Tez melihat tubuh yang berpisah kepala dan badan,berubah cahaya dan terus hilang seperti itu sahaja. Seseorang memerhatikan dari jauh,kemudian hilang bersama cahaya keemasan.Tez hanya memerhatikan ke arah di mana orang itu hilang,dia hanya diam tidak bersuara dan Elene menghampirinya.
Kruuuu...
Perut Tez berbunyi dan Elene terkejut,dia memandang Tez yang tersengih sambil memegang serta mengusap perutnya. Elene menghela nafas pendek,dia mencekak pinggang memandang Tez.
"Mari... Saya masakkan sesuatu untuk awak.." ujar Elene.
"Eh?" Tez kehairanan.
Sanzo dan Ebisu berbalas pandangan,mereka berdua senyap dengan lama. Sanzo menghela nafas pendek,dia mencekak pinggang memandang ke arah Pheara.
"Yeah... So what..?" soal Sanzo.
"Kenapa kau bantu dewi tu?" soal Ebisu.
"Tak payah la kita bincang pasal ni boleh? Aku bantu sebab aku nak.. Tak perlu perkataan 'aku benci dewa atau dewi' okay? Titik noktah..." jelas Sanzo.
Ebisu ingin bersuara tetapi mulutnya disumbat pisang,Pheara kehairanan dari jauh memerhatikan gelagat mereka. Ebisu menelan sebelum menghela nafas lega,Sanzo tepuk tangan kagum.
"Kau nak lemaskan aku ke?!!" Ebisu berkata bengang.
"Cuba kau perhatikan dewi tu,muka dia seiras siapa?" soal Sanzo.
Ebisu mengangkat sebelah kening,lalu menurut sahaja kata-kata Sanzo. Agak lama dia perhatikan kemudian terkejut dan memandang semula Sanzo,manakala Sanzo tersenyum sahaja.
"Mukanya mirip Koharu.." ujar Ebisu dan Sanzo tersenyum.
"Untuk kali pertama aku jumpa,hampir aku nak peluk dia..." jelas Sanzo.
"Jangan kau nak dia tinggal dengan kau sebab anggap dia pengganti Koharu.." duga Ebisu dan Sanzo tergelak.
"Haih kau.. Aku betul-betul ni.. Dia gelak pula..." kata Ebisu.
"Bukan macam tu.. Aku cuma.." Sanzo menggantungkan ayat apabila suara Pheara kedengaran.
"Sanzo.. Lama lagi ke?" soal Pheara.
"Rasanya perbualan kena tunggu..." kata Sanzo.
Ebisu ingin menyambung kata-kata namun dia batalkan,kemudian mengekori Sanzo keluar dari bilik. Mereka kembali duduk dan Ebisu menghela nafas pendek,dia menyediakan air teh bancuhannya sendiri.
"Pheara bukan? Kamu nak cari jalan untuk sembuh secepat mungkin?" soal Ebisu.
"Ya.. Adakah tuan Ebisu ada caranya?" soal Pheara ingin tahu.
"Agak sukar kerana dunia dewa dewi dengan kami amat berbeza..." ujar Ebisu berfikir sejenak dan Pheara menundukkan kepalanya kecewa.
"Tapi saya akan cuba usahakan... Jangan bersedih... Saya pun tak nak dewi Valkryie tinggal dengan dia lama-lama..." jelas Ebisu menjeling ke arah Sanzo.
Tetapi dia berpeluh-peluh kerana Sanzo meletakkan sebilah pedang,pada bawah dagunya dan Pheara tersengih kelat melihat keadaan tersebut.
"Ouhooo.. Kau nak maksudkan apa ya wahai sahabat ku?" soal Sanzo dengan senyuman.
"Hentikan lakukan perkara yang menakutkan dengan senyuman kau macam tu!!" kata Ebisu geram.
Selesai berbincang segera Sanzo dan Pheara beredar,Ebisu hanya memerhatikan mereka berdua pergi. Dia teringatkan semula wajah Koharu,tersenyum berbual bersama Sanzo dan dia serta tiga lagi sahabat lama.
YOU ARE READING
GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)
RomanceApa yang kau akan lakukan jika dewa sendiri menjadi musuh kau? Dunia akan berakhir bagi kau jika itu berlaku? Malangnya itu bukan pilihan Yamasato Sanzo,seorang manusia demigod dan seorang yang telah hidup beratus tahun. Hidupnya selama ratusan tahu...