sekuat gurunya,dewi valkryie yang berkarisma bagi pandangan semua dewi-dewi termasuk Osiris sebelum Osiris menjadi God Emperor.
Vera memimpin Valkryie ke arah kemenangan,Kayangan berasa selamat di bawah pelindungan Vera.
Namun..
Timbul rasa cemburu pada Pheara,melihat bakat yang ada pada Pheara mudah mempelajari ilmu sukar menjadikan dirinya risau.
Risau jika Pheara mengambil alih tempat dia,walaupun Pheara tidak mempunyai niat seperti itu.
Vera juga sebenarnya mempunyai daya ingin menjadi yang amat tinggi,baginya kedudukannya tidak cukup dan ingin capai kedudukan seperti God Emperor. Tetapi dia masih belum mampu,sehinggalah dia terperangkap tipu daya Igdes.
Igdes pula tanpa Vera sedari memasukkan satu daya kuasa yang negatif,ke dalam tubuh Vera sehingga sisi gelap Vera semakin lama semakin kuat.
Sehingga perkara ini disedari Horrus,God Emperor sebelum Osiris. Pheara ditugaskan memujuknya namun semua sia-sia,Vera tidak lagi menerima kata-kata dari dewa dan pertarungan di antara mentor serta anak didik berlaku.
Pertarungan berakhir dengan kekalahan Vera,dia terus hilangkan diri tanpa sempat Pheara menamatkan hayatnya.
Pheara dan Sophiriel berbalas pandangan mata,suasana sunyi dengan tiba-tiba seakan tiada sesiapa di situ melainkan mereka berdua.
"Kenapa baru sekarang awak muncul Vera..?" soal Pheara merenungnya.
"Vera sudah tinggal sejarah.. Sekarang nama aku adalah Sophiriel.." kata Sophiriel tersenyum sinis.
"Awak tetap orang yang sama Vera.." jelas Pheara.
"DIAM!!" Sophiriel menjerit dan melepaskan auranya,angin bertiup kencang dengan tiba-tiba.
ZWOOSSH!!
"Sejak kau tewaskan aku.. Nama itu sudah aku padam dari ingatan aku! Vera dah lama mati.. Sekarang aku lahir semula sebagai orang baru!" Sophiriel berkata dengan megah.
Pheara hanya mendiamkan diri,dia mengetap bibirnya rapat. Sanzo memegang bahunya dengan tiba-tiba,Pheara tersentak menoleh ke arah Sanzo.
Sanzo tersenyum tanpa berbicara,Pheara sedikit terkejut kemudian memejamkan matanya. Nafas dihelakan panjang,Pheara mengangguk faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Sanzo.
Pheara berjalan ke hadapan dan menghunuskan pedangnya,sepantas gerakan kilat Pheara sudah berada di hadapan Sophiriel seiring menghayunkan pedangnya.
Tindakan Pheara membuatkan Sophiriel,terkejut tetapi dia segera menahan kemas hayunan pedang daripada Pheara.
"Terasa nostalgia bukan?" soal Sophiriel tersenyum sebaik pedang mereka berlaga.
TANG...!!!!
"Ya... Kita bertarung kalah mati..!" kata Pheara menghentak pedang dan mereka terpisah.
Huuu....
Pheara dan Sophiriel berbalas pandangan,renungan mata tajam menikam. Pheara mengeluarkan cahaya aura keemasan,Sophiriel tersenyum sahaja dan aura ungu gelap dikeluarkan menyelubungi tubuhnya.
Krassshh!!
Pheara dan Sophiriel sekali memecut,meluru ke arah antara satu sama lain.
TANG..!!
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...