Special Chapter : Festival

1K 95 20
                                    


"FESTIVAL?!" soal Frirja,Irene dan Hilna serentak.

Pheara mengangguk sambil tersenyum,melihat anak-anak buah dia seperti teruja. Elene sekadar mendengar sambil membaca sebuah buku tebal,atau lebih tepat buku novel.

"Ya.. Masa pertama kali saya turun ke bumi.. Sanzo ada bawa saya.." jelas Pheara (korang boleh rujuk chapter 2)

Frirja,Hilna dan Irene mata masing-masing bersinar-sinar. Pheara bagaikan melihat tiga ekor anak anjing memandang dia,tergelak sendirian di dalam hati dan seseorang menegur mereka.

"Kamu semua... Masa untuk makan tengahari.." Sanzo menegur dari luar bilik Pheara sambil mengetuk pintu.

"Itu dia.. Nanti lepas makan awak bertiga boleh tanya dia.." jelas Pheara dan tiga Valkryie mengangguk berulang-kali.

Selesai makan tengahari,Frirja dan Hilna serta Irene berpandangan kemudian mengangguk.

Mereka menunggu Sanzo selesai basuh pinggan,Aphys dan Astia membantunya.

Pheara turut sama berada di situ,menemani tiga Valkryie tersebut dan memerhatikan Sanzo dengan senyuman.

Beberapa minit kemudian...

"Baiklah korang.. Kerja yang bagus.. Terima kasih.." ujar Sanzo pada Aphys dan Astia.

"Haittt.. Sama-sama..." kata Aphys dan Astia serentak.

"Hey Aphys,jom pergi rumah Ruka?" cadangan Astia buatkan Aphys tersenyum mengangguk setuju.

Lantas Aphys dan Astia berlari pergi keluar dari dapur,Sanzo hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Astia.. Aphys! Jangan lari! Nanti jatuh!" kedengaran suara Irish dan Sophie menegur mereka.

"Sanzo..." tegur Frirja dan Sanzo menoleh.

"Ya? Ada apa yang boleh saya bantu?" soal Sanzo memandang ke arah mereka bertiga.

"Ini pasal festival yang dewi Pheara sebutkan!" ujar Irene dan Sanzo terkejut.

"Ya.. Kami ingin pergi.. Boleh?" soal Hilna pula.

Sanzo berfikir seketika dan teringat akan satu festival,dia memandang ke arah tiga orang gadis Valkryie itu.

"Rasanya tiada masalah.. Lagipun sekarang ni ada festival musim panas.." jelas Sanzo.

"BETUL KE?!!" Tiga Valkryie itu menyoal serentak buatkan Sanzo berganjak sedikit ke belakang.

"Y-ya.. Heheh.." Sanzo hanya tersengih sahaja.

"Aku pun nak join gak!" Tez muncul dengan tiba-tiba.

"Baik-baik... Kita akan bawa semua pergi.." jelas Sanzo.

"Tapi di mana festival tu?" soal Pheara pula dari tadi mendiamkan diri sahaja.

"Di tokong Ebisu.. Kalau kita bernasib baik.. Ebisu pun sertai kita..." kata Sanzo dan Pheara mengangguk.

"Itu lebih bagus.." ujar Pheara dan Sanzo tersenyum sahaja sebelum bahunya dicuit.

"Apa?" soal Sanzo menoleh ke arah si pelaku,Tez tersengih kerang busuk.

"Kau ada hakama lebih?" soalan Tez buatkan Sanzo terkejut kemudian tersenyum.

"Jadi kita akan keluar membeli-belah.." ujar Pheara dan yang lain kehairanan.

"Kenapa pula?" soal Irene.

"Sudah tentu.. Kita akan memakai yukata atau kimono.. Pakaian formal ke festival,yang diadakan di tokong.. Jadi kita perlu memberi penghormatan pada lord Ebisu.." Irish muncul sambil memberikan penjelasan.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now