Chapter 57 : Warning & War?

1.2K 129 8
                                    


Pheara terdiam mendengar soalan Sanzo,dia memandang ke hadapan. Pheara kemudian berjalan keluar,lalu berdiri di tengah-tengah halaman dojo. Sanzo hanya memerhatikan sahaja,sambil dia bersiap-sedia jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

"Tumpukan perhatian Pheara.." Sanzo memberi nasihat dan Pheara mengangguk sahaja.

Pheara memejamkan mata dan menumpukan sepenuh perhatian,dalam pandangan gelap dia mencari sesuatu dan meneroka ke lebih dalam. Sehingga dia menemui cahaya,Pheara memegang cahaya tersebut dan memeluknya.

Sanzo tergamam dan Pheara membuka matanya,dia sedar Sanzo memandangnya dengan terkejut. Elene dan Tez yang berjalan melalui kawasan situ,Elene terkejut dan tersenyum gembira.

"Holy moly..." Tez tersenyum kagum.

"Pheara.. Your wings!" kata Elene dan Pheara tidak faham.

"Pheara look at your back.." ujar Sanzo tersenyum.

Pheara memandang ke belakang,dia tergamam melihat sayapnya terkuak indah. Sayap yang seputih salji,dikibaskan dan Elene menangis terharu sambil memeluk Tez.

"Sanzo? Ini bukan mimpi kan?" soal Pheara.

"Sudah tentu.. Ia bukti kuasa awak dah kembali.." ujar Sanzo tersenyum.

"Sanzo!" Pheara menyimpan sayapnya,kemudian berlari meluru ke arah Sanzo.

Pheara segera menerpa ke arah Sanzo,mereka berpelukan dan Pheara menangis kegembiraan. Tez dan Elene sekadar menjadi penonton,malam itu menjadi malam bermakna untuk Pheara dan Sanzo.

"BARBELO HAS FALLEN?!"

Haroth menghentak meja dengan perasaan marah,Hases dan Hayyel sekadar mendiamkan diri. Ashliel dan Ruhiel turut sama tidak berkata apa-apa,Aena hanya menoleh ke arah Igdes.

"How dare they.. I'm gonna avenged him!" Haroth berkata dengan muka yang bengis.

"Keep it down Haroth.." ujar Ruhiel.

"And just let them do as they like?!" soal Haroth menahan marah.

"That's why we must working together! They're not some ordinary people.." ujar Ruhiel lagi.

"I don't need a help! I can do this by myself!" bidas Haroth dengan yakin.

"He wanted to die so bad.. Why don't let him..?" Hases pula mencelah.

"What do you say?!" Haroth berkata dengan merenung ke arah Hases.

"Rhamiel pula bersama mereka.. Dasar pengkhianat.." kata Ashliel.

"Apa tindakan kau Igdes?" soal Aena.

Igdes hanya tersenyum sinis dan berkata secara berbisik,dia memberi arahan kepada seseorang. Hayyel hanya memerhatikan Igdes,tanpa memberikan reaksi dan hanya kekal membisu.

Tiba-tiba Igdes tersentak dan merasai sesuatu,kemudian dia tersenyum sahaja lalu bangun dan terus beredar. Aena hanya memerhatikan sahaja,Ashliel kehairanan dan Ruhiel masih berdebat dengan Haroth.

Igdes berjalan di kaki lima,tidak lama dua orang angel mengiringi dia. Noirax dan Draven muncul,Igdes sekadar tersenyum sahaja.

"Angel dari puak burung itu bersama dengan mereka?" soal Igdes.

"Ya.. Tidak salah lagi.." jelas Draven.

"Noirax.. Cari Zyler dan berikan dia arahan untuk hapuskan puak burung,jangan bagi satu pun terselamat.." arah Igdes dan terus berjalan pergi.

Noirax hanya mengangguk sahaja,Draven kekal mengekori tuan mereka. Noirax segera mengambil arah ke kanan,dia berjalan dan berhenti di satu tempat yang agak tersembunyi.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now