Chapter 56 : Igdes's Motive & Pheara Dilemma

1.2K 136 13
                                    


Pandangan yang gelap mulai terang,apa yang dia nampak adalah langit dan awan. Tez mengangkat tubuhnya,terasa sengal badan dan ototnya kesakitan seperti baru lepas melakukan kerja berat.

Tez mengerutkan dahi kerana kesakitan yang teramat,tidak lama lepas itu sakitnya mula reda. Nafas dihelakan tanda lega,kemudian seseorang berjalan dan berhenti di hadapannya lalu Tez mendongak melihat siapakah gerangan.

"Sanzo..." ujar Tez memandang Sanzo yang mencekak pinggang.

"Kau dah okay?" soal Sanzo.

Tez terkejut kerana mengingati apa yang berlaku,dia tertunduk wajahnya dan serba-salah. Sanzo menghela nafas pendek kemudian mengetuk kepala Tez,lantas si demon mengaduh kesakitan.

"Apa maksud perbuatan kau ni?!" soal Tez.

"Muka kau yang macam tu buatkan aku ketuk kepala kau.." ujar Sanzo selamba.

Tez tersenyum kelat dan menghela nafas pendek,Sanzo menghulurkan tangannya. Tez terkejut kemudian melihat Sanzo yang tersenyum,Tez kemudian turut tersenyum lalu menyambut tangan Sanzo dan terus dibantu bangun.

"Terima kasih bro.." ujar Tez tersenyum.

"Tiada masalah.." balas Sanzo.

"Eh.. Pedang kau.." Tez kehairanan kerana Sanzo tidak memegang pedangnya.

"Sana tu..." ujar Sanzo menuding ke satu arah.

Tez menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Sanzo,Tez terkejut kerana pedang Sanzo hanya tinggal pemegang sahaja.

"Salah aku?" soal Tez tersengih.

"Lebih kurang la.. Sebab kau mengamuk tadi.." jelas Sanzo dengan muka biasa.

"Sorry bro.. Sorry! Nanti aku ganti.." pinta Tez bersalah.

"Nah..ia cuma pedang yang ditempa oleh bahan biasa.. Lagipun ia pedang dah lama,sudah berusia 300 tahun." jelas Sanzo.

Sanzo dan Tez menyedari bunyi semak bergoyang,mereka berpandangan dan tidak lama seseorang keluar.

"Ah.. Yamasato-san!" ujar gadis blonde.

"Kamu..?" soal mereka berdua serentak.

Pheara dan Elene serta Rea sedang dalam perjalanan menaiki kenderaan jenis jeep,mereka mula risaukan Sanzo dan Tez apabila merasai daya kuasa mereka meningkat dengan tiba-tiba.

"Maaf Rea.. Susahkan kamu.." ujar Pheara memandang Rea yang memandu kenderaan tersebut.

"Aku kagum kau boleh memandu.." kata Elene.

"Itu pujian ke?" soal Rea.

"Sudah tentu.. Janganlah buruk sangka.." ujar Elene lagi.

Rea hanya menghela nafas pendek,dia agak kagum kerana Sanzo menyimpan beberapa buah kenderaan di garaj belakang dojonya. Kunci kenderaan yang ada hanyalah Jeep yang dia pandu,mujur dia pernah belajar dengan seseorang.

"Siapa yang ajar awak memandu?" soal Pheara.

"Ia dah lama.. Aku dah tak ingat.." ujar Rea acuh tak acuh.

Pheara hanya memerhatikan Rea yang memandu,dia tahu Rea menipu tetapi Pheara hanya membiarkan sahaja. Elene yang berada di belakang menyedari kelibat Sanzo dan Tez,dia bingkas menepuk bahu Rea.

"BERHENTI!!" Elene menjerit.

Rea terkejut dan menekan brek dengan mengejut,tindakan dia menyebabkan dahi Elene terhantuk belakang kerusi pemandu. Sanzo dan Tez yang berbual dengan seseorang menyedari keadaan tersebut.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now