PHEARA terkejut mendengar apa yang diceritakan oleh Sanzo,dia tidak tahu lelaki itu pernah berkahwin. Tetapi apabila memikirkan isterinya,mati kerana dibunuh oleh dewa. Membuatkan Pheara terdiam dan terasa bersalah,Sanzo menyedari gelagat Pheara dan tersenyum.Pheara merasakan kepalanya dipegang oleh seseorang,Sanzo yang melakukan perbuatan tersebut kemudian diusap rambutnya. Pheara hanya mendiamkan diri,terasa selesa apabila Sanzo melakukan seperti itu.
"Jangan risau.. Saya tidak akan bencikan awak.." ujar Sanzo memberi pujukan.
"Tapi dewa yang ambil nyawa isteri awak.." kata Pheara risau.
"Ia okay... Perkara itu berlaku sudah lama.. 400 tahun yang lalu.. " jelas Sanzo menghentikan usapan rambut Pheara,dia mendongak ke arah awan dan langit.
Tez hanya memerhatikan mereka berdua,dia mengeluh kemudian baring di atas lantai atau tatami. Sophie yang baru lepas menghirup air teh,hanya tersenyum menggelengkan kepala memerhatikan anaknya.
"Tez..?" panggil Sophie.
"Ya ibu?" sahut Tez bangun dan memandang ibunya.
"Mana Rea? Kakak kamu sihat?" soal Sophie dan Tez tersentak serta berpeluh.
"Rea huh? Err..." Tez mukanya berpeluh-peluh laju.
Sophie kehairanan dan pada masa yang sama,seseorang berjalan dengan penuh sopan. Dia berhenti di hadapan pintu utama dojo lama itu,Sanzo yang berbual dengan Pheara menyedari kehadiran individu itu.
"Sanzo?" soal Pheara melihat Sanzo bangun dari duduk.
"Ada tetamu.." jelas Sanzo memandang Pheara,kemudian melangkah pergi dan segera Pheara mengekorinya dari belakang.
Tez tersengih kerana tahu siapakah yang datang,Sophie masih kehairanan dengan sikap anaknya. Seperti takutkan sesuatu dan memerhatikan Sanzo serta Pheara berjalan,melintasi hadapan bilik ruang tamu mereka berada. Sanzo dan Pheara berpandangan kemudian berjalan beriringan,sehinggalah tiba di pintu pagar utama dojo lama.
"Apa khabar? Selamat pagi.." sapa si tetamu sebaik pintu pagar utama dibuka.
Seorang gadis berambut hijau cerah,berdiri sambil tersenyum dengan mengenakan baju tradisi jepun iaitu Kimono. Sanzo dan Pheara berpandangan,tertanya-tanya siapa perempuan di hadapan mereka?
Pada masa yang sama Tez segera menyelinap keluar secara senyap-senyap,dia berjalan dengan penuh berhati-hati.
"Boleh saya tahu siapakah kakak ni?" soal Pheara.
"Tapi sebelum tu..." ujar perempuan itu dan melompat masuk,mendarat di hadapan seseorang.
"Hello Thaz... It's been a while.." kata perempuan itu memandang ke arah Tez.
"Yeah.. It's been a while.." balas Tez tersengih kemudian ketawa kecil,perempuan itu tersenyum manis.
Sekelip mata Tez melompat keluar dari dojo tersebut,Sanzo dan Pheara terkejut malah tertanya-tanya siapakah wanita itu. Malah dari riak wajah Tez,seperti takutkan perempuan tersebut. Manakala perempuan itu hanya memerhatikan Tez melompat pergi dari situ,dia sekadar berjalan keluar.
"Shit! Shit! Why is she here?! Suck!" kata Tez mengomel sendirian.
"Think you can escape from big sis?" perempuan itu sudah berada di belakangnya,Tez terkejut kemudian sebelum sempat memandang belakang kepala Tez sudah dibenam ke tanah.
Rekahan tanah yang dahsyat berlaku,Sanzo dan Pheara yang mengejar mereka menyaksikan kejadian itu tergamam. Tidak lama Elene juga menyusul,Tez dicekik oleh perempuan tersebut.
"Why did you run huh?!" soal perempuan itu bengang.
"Because you wanna kill me!!" balas Tez menarik tangan perempuan itu.
