Chapter 86 : Attack By The Army of Dead

991 114 22
                                    


Ebisu yang duduk secara melutut,di tengah-tengah tempat seperti dewan. Matanya yang mula dipejam rapat,kini dibuka perlahan-lahan dan menoleh ke luar tingkap.

Awan menjadi gelap dengan tiba-tiba,guruh mula berdentum dan Ebisu keluar dengan wajah yang serius.

"Tidak... Hujan nak turun.. Baju tak teduh lagi.." ujar Ebisu dan seorang servant memandang Ebisu dengan muka blur.

"Itu yang dia risau?"

Hujan turun dengan lebat bagai tidak mahu berhenti,di satu sudut di kaki lima adanya Lucas dan Kenji sedang duduk bersebelahan sedang menikmati air teh.

"Ah.. Bagusnya jika masih muda.." ujar Kenji.

"Bukan muka kau muda lagi.. Umur je la.." kata Lucas.

"Kau nak aku cekik kau sampai mati?"

"Malangnya aku tak boleh mati.."

Kenji dan Lucas ketawa serentak,mereka memandang ke halaman dojo. Hujan yang lebat turun,membasahi muka bumi yang hijau. Guruh dan kilat saling bertukar giliran menjalankan tugas,suasana sunyi dan yang kedengaran hanyalah bunyi hujan yang turun dengan lebat.

Tiba-tiba satu potongan berwarna emas,terhasil di hadapan mereka dan Kenji serta Lucas terkejut. Potongan emas itu menghasilkan satu pintu dimensi,seseorang keluar dan Ikhwan menunjukkan diri. Dia agak terkejut serta matanya memerhatikan keadaan sekeliling,Kenji dan Lucas hanya mendiamkan diri.

"Kau.. Orang yang bersama Z.." ujar Kenji terkedu.

"Kat mana aku ni? Sekejap.. Ini dojo Sanzo.." kata Ikhwan.

"Sanzo? Kau kenal anak aku?" soal Kenji pula.

"Kau... Macam tu rupanya.." kata Ikhwan memerhatikan pedang bilah warna keemasan di genggaman tangannya.

Ikhwan segera berpaling daripada Kenji dan Lucas,dia tersenyum dan faham akan apa yang berlaku. Dia melakukan potongan dan membuka dimensi,saat Ikhwan ingin melangkah masuk dengan tiba-tiba Kenji bersuara.

"Nanti!" kata Kenji dan Ikhwan hanya sekadar membelakangkan mereka berdua.

"Kau datang dari dunia lain serta dari masa depan bukan?" soalan Kenji hanya buatkan Ikhwan menoleh ke arahnya,hanya sekadar senyuman Ikhwan berikan dan terus melangkah masuk ke dalam pintu dimensi serta lenyap bersamanya.

"Kenji.. Apa maksud kau 'dari dunia lain dan masa depan'..?" soal Lucas.

"Aku tak tahu.. Tapi gerak hati aku kuat mengatakan seperti itu.." jelas Kenji.

Hujan kekal tetap turun dengan lebat,Kenji sekadar menghirup air tehnya. Lucas pula menghela nafas pendek,dia memandang ke arah awan gelap.

"Aku dapat rasakan Igdriren sudah bangun..." kata-kata Kenji buatkan Lucas tersentak.

"Kau biar betul?" soal Lucas.

"Aku tak main-main kalau mengenai dia,Lucas.. Aku nak kau jaga-jaga.." kata Kenji dan Lucas terdiam lalu mengangguk.

"Aku faham.. Aku harus pulang ke demon realm.." jelas Lucas dan Kenji mengangguk.

Lucas segera bangkit dan menghalakan tapak tangannya ke satu arah,satu bulatan portal muncul dan Lohrryn melangkah keluar dari portal.

"My lord.." sapa Lohrryn menundukkan kepalanya tanda hormat.

Lucas mengangguk sahaja dan melangkah masuk ke dalam portal,diiringi oleh Lohrryn dan Tez pula hanya memerhatikan sahaja dari tempat terlindung sebalik dinding.

"Kau tak mahu pulang ke sana?" soal Kenji dan Tez agak terkejut kemudian menghela nafas pendek.

"Rasanya tiada masalah.. Ayah saya bukan calang-calang walaupun dia nampak baik.." kata Tez dan Kenji sekadar ketawa kecil.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now