"Yeah I'm going kill you my shitty little brother!!"
"Wait! Wait! I'm your brother!!"
"Sanzo.. Apa kata awak hentikannya.." kata Pheara pada Sanzo.
Sebaik mendengar permintaan Pheara,Sanzo mengeluh dan berjalan ke arah pertengkaran tersebut. Tangan kiri dan kanannya,diangkat dan tolakan tekanan dilakukan. Tindakan Sanzo berjaya memisahkan kedua-duanya,Tez mampu bernafas dan perempuan mendecih kerana gangguan daripada Sanzo.
"Boleh tak kamu hentikan semua ni?" soal Sanzo berkata sambil mengibaskan kedua-dua tapak tangannya.
"Kamu siapa? Jangan ganggu urusan keluarga kami.." kata perempuan itu dan Tez dibantu oleh Sanzo segera bangun.
"Hal keluarga?" soal Pheara.
"Dia kakak kandung aku.." jelas Tez dan Sanzo terkejut.
"Sebabkan awak ganggu urusan saya.. Jadi saya akan ajar awak..." ujar perempuan itu menggayakan jari-jemarinya,dalam gaya cakaran.
"Menarik...marilah.." kata Sanzo membuka gaya.
"Hentikannya..." ujar Sophie muncul secara tiba-tiba.
Perempuan tersebut menoleh dan terkedu kerana mengenali Sophie,lebih dari kenal sesuai dianggap keluarga. Tez hanya mendiamkan diri,Sophie berjalan ke arah mereka dan berhenti di hadapan perempuan itu.
"Ibu?" soal perempuan itu tersenyum dan badannya menggigil,Sophie hanya menghela nafas pendek kemudian memeluk perempuan yang memanggil dia ibu.
"There.. There... Sorry for make you wait.." kata Sophie memeluk perempuan itu.
"Ibu.. Ibu... Rea rindukan ibu.." ujar perempuan itu dalam pelukan Sophie.
Akhirnya perempuan dipanggil Rea,sudah bertenang dan kini mereka semua kembali semula ke dalam dojo milik Sanzo. Pheara dan Elene duduk bersebelahan,mereka duduk di belakang Sanzo.
"Dia ni kakak kau? Tez?" soal Sanzo.
"Ah.. Ya,dia kakak kandung aku yang sulung..aku ada kakak dan seorang adik perempuan..." jelas Tez.
"Rea.. Kenalkan diri kamu.." kata Sophie dan Rea mengangguk.
"Nama saya Amreadous.. Tapi panggil sahaja Rea.. Saya kakak kandung Brollmuthaz..." jelas perempuan tersebut mengenalkan dirinya,Sanzo dan Pheara terdiam seketika.
"Eh?!"
Igdes berjalan mundar-mandir memikirkan strategi,dia perlu bunuh Pheara dan pastikan tiada siapa mencari dewi tersebut. Aena yang duduk memerhatikan Igdes,hanya menggelengkan kepalanya.
"Boleh tak awak berhenti bergerak? Pening saya tengok okay?" Aena berkata bengang.
"Kalau kau tak nak aku macam ni,fikirkan cara nak hapuskan Pheara!" kata Igdes menahan marah.
"Kenapa tak hancurkan sahaja dojo tu? Bukankah lebih berkesan.." Aena memberikan cadangan.
"Kau buat lawak ke? Dojo tu bukan sembarangan dojo! Tempat tu dilindungi kuasa misteri,barrier buka mudah ditumpaskan!" jelas Igdes.
"Kenapa awak desperate sangat?" soal Aena dan Igdes berhenti dari terus mundar-mandir.
"Jika dia dapat kembali ke Kayangan.. Kita yang akan mati.." jelas Igdes.
"Apa? Awak buat lawak ke?" soal Aena.
"Maaf.. Berlawak bukan cara aku.." balas Igdes.
Aena berfikir sejenak dan sambil diperhatikan oleh Igdes,kemudian Igdes tersenyum sinis merancang sesuatu yang berisiko. Semata-mata untuk hapuskan Pheara,apa yang Igdes ingin lakukan?
===============================
Hellooo guys
Apa khabar
Ni double update untuk korang
Terima kasih
Vote dan komen
Ciao
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...